bab 20 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

Semua budak itu berpandangan antara satu sama lain.Seolah - olah berfikir.

"Emm, okaylah..Abang Ad dengan kakak Arin pergilah rehat dulu..Tapi janji tau, besok kita pergi beli banyak gula - gula!"

Adrian mengangguk laju.Mestilah, dia lelaki kot! Kalau tak tunaikan janji bagus tak payah jadi lelaki.

"Aisyah, nak juga ke ikut diorang besok?"tanya Arin perlahan.Kepala anak kecil itu diusap - usap.

"Nak!"

Arin tersenyum.Amboi, kalau disogok gula - gula memang laju je kan angguk?

"Arin, Ad, Black tak ikut sekali ke?"

"Haah, abang Ad..Abang Black tak pergi sini ke?"

Arin memandang Adrian.Adrian memandang Arin.Tak lama lagi sampai lah bala tu..Bukan satu bala, tapi dua bala sekaligus!

Streetttttt

Lantas semua pasang mata terhala kearah kereta yang break mengejut dihadapan rumah itu.Nasib saja kawasan itu sedikit lapang.Kalau tak, memang mengganti rugi lah mereka.

"Siapa tu?"soal semua kanan - kanan sambil mata ralit memandang kereta mahal itu.Begitu juga dengan Puan Zainab.Masing - masing ingin tahu siapa pemilik kereta tersebut.

"Dah datang dah monyet - monyet tu."keluh Adrian perlahan.Alya dan Hairi mengerutkan dahi.Monyet?

Arin yang juga sudah tahu siapa pemilik kereta itu hanya diam memerhati.Siapa lagi kalau bukan kanak - kanak riang tu?

Pintu kereta itu dibuka.Keluar satu sosok tubuh yang segak mengenakan pakaian serba hitam.Hanya rambut lelaki itu saja yang berwarna coklat keperangan.

"Hai, everybody! It's me, your Black!"

"Abang Black!"

Seperti tadi, semua kanak - kanak itu berusaha memanjat tubuh tegap Black.Bukan setakat tangan kanan dan tangan kiri, malah dibahu lelaki itu juga menjadi tempat dudukan.Black hanya redha.Susah juga ya kalau jadi harapan ni..

"Rupanya Abang Black balik juga..Baru je nak tenang tadi.."kata Nazim yang masih berada dalam dukungan Adrian.Nak lari dekat Black? Memang tak lah! Abang Ad lagi best!

Black mencebik.

"Ceh, kau tu! Acah je lebih..Nanti aku main game, kau jangan nak dekat eh?"

Arin dan Puan Zainab ketawa kecil.Dan seperti biasa, Adrian hanya menggeleng.

Nazim menjelirkan lidah kepada Black.Sekarang ejek dulu lelaki tu puas - puas, nanti kalau lelaki tu dah main game dia pujuk lah balik.Pandai tak?

Black membuat muka jelik.Kau tunggu budak! Memang pengsan kau ganyang kejap lagi..

"Black, buanglah sampah kau ni!"jerit Mark yang baru keluar dari kereta itu.Malu? Bukan Mark Heyyez namanya!

Carlos yang berada disebelah Mark itu hanya diam.Sorry, dia lelaki yang ada malu juga.Dan yang paling penting, dia bukan monyet macam dua orang tu..

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now