bab 19 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

Adrian mencubit kedua belah pipi gadis itu.Kaca matanya diturunkan sedikit.

"Hey, you're Mrs. Adrian okay? So it means, you're always beautiful.."

Arin senyum.Berbunga lagi sang hati!

"Weyh, Black! Angkat lah sekali!"

Jeritan Mark itu membuatkan Adrian dan Arin menoleh serentak kearah lelaki - lelaki tersebut.Mark dan Carlos yang mengangkat bagasi, manakala Black berada sedikit jauh dihadapan mereka.

"Angkatlah, aku bagi peluang kat korang untuk tunjukkan kekuatan masing - masing."tanpa bersalah, Black memboloskan diri kedalam kereta mewah itu.

Mark tercengang.

"Kurang ajar punya manusia!"sempat kaki Mark menyepak pintu seat belakang dimana tempat yang Black duduk.Bonet kereta Adrian dituju sebelum barang - barang tuannya itu diletakkan kemas.

Carlos pun melakukan perkara yang sama.Dia sudah reda dilakukan sedemikian.Dasar Klaew Khemkhaeng!

"Rumah dh kunci?"soal Adrian.

"Sudah, tuan."balas Carlos sambil menutup bonet kereta itu.Mark pula sudah lama masuk kedalam perut Lexus nya.Ada sesuatu yang perlu dia ajar,tapi bukan haiwan!

Adrian mengangguk.Tangan Arin dicapainya sebelum pintu kereta disebelah pemandu dibuka.Tangan kirinya diletakkan pada bahagian atas pintu itu agar kepala si isteri tidak terhantuk nanti.

Arin hanya menurut.Baru saja dia ingin memasangkan tali keledar itu, satu tangan menghalangnya.

"Let me do it."lembut Adrian berkata seraya tangannya laju memasangkan benda itu melingkari tubuh isterinya.

Arin mengemam bibir.Senyuman hampir terlepas lagi.Sekarang dah tahu kan kenapa dia cepat sangat cair dengan Adrian?

Adrian mengucup dahi Arin lama sebelum langkahnya dibawa ke tempat duduk pemandu.Hari ini dia akan menggunakan BMW nya.Lebih kecil, lebih mudah nak cari parking!

Pit ! Pit! Pit! Pit! Pit!

"Semangat sangat Mark memandu."tawa kecil Arin terlepas.Matanya ralit memandang kereta hitam yang sudah meluncur laju keluar daripada kawasan rumah itu.

"Budak tak pernah ada kampung kan."

Arin ketawa lagi.Haih, kadang - kadang dia pun tak percaya yang semua lelaki itu ialah mafia! Boleh pula perangai mereka tak semengah kan?

"Dah, let's go."

✪✪

Adrian membuka tali pinggang keledarnya sebaik kereta diparkirkan di kawasan R&R itu.Pandangan dibuang keluar tingkap.

"Em.."

Pantas Adrian menoleh ketepinya.Arin yang sudahpun terjaga dari lenanya itu diperhati.

Arin menggosok kedua matanya.

"Dah sampai ke awak?"perlahan suara itu bertanya.Postur badannya sudah ditegakkan.Macam lama je dia tidur.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now