bab 17 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Start from the beginning
                                    

"Eh, sayang..Stop crying please."

Air mata Arin masih tetap mengalir.

Adrian mulai buntu.Dia tidak pernah mengalami kejadian itu.Langkah dibawa ke meja solek.Telefon bimbitnya dicapai.

"A-awak marah saya ke?"

Adrian melajukan pergerakannya apabila Arin tidak henti - henti menangis.Malah, lebih kuat adalah!

Punat on telefon ditekan.

"Hey, siri! How do you treat people with menstrual cramps? "

Walaupun ia kedengaran sedikit gila, namun dilakukan jua.Pada masa itu, hanya benda tidak bernyawa tersebut harapan hidupnya.

"You can place a hot towel or  hot pack on the person's stomach."

Telefon dilempar ke atas katil tanpa teragak - agak.Kini dia sudah tahu apa yang perlu dibuat.

"Awak nak pergi mana tu?"terhenti tangan Adrian memulas tombol pintu bilik itu.Dia menepuk dahinya.Lupa pula dia dengan isterinya yang terlebih sensitif itu.

Tubuh isterinya itu dihampiri.Kedua tangannya didepa.

"Mari sini."tubuh gadis itu dipeluk erat sebeluk kedua kaki Arin dilingkarkan kepinggangnya.Koala hug!

Tangan Arin merangkul leher suaminya laju.Kini dirinya sudah serupa kanak - kanak yang berada didalam dukungan seseorang.Kepalanya direhatkan dibahu lelaki itu.

Adrian pula sempat mengambil sehelai tuala kecil dari almari sebelum langkahnya laju dibawa keluar.Lif dituju  untuk ketingkat bawah.

"Kita nak pergi mana ni awak?"

Adrian menggosok belakang Arin lembut.Pipi gadis itu sempat dicium sekali.

"Dah jangan bising..Nanti perut tu tambah sakit."

Arin mengangguk.Emosinya Cuba distabilkan semula.

Sebaik pintu lif terbuka, Adrian lantas melangkah keluar sebelum ruangan dapur dituju.

"Awak, dudukkan saya kat situ."

Adrian menggeleng.

"Tak payah..Biar je aku dukung kau."

Kabinet didekati sebelum sebuah besen kecil berwarna biru dikeluarkan.Kini coway pula dituju.Air panas dan air bersuhu biasa diambil agar menggunakan besen tadi.

Kalau ikut cakap Siri tadi, memang melecur perut isterinya.Maklumlah, tiada otak kan?

Arin hanya diam.Sakit diperutnya masih menyengat.Sesekali dahinya berkerut.

Adrian meletakkan besen berisi air suam dan tuala kecil itu diatas meja.Satu kerusi ditarik menggunakan kakinya.

"Sayang, sit here."lembut saja Adrian memindahkan tubuh isterinya itu.Kepala gadis itu sekali lagi diusap.

Arin duduk menyandar dikerusi itu.Dia hanya diam menanti langkah Adrian seterusnya.

Adrian pula lantas memasukkan tuala kecil itu kedalam besen tersebut.Tidak lama kemudian, benda itu dikeluarkan semula.Tuala tersebut diperah kuat.

"Sayang, sandar bagus - bagus."

Arin menurut.Matanya sedikit meluas apabila tangan kekar itu tiba - tiba saja mengangkat baju tidurnya keatas.Tangannya laju menahan.

Adrian memandang Arin.

"Sayang, sampai bila nak sembuh hm?"

Arin memejamkan matanya seketika.Keluhan kecil dilepaskan.Malunya!

Adrian mula menyingkap pijama satin gadis itu keatas semula.Tuala tadi terus ditekupkan keperut isterinya itu.Tangannya yang satu lagi menahan belakang pinggang Arin.

Kerutan didahi Arin sudah mulai berkurangan.Rasa selesa mulai menyapa dirinya.

Adrian pula setia menemani gadis itu disitu.Mulutnya ditutup rapat apabila ingin menguap.Nanti kalau Arin nampak, kang salah faham lagi lepastu menangis.

Tapi tidak mengapa, kerana gadis itu ialah keutamaannya.Ubun - ubun gadis itu dikucup syahdu.

✪✪

Adrian meletakkan tubuh lena Arin itu diatas katil dengan penuh lemah lembut.Selimut ditarik hingga keparas dada gadis itu.

Punggungnya dilabuhkan pada ruangan kosong sebelah tubuh isterinya itu.Mata merenung wajah polos itu.Tidak semena - mena, ketawa kecilnya terlepas.Namun cepat mulutnya ditekup semula.

"Bukan main manja ye kau tadi."bisik lelaki itu sambil menepuk - nepuk lengan Arin.Senyumannya masih saja terukir.

"Mesti sakit sangat kan tadi?"perut Arin yang beralas selimut tebal itu disentuh.

Susah juga ya jadi perempuan.Lain lagi sakit beranak, lain lagi sakit senggugut.

"Dah, sleep tightly sayang.."baru saja dia ingin berdiri, satu tangan menahannya.

Arin yang sudah terjaga sedikit itu dipandang.

"Kenapa sayang? Sakit lagi ke?"duduknya dilabuhkan semula.Risau kalau sakit tadi mengganggu isterinya semula.

Arin menggeleng.

"Awak tidur lah juga..maaf ganggu tadi."

Adrian senyum mendengar kata - kata gadis itu.Suara lembut itu kedengaran sangat comel pada pendengarannya.

Comel sangat lah dia ni!

"Ya, sayang..You're my priority."ujar Adrian ikhlas.

Arin yang separa sedar itu tersenyum.

"Terima kasih."

Adrian melabuhkan satu kucupan kasih pada ubun - ubun isterinya itu.Kasihnya pada gadis bernama Arin Mikaela itu sudah melimpah ruah.Tidak dapat dia bayangkan kalau gadis itu meninggalkannya suatu hari nanti.

Dia pasti akan gila.Gila merindukannya.

"Dah tidur balik..Nanti kalau sakit lagi kejutkan je aku..Ingat, jangan sakit tak beritahu..Kau tahu kan aku sayang kau?"

Arin mengangguk sebelum matanya perlahan - lahan mulai terkatup semula.Berkat bantuan suaminya, dia dapat tidur dengan selesa semula.

"Sweet dreams, sweetheart."



















Another sweet chapt 4 today<3

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now