bab 15 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

ابدأ من البداية
                                    

"This is for you."

Mata Arin membulat.Wajah Adrian dipandang tidak percaya.

"Eh, tak payahlah awak..Lagipun, saya tak pandai guna benda ni."tolak Arin sopan.Kepala turut digeleng, tanda tidak mahu.

Adrian menggeleng.Tangan kanan gadis itu ditarik sebelum telefon bimbit tersebut diletakkan keatasnya.

Dia sebenarnya sudah lama perasan yang isterinya itu tidak mempunyai telefon.Sebab itulah, dia tidak boleh menghubungi gadis itu semasa dia berada di tempat kerja.Rindu tahu tak?

Jadi sewaktu pulang kerja dua hari lepas, dia membeli telefon yang sama jenis dengan miliknya itu.Cuma warna saja yang berbeza.Dia punya berwarna hitam, manakala Ari punya pula berwarna ungu.

"Mahal lah awak.."

Arin bukannya apa, cuma dia tidak mahu terbuai dengan semua kemewahan yang diberikan oleh Adrian.Cukup lah cincin yang tersarung pada jari manisnya itu.

Adrian menggeleng.

"Sayang, listen.."

Mata Arin memandang wajah Adrian.

"Aku belikan kau benda ni supaya aku dapat call kau setiap masa.Nanti kalau aku tak de kat rumah lepas tu ada perkara buruk terjadi macam mana?Kau nak aku menyesal seumur hidup ke?"

Arin menunduk.Jari - jemarinya dimainkan antara satu sama lain.Apa yang dikatakan oleh suaminya itu ada betulnya juga.Tapi kenapa mesti yang mahal?

Adrian menolak dagu Arin keatas.Dia tidak suka bila matanya tidak dapat melihat wajah itu dengan jelas.

"Tapi-"

"No excuses, Mrs. Adrian."cantas Adrian apabila gadis itu masih berkeras ingin menolaknya.

Arin melepaskan keluhan kecil.Dalam masa yang sama hatinya turut berbunga dengan panggilan Adrian buat dirinya itu tadi.Mrs Adrian?

Adrian senyum apabila Arin sudah mulai menekan - nekan skrin telefon itu.Good girl!

"Tapi kan awak,"

"Hm? Apa dia sayang?"lembut sekali Adrian menyoal.Jika pekerjanya melihat sisinya yang satu ini, pasti mereka akan terkena kejutan budaya.Yalah, di tempat kerja bukan main garang nak mampus!

Tapi kalau dengan Arin, memang kalah gula - gula kapas lembutnya.

"Saya tak pandai lah guna benda ni."adu Arin.Dia tahu, umurnya yang sudah seperti itu seharusnya tahu bagaimana untuk mengendalikan benda tersebut.Tapi apakan daya, Puan Zainab tidak menggalakan mereka untuk menggunakan telefon sejak kecil lagi.Kata wanita itu, benda alah itu belum sesuai bagi mereka.

Dan akhirnya dia dapat juga memiliki benda itu.Hasil daripada kerja keras semuanya itu sendiri.Walaupun dia tahu yang Adrian tidak susah mana pun membeli benda itu, namun semua benda tetap dibeli menggunakan duit kan?

Adrian tersenyum.

"Don't worry, I'm here."

✪✪

"Kita nak pergi mana ni?"soal Arin yang sedang dipakaikan tali keledar oleh Adrian itu.Wajah gadis itu berseri - seri kerana setelah sekian lama terperuk di dalam rumah mewah itu, akhirnya Adrian membawanya juga untuk keluar.

Adrian turut senyum melihat riak gembira isterinya.Sejak dia beritahu yang mereka akan keluar pada waktu petang, senyuman gadis itu tidak pernah putus.Bahagia sangat!

"Mana - mana je yang sayang nak.Dah duduk diam - diam.."ujar Adrian sebelum langkahnya dibawa ketempat duduk pemandu.Pintu dibuka sebelum tubuh diboloskan masuk kedalam perut kereta.

"Terima kasih awak sebab bawa saya keluar.."ucap Arin dengan senyuman manisnya.Terserlah kecantikan gadis itu.

Adrian senyum seraya tangannya naik mengusap kepala gadis itu.Kenapa comel sangat ni?

"Most welcome, sayang."

Hati Arin berdebar.Setiap kali Adrian memanggilnya sayang, pasti dadanya akan berdebar.Kuat sangat penangan panggilan itu!

Adrian menghidupkan enjin kereta sebelum Porche Macan itu laju meluncur keluar dari kawasan rumahnya itu.

"Banyaknya kereta awak kan?"kata Arin membuka topik perbualan.Suasana sunyi didalam ruangan itu sedikit canggung rasanya.

Adrian menoleh ketepi sekejap.

"Kenapa kau nak ke?"soal Adrian terus.

Arin menggeleng laju.Tanya je kot!

"Eh tak lah! Saya tanya je."

Adrian senyum.Dalam diam, matanya dapat menangkap sebuah BMW hitam berada tidak jauh dari mereka.Bukannya dia tidak perasan yang kereta itu sudahpun mengekori mereka sejak keluar dari rumah lagi.Senyuman sinisnya terukir.

"Awak, awak kenal tak kereta kat belakang tu?"tanya Arin pelik.

Gadis itu pun turut perasan dengan tingkah pelik kereta tersebut.Nak cakap orang kanan suaminya, tiga budak tu masih tidur kat rumah.Lelaki - lelaki itu masih qada' tidur agaknya.Jadi siapa punya kereta itu?

"Entahlah sayang.."balas Adrian, berpura - pura tidak tahu.Sesekali matanya melirik ke cermin sisi dan cermin pandang belakang.Kelihatan kereta itu sudahpun mulai mendekati mereka.

"Sayang, duduk diam - diam."suara Adrian sudah bertukar sedikit keras apabila kelajuan kereta dibelakang mereka itu sudah mulai bertambah.

Arin bingung namun semua arahan suaminya itu diturut jua.Hatinya juga terasa sedikit tidak sedap hati apabila menangkap riak Adrian yang jelas sudah berubah itu.

Buk!

"Argh!"terkejut Arin apabila kereta dibelakang itu tiba - tiba menghentam bahagian belakang kereta yang mereka naiki itu.

Adrian pula dengan cepat menangkap tubuh Arin yang sudah maju kehadapan itu.Nasib saja dia laju bertindak, kalau tidak pasti dahi gadis itu sudah terhantuk.

Buk!

Kereta itu melakukan perkara yang sama sekali lagi.Tapi kali ini, kedudukan Arin sudah lebih stabil.Tangan Adrian yang merangkul tubuhnya itu dipegang erat.

"Kereta belakang tu kenapa awak?"mata Arin memandang kebelakang.Dapat dia lihat ada tiga orang lelaki yang memakai mask serta topi hitam berada didalam kereta tersebut.

"Jangan takut, sayang.."pujuk Adrian sambil mengusap belakang badan gadis itu.Laci dihadapan seat Arin itu dibuka sebelum Glock Meyer 22 dikeluarkan.

Mata Arin terjegil melihat benda itu.Ini kali kedua dia melihat Adrian memegang benda berwarna hitam itu.Kali pertama sewaktu lelaki itu menyelamatkannya dari dua orang lelaki tempoh hari.Dan hari ini dia melihatnya lagi.Siapa Adrian sebenarnya?

Bagaimana dia boleh ada pistol sesuka hati?

















Sorry for late update.

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️







LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTحيث تعيش القصص. اكتشف الآن