Ayriel meraup wajah. See? Sudah dia agak siapa dalang dibalik semua ini. Dia yakin Azriel yang rancang kerana sebelum mereka semua bergerak ke rumah Nadhirah untuk akad nikah, adiknya itu sempat singgah ke hospital. Bila ditanya, Azriel cakap cuma nak hantar Ayad teman Aliyah. Jadi, dia pun malas mahu ambil pusing. Ayriel menarik nafas panjang cuba menahan sabar. Dia tidak mahu cepat melenting.

" Okay, look. Kalau nak diikutkan daripada plan kau, bila kau nak bawa lari lia jauh dari aku? Jujur, terus terang. ", soal Ayriel.

" Erm— lepas habis majlis aku dan Nadhirah hehe. Peace yow! "

Azriel tersengih kecil tidak bersalah sebelum jari telunjuk dan jari hantu dikeluarkan membentuk 'peace✌️' hehe! Ayriel memicit dahi. Nafasnya ditarik panjang lalu dihela lepas perlahan.

Aahh tak boleh sabar!

Bbukk!

" Argh— Sakit bodoh! " tidak bersedia apa-apa, Azriel dikejutkan dengan pukulan kuat pada tengkuknya. Ini kalau balik nanti Nadhirah tanya kenapa leher dia senget, tahulah kerja siapa. Mangkuk betul!

" Kiranya andai kata majlis kau ada ke tak, kau tetap akan bawa Aliyah pergi juga jauh dari aku kan? Kau adik aku, ngah. Sampai hati kau buat aku macam ni. Kau tak kesiankan aku ke? Aku tak sempat nak tebus balik salah aku pada Aliyah sebab kau! ", Ayriel mengeluh kecewa. Kalaulah Aliyah ada di sini. Haih..

Azriel menggaru kening sekejap. Mendengar ayat yang keluar dari mulut Ayriel, dia jadi serba salah. " Tapi, Riel.. Nak dibandingkan kau dengan Aliyah, terus terang aku lebih kesiankan bini kau. Tak payah tanya orang lain, tanya diri kau sendiri. Bila kali terakhir kau tengok dia senyum yang betul-betul senyum bahagia? Bagi Aliyah bebas, bernafas sekejap. Itu saja yang aku minta, aku tak minta pun kau ceraikan dia. Aliyah layak hidup bahagia macam orang lain, Riel. "

Entah kali ke berapa Ayriel mengeluh. Ada benar juga apa yang dikatakn Azriel tadi. Sudah lama dia tidak nampak isterinya itu tersenyum bahagia seperti dahulu. Kali terakhir mungkin sebelum kehadiran Bella di rumah ini.

" Ni sebelum aku balik, aku nak tanya sikit. Bella bekas bini kau dulu tu apa cerita? Hidup lagi ke? "

Ayriel mengangkat bahu, tidak tahu. Sejak Bella dihalau keluar oleh Azriel tempoh hari, terus wanita itu tidak munculkan diri. Berita tentang Bella tika ini pun dia tidak tahu. Malas mahu ambil tahu.

" Waniy. Kau tahu kan dia terlibat dalam plan bodoh Bella tu? ". Ah sebut nama Waniy, hati Azriel jadi sebal. Sepanjang dia di rumah ini tadi, kelibat gadis itu langsung dia tak nampak. Di dalam bilik barangkali, takutlah tu!

" Tahu. Jangan risau pasla Waniy, nanti aku sendiri yang akan bincang dengan dia. Kau nak balik, baliklah dulu. Kang bini kau melalak pula tunggu laki tak balik-balik. "

Azriel mencebik bibir. Eh dia ni, dah kena tinggal bini pun mulut boleh tahan anjing juga! " Kau dah broken, buat cara broken. Dahlah aku gerak dulu. Rindu bini hehe.. "

Usai berpelukan dengan Ayriel, Azriel meminta diri. Sampai saja di kereta, dia membuka pintu lalu tubuh dibawa masuk ke dalam perut kereta. Telefon bimbit di dalam kocek dia keluarkan. Satu nama dalam ruang kenalan telefonnya dicari. Lambang 'telefon' di sebelah nama kenalan yang dicarinya tadi ditekan sebelum telefonnya di bawa dekat pada telinga.

SUPER MAMA حيث تعيش القصص. اكتشف الآن