CASL 29

1.1K 180 17
                                    

PANG!

PANG!

"Bodoh!"

Diana menampar kuat pipi kedua adik beradik dihadapannya.

"Korang berdua memang tak boleh pakai! Sia-sia je aku bayar korang 10 ribu tapi kerja satu habuk pun tak boleh buat! Bodoh!" Tengking Diana.

"Aku dah cuba, kau ingat senang ke nak buat kerja kalau laki dia dan nenek aku ada dekat dalam rumah tu?" Balas Johan memegang rahangnya yang terasat perit. Dah lah tadi kena tumbuk dengan suami sepupunya, sekarang kena tampar pulak dengan perempuan tak guna ni.

"Betul tu, aku pun dah tolak perempuan tu masuk dalam sungai tapi laki dia tu memang cepat bertindak." Rania turut membela diri.

"Cukup! Aku tak nak dengar apa-apa alasan lagi dari korang! Berambus! Jangan harap aku akan bayar korang lagi!" Halau Diana.

Kedua adik beradik itu hanya megeluh sebelum mereka mengorak langkah keluar dari sebuah bangunan lama yang menjadi tempat pertemuan mereka bertiga.

"Tak guna! Kau memang cari nahas dengan aku Delisha! Sampai bila-bila aku tak akan biarkan Zyan jadi milik kau! Dia milik aku! Selamanya milik aku! Hahahaha." Ketawa Diana bergema dalam bangunan lama itu.

Sesaat ketawa Diana mula pudar bertukar dengan tanggisan.

"Zyan i rindu you..." Tanggisnya.

"Ni semua salah kau! Kalau kau terjun sama dalam sungai dan tolak kepala dia mesti aku tak perlu susah-susah dah masuk rumah nenek semata-mata nak rosakkan perempuan tu. Dah lah penumbuk laki dia tu berbisa nak mati, hancur terus muka aku. Nasib baik dia lupa nak bukak topeng, kalau tak memang abang kau ni dah masuk lokap malam ni!" Marah Johan kepada adiknya.

"Lah adik pulak kena?! Abang kan tahu yang adik memang tak pandai berenang. Kalau adik terjun sekali, memang arwah lah jawabnya." Balas Rania menjeling abangnya.

"Kau mati lagi bagus, baru semua duit tu jadi hak milik aku sorang." Bidas Johan. Kakinya melangkah laju meninggalkan adiknya di belakang.

"Dasar abang tak guna!" Jerit Rania mengejar langkah abangnya.

Sampai sahaja dirumah, Johan membuka kunci pintu rumah kayu mereka dengan kasar. Adiknya yang ditinggalkan tadi tidak dihiraukan. Bilik tidurnya dituju.

"Joe mana adik kau?" Soal Puan Fatimah kepada anak sulungnya.

"Tak tahu, dah mati kut."

"Kau ni dah kenapa?! Nak mak tampar pipi kau yang dah lebam tu?! Gaduh dengan siapa pulak kali ni?" Marah puan Fatimah.

"Laki anak sedara mak yang tak guna tulah! Dia yang tumbuk Joe sampai lebam macam ni!"

"Anak sedara? Maksud kau budak sial si budak Delisha tu?" Soal Puan Fatimah.

"Siapa lagi kalau bukan dia." Balas Johan.

"Budak sial tu memang dari dulu menyusahkan keluarga kita. Takpe nanti mak balas balik apa yang laki dia buat dekat kau. Baru betina tu tahu langit tinggi ke rendah. Balik kampung ni je terus nak buat hal."

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now