BAB 5

2.6K 227 9
                                    

SETELAH selesai sesi pergambaran, Delisha menyuruh Firash balik dahulu kerana dia ingin singgah ke kedai runcit untuk membeli barangan dapur.

Dia menekan button lift untuk turun dari bangunan syarikat.

Merasakan tangannya bersentuhan dengan tangan seseorang, Delisha terus mengangkat kepalanya memandang ke arah gelaran itu.

Mata Delisha membulat melihat wajah lelaki itu.

"Zyan?"

Zyan memandang Delisha sekilas lalu menekan button lift.

Delisha menundukkan wajahnya. Suasana sepi antara mereka berdua membuatkan Delisha merasa tidak selesa.

Tiba-tiba lift yang dinaiki mereka bergoyang, menyebabkan Delisha terdorong ke arah Zyan. Tanpa sedar tangan Delisha melekat pada dada tegap Zyan.

Melihat keadaan mereka terlalu dekat Zyan berdehem perlahan sebelum menekan button kecemasan lift.

"Kenapa lift berhenti?" Ujarnya dingin dengan wajah yang tenang.

Kedengaran suara seorang lelaki dari speaker kecil yang berada dalam lift tersebut. "Maaf Tuan Zyan, lift ni dah kami dah baiki sebenarnya, tak tahu kenapa boleh rosak pulak hari ni. Nanti saya inform mekanik untuk baiki lift ni secepat mungkin."

"Cepat sikit."

"Dalam keadaan macam ni pun dia boleh tenang namati?!" Gumam Delisha perlahan.

"Apa kau cakap?" Soal Zyan menundukkan sedikit mukanya ke arah wajah Delisha yang mempunyai ketinggian yang lebih rendah darinya.

"Takde hehehe." Balas Delisha. Tangannya masih lagi melekat pada dada lelaki itu yang berlapikkan kot kerja.

Menyedari keadaan mereka yang terlalu dekat, Zyan menolak kasar tubuh Delisha jauh darinya.

Delisha terserentak sebelum lift itu bergoyang sekali lagi.

"Argh! Saya takut!" Jerit Delisha terus memeluk kembali tubuh tegap bekas suaminya. Kedua belah tangan memeluk kemas pinggan Zyan.

Zyan yang terkejut dengan tindakan drastik Delisha membiarkan dirinya dipeluk.

Tanpa membalas pelukan Delisha, dia dapat merasakan getaran pada tubuh gadis itu.

"Zy...Zyan.." Kedengaran ketakutan dalam nada suara Delisha.

"Sa..saya tak tahu apa yang dah berlaku antara kita. Tapi saya boleh nampak yang awak sangat terluka. Saya minta maaf." Ujar Delisha perlahan. Wajahnya disembam ke dada Zyan.

Zyan yang mendengar bicara Delisha itu menolak kasar sekali lagi tubuh Delisha.

"Huh?Maaf kau tu dah takde guna. Aku sayang kau sepenuh hati aku dan bagi kau kemewahan semua yang kau nak tapi apa yang kau buat Delisha? Kau khianati semua tu." Balas Zyan tersenyum sinis.

"Sa..Saya.." Delisha buntu ingin membalas kata-kata Zyan.

Pintu lift terbuka.

Zyan melangkah keluar dari lift. Namun langkahnya terhenti apabila menyedari Delisha tidak bergerak.

Dia menoleh semula ke arah Delisha yang kaku di dalam lift.

"Saya takut." Ujar Delisha perlahan.

Zyan mengeluh perlahan sebelum merapati pintu lift itu semula.

"Sini tangan kau." Zyan menghulurkan tangannya kepada Delisha.

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now