CASL 19

1.6K 156 6
                                    

AZAN subuh berkumandang, Delisha membuka kedua kelopak matanya. Tangannya mencapai lampu nightstand lalu dibuka. Selimut yang membaluti tubuhnya diheret menutupi bahu yang terdedah.

Kepalanya kembali diletakkan diatas lengan suaminya. Setiap malam dia tidur beralaskan tangan lelaki ini. Wajah kacak Zyan yang masih lena disisi ditenung lama. Hembusan dan dekuran halus dari lelaki itu menyapa lembut pipinya.

"Abang bangun solat subuh." Tangan Delisha naik menyentuh rahang suaminya.

"Hm kejap sayang 5 minit." Zyan mengetatkan lagi pelukan mereka.

"No, nak mandi lagi ni. Nanti lewat pulak subuh." Delisha mencubit kuat lengan Zyan. Dia ni memang susah kalau nak bangun subuh.

"Nak morning kiss dulu baru abang bangun." Zyan tersenyum nakal dengan kedua mata masih lagi terpejam.

"Eii pagi-pagi dah miang orang tua ni." Delisha menarik hidung mancung Zyan.

"Miang dengan bini sendiri abang jugak. Orang tua ye? Orang tua ni jugak sayang peluk cium tiap hari." Ujar Zyan selamba.

"Eh eh sape yang peluk cium sape? Nampak ni?" Delisha menunjukkan penumbuk kecilnya ke arah muka Zyan.

"Sekali debik muka abang hilang terus macho abang tu." Sambung Delisha lagi.

Zyan membuka sedikit matanya melihat penumbuk kecil Delisha. Ketawa kecilnya terletus.

"Hahaha sayang, sayang. Kalau setakat penumbuk besar ibu jari kaki abang ni, kena pun takde kesan apa-apa." Zyan menarik tangan Delisha yang membentuk penumbuk itu lalu diletakkan ke dadanya.

"Tangan kecik macam ni sesuai untuk belai abang je." Zyan membuka kedua mata dan menanyangkan senyuman smirk melihat

Muka Delisha mula merona merah.

"Dia ni kan.." Delisha memalingkan mukanya memandang ke arah lain melihat pandangan redup dari suaminya.

Zyan menarik dagu runcing Delisha sebelum dihadiahkan satu ciuman di situ.

"Ish dah lah orang nak solat subuh." Delisha menolak dada Zyan lalu bangun dengan tubuhnya dibaluti selimut.

Dia mencapai tuala yang tersidai lalu berjalan masuk ke dalam bilik air.

Zyan tersenyum nipis, perlahan-lahan menutup semula matanya.

"Abang!"

Belum sempat Zyan menutup mata sepenuhnya, kedengaran jeritan Delisha yang berada dimuka pintu bilik air.

Zyan mengangkat keningnya melihat Delisha mendekatinya.

"Tengok apa yang abang dah buat!" Delisha menunjukkan terdapat banyak kesan merah di lehernya.

Zyan yang tersenyum kacak dipandang tajam.

"Wow you look sexy with all the red marks dear. Nak abang tambah lagi ke?" Zyan tersenyum nakal.

"Ish." Delisha menjengkilkan matanya. Kakinya dihentak memasuki bilik air.

"Mandi elok-elok ye sayang. Jangan lupa mandi wajib." Laung Zyan sebelum tertawa kecil.

"I hate you!" Jerit Delisha dari dalam bilik air.

"I love you too!" Zyan mengelengkan kepalanya tersenyum nipis mendengar bebelan Delisha yang tidak jelas dihalang bunyi pancuran shower.

       SETELAH selesai menunaikan solat subuh berjemaah, Zyan membuka baju t-shirtnya digantikan dengan pakaian kerjanya.

Delisha yang sedang makan asam di atas katil hanya melihat pergerakan suaminya.

Tiba-tiba Matanya membulat memandang belakang tubuh Zyan.

"Uhuk uhuk." Delisha tersedak.

Zyan yang baru menyarung sebelah lengan kemejanya mengerutkan kening melihat Delisha tersedak dari pantulan cermin. Dia terus menghampiri isterinya.

Gelas air putih di atas meja kecil yang berada disisu katil dicapai. Penutup gelas dibuka lalu disua ke bibir Delisha.

Delisha terus meneguk laju air itu.

"Makan asam pun boleh tersedak ke?" Zyan menepuk perlahan belakang tubuh kecil Delisha.

"Bukan. Belakang awak tu. Eh maksud saya err.." Delisha menutup mulutnya yang terlanjur cakap.

Zyan menaikkan sebelah keningnya.

"Belakang abang? Kenapa dengan belakang abang?" Soal Zyan.

"Skodeng abang senyap-senyap ye?" Sambung Zyan tersenyum smirk.

Melihat muka isterinya merona merah, Zyan melangkah ke arah cermin sebelum tubuhnya ditilit dari pantulan cermin.

Mata Zyan turut membulat melihat banyak kesan merah pada leher, dada dan absnya. Belakang tubuhnya juga terdapat banyak cakaran kecil.

"Wow ganas jugak isteri abang ni ye?" Zyan tersenyum nakal memusingkan tubuhnya menghadap Delisha di atas katil.

"Ehem adil lah kan. Dah tu abang pun buat banyak dekat sayang." Delisha mejelirkan lidahnya.

"Sejak bila nakal macam ni? Nak kena gigit ke?" Soal Zyan berjalan mendekati Delisha.

"Semalam kan dah kena gigit. Esok lah pula hehehe." Balas Delisha sambil tersenggih. Nakal sungguh!

"Tau takut. Butangkan baju abang cepat." Zyan melipatkan lengan bajunya hingga ke siku.

Tanpa membantah, dengan wajah yang merona bak tomato Delisha membuntangkan kemeja Zyan.

"Malu ke sayang? Hahaha comel je." Zyan mengelus lembut pipi merah isterinya.

"Mana ada orang malu lah." Dalih Delisha bangun duduknya lalu mengambil tie di dalam laci tempat khas untuk pelbagai jenis dan warna tie lelaki itu.

Tie berwarna hitam diambil lalu kakinya kembali melangkah mendekati suaminya.

Setelah selesai mengikat tie, Delisha menepuk perlahan Dada Zyan.

"Handsome suami sayang. Kalau balik awal  petang nanti tolong belikan buah durian, rambutan, manggis, manga, duku dan cempedak ye? Hehehe." Jarinya dikuis-kuis di dada bidang Zyan.

"Kenapa tak cakap nak semua jenis buah je?" Soal Zyan mengucup lembut dahi Delisha.

"Boleh eh abang? Abang kan sayang sayang so abang kena beli semua jenis buah tu." Delisha menjatuhkan mukanya ke leher lelaki itu. Bau maskulin Zyan dicium dalam. Menggoda betul bau dia!

Zyan berfikir sejenak sebelum menarik dagu Delisha memandangnya.

"Kalau esok boleh? Tak payah beli, kita balik kampung sayang. Dekat sana nenek ada kebun buah. Boleh jengguk nenek sekali." Ujar Zyan lembut.

Delisha memandang ke dalam mata suaminya. Dia masih ada keluarga lagi?

"Kampung sayang? Sayang ada keluarga lagi ke?" Soal Delisha dengan wajah yang berkerut.

"Ada, nenek belah ayah sayang. Nanti kita balik kampung jumpa dia lusa ye?" Ujar Zyan lembut. Mata hitamnya menikam ke dalam mata hazel Delisha.

Dah ready untuk konflik? Sediakan tisu ye 😂😂

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now