BAB 7

2.7K 246 20
                                    

DELISHA membuka matanya perlahan-lahan.Kepala yang berdenyut-denyut dipicit beberapa kali.

Rasa loya ditekak tidak dapat ditahan.Dia memuntahkan segala isi perutnya di atas katil.

"Aduh, habis katil."

Delisha cuba melangkah turun dari katil. Sebaik sahaja kedua tapak kaki menyentuh lantai,tubuhnya mengigil sejuk menyebabkan dia gagal mengimbangkan badan.

Tiba-tiba teradapat satu tangan menyambut tubuhnya daripada menghempap lantai.

"Kenapa kau bangun?" Soal Zyan sebelah tangan kanan memaut kemas pinggang Delisha dan sebelah tangan memegang dulang bubur.

"Awak?! Awak buat ape dekat sini?!" Tanya Delisha terkejut.

"Kau pengsan semalam atas jalan, nasib baik aku nampak. Kalau tak, tak ke naya sia-sia kena langgar mati katak. Dah lah kena langgar haritu, bangun-bangun macam takde otak." Ujar Zyan selamba sambil meletakkan dulang yang dipegang tadi di atas meja sisi tepi katil.

Delisha mengerutkan keningnya memandang lelaki itu.Seingat dia, Firash sempat menghantar dia sampai rumah semalam, kenapa pulak boleh pengsan atas jalan?

"Kau demam, jangan risau aku tidur dekat ruang tamu semalam. Dah baring bal.. Laa kau muntah ke?Jap kau duduk dulu, aku salin cadar." Zyan mendudukkan Delisha di kerusi yang berada sebelah katil sebelum menukar cadar yang kotor itu lalu ditukar dengan cadar yang baru.

Delisha memandang tingkah laku Zyan tanpa berkelip.

Rasa mual dikorongkong tekak terasa lagi. Tangan Delisha naik menekup mulutnya sendiri.

Zyan yang perasan,terus melangkah mendekati Delisha.

"Kau nak muntah ke?"

Delisha mengelengkan kepalanya. Mata dipejam rapat menahan rasa loya bercampur sakit dikepala yang berdenyut-denyut.

Melihat keadaan Delisha, Zyan mengangkat tubuh genit Delisha lalu dibawa ke tandas.

Delisha yang berada di dalam dukungan Zyan, menghidu bau maskulin lelaki itu. Dia menyandarkan kepala pada bahu tegap Zyan. Entah mengapa rasa loya ditekaknya mula hilang.

"Tak, tak jadi, dah okay dah." Ujar Delisha mendekatkan hidungnya pada leher Zyan.

Zyan yang merasa hidung Delisha yang dekat dengan lehernya, menelan kesat air liur. 'Dia ni memang saja nak goda aku ke macam mana'

"Pulak.Mengada betul kau ni." Zyan melangkah ke arah katil semula, tubuh Delisha diletakkan perlahan di atas katil.

"Kau makan bubur ni, pastu makan ubat. Meh aku suap, kejap lagi aku kena pergi kerja." Zyan duduk diatas kerusi bersebelahan dengan katil lalu mengambil mangkuk bubur.

"Takpe saya boleh makan sendiri. Awak pergilah kerja."

Tanpa menghirau balasan Delisha, Zyan meniup perlahan sudu bubur sebelum dihala ke mulut Delisha.

Perlahan-perlahan Delisha membuka mulutnya. Wajah kacak Zyan yang sedang meniup bubur dipandang tanpa berkelip.

Setelah menerima beberapa sudu suapan, Delisha mengelengkan kepalanya.

"Tak nak, saya dah kenyang."

Zyan hanya mengangguk perlahan.

"Kenapa awak tiba-tiba baik?" Soal Delisha memmbuatkan Zyan mengangkat wajah memandangnya.

"Sejak bila pulak aku buat jahat dekat kau? Kau je buat jahat dekat aku." Ujar Zyan kedengaran comel pada telinga Delisha.

Delisha ketawa kecil.

"Maaf, kalau saya boleh putarkan masa balik saya tak nak jadi diri saya yang dulu. Saya takkan sesekali sakitkan hati orang-orang disekeliling saya, termasuk awak." Delisha menyentuh tangan Zyan.

Mendengar kata-kata Delisha, riak wajah Zyan terus berubah. Zyan terus bangun dari duduknya lalu meletakkan kasar mangkuk bubur di atas dulang.

"Nah makan ubat ni. Aku nak pergi kerja." Ujar Zyan dalam nada yang dingin menghulurkan ubat dan segelas air kepada Delisha.

Delisha yang sedar akan perubahan Zyan, tidak mengambil huluran itu malah tangan kecilnya naik memegang lengan Zyan.

"Zyan.. saya..."

"Makan ubat ni Delisha! jangan sampai aku sumbat dalam mulut kau!" Marah Zyan.

Delisha terserentak dengan perubahan drastik Zyan, perlahan-lahan dia mengambil ubat lalu ditelan sebelum turut mengambil gelas air yang berada pada tangan lelaki itu.

Dihulurkan semula gelas kosong itu kepada Zyan.

"Nanti Firash akan tengok-tengokkan kau." Nada suara Zyan mula mengendur tapi Masih dingin.

Zyan meletakkan semula gelas kosong di atas dulang. Tanpa memandang ke arah Delisha dia membawa keluar dulang itu.

Melihat tubuh Zyan Mila hilang, Delisha menampar beberapa kali bibirnya sendiri sebelum mengeluh berat.

"Bodoh kau Delisha, mood dia baru je baik dengan kau."

Zyan yang berada di dapur menguak kasar rambutnya.
'Jangan sekali kau jatuh lagi dengan penipuan perempuan tu'

Deringan telefon bimbit di dalam kocek seluar menyentak Zyan. Telefon dikeluarkan sebelum menjawab panggilan.

"Hm?"

"Bos, pasal semalam tu, Diana bergaduh dengan Cik Delisha dekat photoshot. Dia yang tampar dan cengkam tangan Cik Delisha." Kedengaran suara Alex dihujung talian.

"Diana? Pecat dia serta merta. Aku taknak tengok lagi muka perempuan tu dekat photoshot atau office faham?" Balas Zyan dingin.

"Okay boss. Nanti saya settlekan."

Zyan memutuskan talian. Dia melangkah mengambil kunci kereta yang berada di atas meja ruang Tami lalu pergi dari rumah agam itu.

FIRASH memasuki rumah majikannya setelah mendapatkan kebenaran daripada Delisha melalui corong telefon.

Dia meletakkan bungkusan plastik makanan di atas meja dapur.

"Firash?" Delisha yang baru turun dari tingkat atas memanggil Firash. Demam mula kebah sejak tengah hari tadi, selepas makan ubat dan mendapat tidur yang cukup.

"Ye, sini dekat dapur." Balas Firash membuka bungkusan makanan.

" Delisha yang berpakaian hoddie putih dan seluar jean berwarna hitam menghampiri Firash.

Terima kasih, maaf susahkan awak."

"Takpe, tak susah pun. Kalau awak, seluas lautan api pun saya sanggup redah." Firash tersenyum sebelum mengenyitkan sebelah matanya.

"Eleh lautan api konon, kena lilin panas sikit pun dah menggelupur." Balas Delisha menjelingkan matanya.

Firash tergelak besar balasan gadis itu.

"By the way, awak dah beli ke hadiah untuk Zyan." Tanya Delisha.

"Belum lagi, dah semalam awak dah cakap nak beli sekali. So, saya tunggu awak sembuh dulu. Baru boleh dating." Gurau Firash.

"Hamboi! Gatainya Encik Firash ni, saya ni bekas isteri boss awak tau." Balas Delisha.

"Yela yelah. Gurau sikit pun tak boleh." Ujar Firash dengan wajah cemberut.

"Hahaha. Dah lah ni saya tengah lapar ni. Awak balik dulu, karang tak pasal kena tangkap basah.Lagi satu awak beli dulu hadiah tu, saya rasa nak buat kek je pagi esok. Lagipun pesta tu malam kan." Delisha mengambil bungkusan makanan dari tangan Firash.

"Okay, tak pe boleh kawin free kan untung." Balas selamba.

Melihat jelingan maut dari Delisha, Firash tersengih.

"Yelah nak balik dah ni. Jumpa esok." Firash melangkah keluar dari rumah.

Delisha menggelengkan kepalanya melihat figura Firash mula hilang dari pandangan.

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now