CASL 22

1.3K 161 5
                                    

SETELAH selesai mesyuarat, Zyan menghembuskan nafas berat, tali leher dilonggarkan manakala tubuh tegapnya disandarkan pada kerusi kerja.

Tangan naik memicit pelepisnya. Dari bermula mesyuarat lagi fikirannya terganggu tidak lepas dari memikirkan keadaan Delisha di rumah.

Alex yang duduk berhadapan dengannya hanya memandang wajah berkerut majikannya.

"Bos okay tak ni? Nak saya suruh Tania buatkan kopi?" Soal Alex.

"Takpe aku nak rehat jap. Nanti kalau siapa-siapa datang cari aku, cakap aku busy." Balas Zyan. Kaki panjangnya melangkang ke arah sofa yang berada di tengah ruangan pejabatnya. Telefon bimbit, dompet duit dan kunci kereta yang berada di dalam kocek seluar dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja dihadapan sofa. Badan direbahkan ke sofa manakala lengannya dinaikkan ke dahi.

"Lagi satu kalau Vivian ada datang sini, tolong halau dia. Aku taknak dia buat semak dekat pejabat ni." Sambung Zyan lagi.

"Okay bos, kalau takde apa-apa saya keluar dulu. Nanti kalau bos perlukan sesuatu panggil je saya." Ujar Alex bangun dari duduknya melangkah keluar dari bilik pejabat itu.

"Hm." Balas Zyan. Perlahan-lahan matanya ditutup.

Deringan telefon bimbit di atas meja menyebabkan Zyan membuka kembali matanya.

Tanpa melihat nama pemanggil, panggilan terus dijawab.

"Bro kau okay tak? Aku dapat tahu dari mama yang Vivian balik Malaysia. Dia ada jumpa kau ke?" Soal Qarl dihujung talian yang merupakan satu-satunya adik lelaki Zyan.

Zyan mengerutkan dahinya apabila mendengar suara adiknya dicerung telefon. Tak pernah- pernah adiknya menefonnya selama ini. Mimpi apa mamat ni tetiba telefon dirinya. Telefon bimbit dijauhkan dari telinga melihat nama pemanggil 'Qarl Handsome'.

Tu semua Qarl punya pasal. Mula-mula disave 'Adik Celaka' tapi diganti oleh Qarl senyap- senyap menjadi 'Qarl Handsome' tanpa pengetahuannya.

"Hm mimpi apa kau tetiba call aku? Kalau setakat nak tanya pasal Vivian baik tak payah call. Aku malas nak dengar pasal perempuan tu." Balas Zyan dingin.

"Chill lah bro. Jadi betullah dia pergi jumpa kau? Aku ingat dia memain je cakap dekat aku nak balik Malaysia nak jumpa kau haritu. Terlepas pulak aku nak tengok drama free hm sedihlah gini." Balas Qarl dengan lunak suara sedih.

"Jangan nak memvavi dekat sini. Aku dah berbaik dengan Delisha. Kitorang dah rujuk balik. Dia tengah pregnant sekarang. Aku taknak disebabkan Vivian, bini aku stress. Jadi tolong datang sini bawak perempuan tu balik Itali. Aku baru nak mulakan hidup baru dengan bini aku so please. Disebabkan perempuan tulah aku gaduh dengan bini aku pagi tadi." Zyan bangun dari berbaring dan duduk disofa.

"Woah, seriuslah kau dah berbaik dengan Delisha? Asal kau tak bagitau aku? Mama pun takde bagitau aku apa-apa pun? Lagi satu Delisha pregnant? Wow macam mana korang buat kerja eh gaduh-gaduh pun sempat ehem-ehem lagi." Ujar Qarl mengusik.

"Bodoh. Dia pregnant sebelum kitorang bercerai lagi sebab tu aku rujuk balik. Lagipun aku sayangkan dia, kau pun tahu tu. Mama tak tahu lagi kitorang rujuk balik." Jawab Zyan.

Mamanya turut berada di Malaysia, dia malas nak gaduh benda yang sama dengan mamanya. Sejak keluarganya mengetahui Delisha berkahwin dengan Zyan hanya sekadar berpura-pura, mamanya Tengku Mariam menjadi benci terhadap gadis itu.

Hanya Qarl dan Papanya sahaja yang berada di Itali menguruskan perniagaan disana.

"Nice! Tak lama lagi aku dapat anak buah baru! Tak sabar aku nak ajar dia menembak dan jadi fighter yang hebat macam aku. Pastikan anak buah aku tu lelaki ye baru senang aku nak ambik dia jadi ahli baru group kita." Ujar Qarl dengan nada ceria.

Cintai Aku Sekali Lagi Where stories live. Discover now