"Babe, dekat situ"tunjuk Elisha.

Aku menarik senyum. Kami bertiga mengatur langkah seperti diva menghampiri meja dimana Daren dan Tarkiq berada. Telinga aku dapat menangkap bisikan manusia yang suka menelan bawang. Tetapi aku jenis yang tidak ambil kisah tentang haters. So, go to hell.

"Hai boys"sapa aku memeluk tubuh sambil melambai.

Daren dan Tarkiq mengangkat pandangannya memandang kami bertiga.

"Ah sudah.. bala dah datang.."kata Tarkiq mengetap gigi.

"Hey! Apa bala-bala ni!"kata Elisha.

"Entah! Abang Tarkiq duk dendiam noh. Kami cuma nak berurusan dengan abang Daren ja"kata Kaira.

"Amboi! Berlagaknya"balas Tarkiq.

"Kau bertiga nak berurusan apa dengan aku"tanya daren menutup bukunya memandang kami bertiga dengan riak wajah kosong. Sepertinya tidak berminat mahu mendengar.

Elisha dan Kaira drastik menggosok lengannya. Tiba-tiba terasa seram sejuk pula.

"I just nak bagi you ini"aku menghulurkan beg kertas kepada Daren. Kening Daren terangkat sebelah.

Dia menyambut beg kertas yang aku hulur lalu membukanya. Terbuntang matanya apabila mengetahui isi beg kertas itu. Lantas dia memandang aku dan kembali melihat isi beg kertas itu. Aku menarik senyum. Nampaknya aku dah berjaya.

"Aren, apa dalam tu?"tanya Tarkiq ingin tahu.

Daren mengeluarkan isi beg kertas itu. Tarkiq turut terkesima. Melihat isi beg kertas itu merupakan sebuah buku Sherlock Holmes yang sangat digemari Daren.

 Melihat isi beg kertas itu merupakan sebuah buku Sherlock Holmes yang sangat digemari Daren

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"Vy, mana kau dapat buku ni?"tanya Tarkiq.

"Shh.. rahsia"aku meletakkan jari telunjuk dibibir.

"So, did I already get your heart?"tanya ku kepada Daren.

Wajah Daren kembali dingin. Dia menoleh memandang aku. Nafasnya dihela seraya menungkat dagunya.

"I took this as the begining. Like what i said before, i'm not interested. And thank you for the book"ucap Daren.

"Hah?! Jus begining? Daren.. please.. be my boyfriend"rayu ku dengan puppy eyes.

"Kau ingat aku tergoda ke dengan mata kau macam tu?"kata Daren selamba. Tarkiq mengetap bibirnya menahan tawanya dari meletus.

"Ih!! You ni! Remember my word. I never give up on you! Humph!"Ujar ku dengan hentakan kaki. Lantas aku terus berlalu dari situ dengan wajah cemberut.

Sebaik sahaja aku dan kawan-kawan aku pergi dari situ, Daren terus menilik buku yang diberi oleh aku.

"Macam mana dia boleh tahu aku suka baca buku ni?"soal Daren sendiri.

"Mana tak tahunya. Kau duk bawa buku sherlock kau tu kehulu kehilir macam girlfriend"kata Tarkiq.

"Tapi, kau tahukan aku tengah cari buku ni. Merata aku cari. Asal dia boleh jumpa?"Daren mula Hairan.

"Alah.. rezeki dia kut. Masa dia pergi kedai buku, waktu tu ada stok buku ni".

Daren hanya diam. Dalam hatinya sudah meloncat kegembiraan. Buku yang amat dia kehendaki sebelum ini ada dihadapan matanya.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Segala kertas dan fail yang ada diatas meja dicampak ke lantai. Dadanya turun naik menahan amarah yang membuak-buak. Anak mata bengisnya menikam anak buahnya yang menunduk menghadapnya.

"Bodoh! Kau semua memang tak boleh diharap! Satu anak gadis pun aku tak dapat!"herdik seorang lelaki berjas maroon.

"Ma..maaf bos. Setiap kali kita orang buat kerja. Mesti budak tu akan muncul"jelas anak buahnya.

"Huh! Tak guna punya budak. Lima orang anak buah aku dah masuk lokap. Aku nak kau cari maklumat budak Avyren tu sampai dapat! Tak guna!"penumbuk menghentak meja. Vape di bawa ke mulut. Kepulan asap dihembus keluar.

"Ba..baik bos"lantas anak buahnya keluar menjalankan tugas.

Lelaki berjas maroon menghenyak kerusi kerjanya. Dua kakinya disilang di atas meja sambil menyedut vape.

"Kau bermain dengan api Avyren. Aku tak peduli kau dari kumpulan mana. Akan aku pastikan yang kau akan mati". Senyum menyeringai terbit dibibir gelap lelaki berjas maroon itu.





Bersambung...

Sorry if part ni macam menurun sikit. Fii akan cuba buat cerita ni lebih menarik lagi. Jangan lupa vote tau. Dengan vote korang buat fii lebih semangat untuk berkarya.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora