"You... busy ke sekarang ni?" 

"Not really. Kenapa tu?"

Bibir dikemam mengumpul kekuatan. "Actually, I ada something nak bagitahu you."

"Oh. Same with me. Dah kebetulan you call ni, boleh kita jumpa? I pun ada something yang nak dibagitahu. Penting sangat."

Terjeda. Jantung berdetak laju. Apa agaknya yang bakal Haiyan sampaikan kepadanya? 

"Oh okay lah kalau macam tu. Nak jumpa dekat mana?" 

"Dekat hospital? Sebab now I'm on my way nak pergi sana. Ada benda yang kena settle sikit. Sambil-sambil tu boleh jumpa dekat sana terus."

Walaupun Haiyan tidak nampak. Dia mengangguk laju. "Okay. Jumpa dekat sana." Talian terus dimatikan. 

"Apa agaknya yang dia nak bagitahu aku?" 

Nafas dihela perlahan. "Farah. Kau kena berani luahkan perasaan kau yang terbuku ni. Makin kau pendam, makin memakan diri dan membahayakan kau dengan rumah tangga Iyan sekali." 

Siapa saja yang mahu menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga orang lain? Dia tidak mahu walaupun hati begitu meronta-ronta mahukan Haiyan. Selama ini pun dia cuba untuk menjauhkan perasaan ini daripada Haiyan. Tetapi, bila sering saja berjumpa dengan Haiyan di hospital, dia kalah dengan perasaan sendiri dan akhirnya membiarkan perasaan itu semakin kuat di dalam hati. Dan... sebab itulah dia dan Haiyan semakin rapat. 

Tanpa buang masa, dia terus bersiap untuk ke hospital. Dalam keadaan masih tertanya-tanya apa yang bakal Haiyan sampaikan kepada dia. Tidak semena-mena jantung dia berdebar. Harap bila sampai dihadapan lelaki itu, keluar segala apa yang hendak dia perkatakan. 

🍃🍃🍃

Di hospital, selesai saja tugas yang perlu dia lakukan, segera Haiyan menuju ke taman menunggu kehadiran Farah. Kawasan taman hospital sedikit lengan kerana sekarang bukan waktu melawat. Jadi, mudah juga untuk dia berbual dengan Farah. Dia juga berdebar ingin menyampaikan sesuatu kepada Farah. Dia perlu selesaikan perkara  ini dengan cepat. Tidak mahu menunggu lagi. 

"Iyan."

Haiyan menoleh memandang Farah yang baru saja sampai. Nafas ditarik dalam seraya tersenyum kepada gadis itu. Kesilapan besar yang dia lakukan adalah dengan memberi ruang kepada hati dan perasaan dia kepada Farah. Dan dia sedang merasai sekarang ini. 

Dia dan Farah sekadar kawan. Ya. Tetapi itu sekadar dimulut dan bukan dihatinya. Jujur dia katakan pada diri sendiri, dia juga tertarik kepada Farah. Dengan perwatakan lemah lembut gadis itu. Tetapi dia juga sedar dia adalah suami kepada Aareen. Kata-kata Faiz beberapa hari lepas benar belaka. Dia telah menduakan Aareen. 

Farah membalas senyuman bersama rasa gementar yang tidak surut sedari tadi. 

"Kerja you dah settle?"

"Dah. You nak cakapkan apa?" Soal Haiyan terus tidak mahu membuang masa. Tidak mahu berlama-lama disini. 

Soalan Haiyan menjadikan Farah semakin tidak menentu. Rasa keyakinan yang ditanam semasa dalam perjalanan menuju ke taman ini seakan terbang menghilang. Yang tinggal hanya rasa keraguan dalam dirinya. Namun, jika dia tidak lakukan pada hari ini, keadaan akan semakin teruk. 

Nafas dihela lembut. 

"Iyan." Seru dia perlahan.

Haiyan menjongket kening. 

"I..." Farah terjeda. Mata dipejamkan menyeru keyakinan dalam diri. "I nak cakap yang..." Dia diam lagi. Nafas ditarik dalam dan lelaki itu dipandang. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang