Aku melabuhkan duduk ku. Tidak lama aku duduk, datang beberapa orang lelaki mendekati meja.

"Avyana sayang, you nak makan apa? Biar I belanja"ujar salah seorang lelaki itu.

"You nak minum apa? Biar abang belanja".

"You want desert? I boleh pergi ambil".

Aku menggulingkan mata menyampah. Lelaki-lelaki ni memang tak kenal erti penat ke? Aku melempar senyum paksa. Tiba-tiba muncul idea nakal aku.

"You guys nak belanja I ke?"tanya ku. Lelaki-lelaki itu mengangguk laju.

Aku memandang Elisha dan Kaira. Bibir ku terjungkit sebelah.

"Okay.. kalau macam tu, I nak spaghetti but tak nak sejuk. And i want some strawberry bread with strawberry yogurt. Also i want the strawberry smoothie. Can you guys get it for me?"suara aku sengaja dimanjakan. Aku mengukir senyum semanis mungkin bersama kerdipan mata.

"I get you spaghetti".

"I go get bread and yogurt".

"I go to smoothie".

Segera mereka ke kios makanan. Melihat mereka pergi, senyum aku terus mati.

"Huh!.. penat!"keluh ku.

"Ui! Hang beruntung tau ada laki yang kejar hang. Bukan macam kami berdua ni. Tak dak sapa pun yang duk kejar. Hang patut bersyukur tau. Bukan mengeluh lagu ni"kata Kaira.

"Ye.. ustazah Kaira.. you patut pakai tudung tau. Baru boleh jadi ustazah paling berjaya".

"Hang perli aku ha?"soal Kaira bercekak pinggang.

"Sikit" aku tersengih. Telefon bimbit aku keluarkan dari poket baju kemeja. Aplikasi instagram aku buka sementara menunggu babun-babun itu sampai dengan makanan aku.

Tidak lama selepas itu, telefon aku tutup. Bosan. Tak ada apa yang menarik. Aku larikan pandangan aku ke sekiling cafeteria. Sedang aku memerhati, mata aku terkunci pada satu susuk tubuh yang tegap, lengan di lipat ke paras siku menampakkan urat lengannya yang timbul. Mata aku naik ke wajahnya. Terus aku terpana.

"Beb, beb, beb"panggil aku menepuk tangan Elisya dan Kaira tanpa mengalihkan pandangan aku.

"Kenapa?"jawab Elisha.

"Pasai pa hang ni?"jawab Kaira pula.

"Tu.. cuba korang tengok dekat kios air tu"jari telunjuk aku dituju ke arah kios yang menjual air.

"Ha.. so?"Elisha tertanya.

"Ish! You ni.. itu.. guy yang pakai spectacles tu". Kata ku.

"Yang pakai spek tu?"tanya Kaira. Aku mengangguk.

"Oh.. itu senior kita. Dia tu nerd. Semua panggil dia nerd. Pasai apa? Pasai dia selalu dengan buku. Makan dengan buku, sukan dengan buku, berak ja aku tak tau"tutur Kaira selamba.

"Siapa nama dia?"tanya ku ingin tahu.

"Daren. Awat?"tanya Kaira lagi. Banyak tanya betullah kawan aku ni.

"I like him"jawab aku menungkat dagu memandang ke arah lelaki yang aku maksudkan itu dengan senyum.

"Vy! Seriously?"Elisha memusingkan badan aku menghadapnya terkejut.

"Why?.

"Dia tu nerd kut. You popular girl. Mana kenalah"kata Elisha.

"Salah ke popular girl nak dekat mr. Nerd? Tak salahkan".

"Memang tak salah. Tapi, si Mr. nerd tu dingin, hang tau dak. Dingin dia tu tahap nung kutub utara nung. Ramai tau perempuan minat dia. Tapi semuanya dia tak layan. Sampai ada duk assumpt yang si Mr. Nerd tu minat sejenih"kata Kaira panjang lebar. Dia ni kalau bab mengumpat nombor 1. Bab cerita pelajar sekolah serah dekat dia. Dialah selaku wartawan tak berbayar.

"Uish! Apa you cakap macam tu. Tak baiklah. Okay. I akan pastikan yang Mr. nerd tu tak macam tu. I akan mengorat dia jadi boyfriend I. You guys wait and see"kata ku dengan penuh yakin. Aku nekad. Aku akan buat Daren tu jadi boyfriend aku. I like him. So, why not try.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Daren dan Tarkiq duduk di salah satu meja yang ada di cafeteria itu sambil meletakkan makanan yang dibeli. Daren membuka sebuku roti, buku yang selalu dia bawa dibuka pada muka surat yang dibaca sebelum ini. Roti disua ke mulut sambil membaca buku.

Tarkiq yang duduk dihadapannya hanya menggelengkan kepala melihat sahabat baik ya seorang itu. Bukan sekali, sudah selalu sangat dia tengok. Dengan rasa malas, dia menyua roti ke mulut. Matanya diliarkan melihat sekeliling.

"Weh! Aren. Budak famous tu tengok sinilah"tutur Tarkiq mencuit Daren.

"Biarlah dia. Bukan kita ada buat salah dengan dia pun"jawab Daren tanpa mengangkat sedikit pun wajahnya.

Tarkiq menyumbat roti ke dalam mulutnya sambil mata memerhati aku yang khusyuk merenung Daren. Aish! Pujaan hati ku.

Tidak lama kemudian, tiga ekor babun tu datang dengan membawa makanan yang aku pesan tadi. Setelah itu mereka beredar dengan senyum. Sempat salah seorang dari mereka mengeyitkan mata ke arah aku. Aku membalas dengan gulingan mata. Menyampah!.

"You ambillah makanan ni. I tak nak"ujar ku menolak makanan ke arah Elisha dan Kaira.

"Aik! Pasai pa pulak? Tadi bukan main hang order macam kebuluq. La ni tak mau pulak"omel Kaira.

"I diet lah. You guys makan lah. I nak pergi tegur Mr. nerd I"aku tersenyum menjungkit kening sebelah. Aku mengangkat punggung aku mahu menapak ke arah meja Daren.

"Eh! Vy! You jangan buat gila lah. Eh!"larang Elisha. Tetapi malangnya aku sudah tidak mendengar kata-kata Elisha.

"Hai!"sapa ku tersenyum manis.

Roti yang ada dimulut Tarkiq terjatuh. Tangannya mencuit tangan Daren yang memegang buku.

Daren mengangkat wajahnya memandang Tarkiq berkerut.

"Apa kau ni?"tanya Daren berkerut dahi.

"Hai"sekali lagi aku menyapa dengan membongkokkan badan aku sedikit menarik senyum. Kepala Daren menoleh. Dia mendongak memandang wajah aku tanpa riak.





Bersambung...

Maaf kalau part ni bosan sikit. Apa pun enjoy tau.

Amore❤️‍🔥.

Avyren [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora