"Yelah".

"Along pergi dulu pa". Along menyalami tangan papa.

Melihat along mahu menapak, pantas aku mengelap tangan aku dan aku hulurkan pada along. Along menyambut, lalu tangan along aku bawa ke dahi. Along mengucup sisi kepala aku dan terus melangkah keluar.

Aku menarik senyum. Kedua kening aku angkat memandang Angah dan Achik dihadapan aku. Angah dan Achik menggulingkan mata menyampah.

"Jealouslah tu"tutur ku sendiri.

"Oh ya, papa lupa nak bagitahu. Esok papa dengan along outstation. Korang bertiga duduk rumah elok-elok"kata papa.

"Hah?! Papa.. adik tak nak duduk dengan malaun dua orang ni. Papa tahukan, diorang suka buli adik"renget aku. Angah dan Achik sudah tersenyum sumbing.

"Alang dengan Uda kan balik esok. Jadi, tak adalah adik kena buli"pujuk papa.

"Alah! Alang dengan Uda pun sama je"aku memeluk tubuh. Tiba-tiba keluar satu idea dari otak bijak aku.

"Pa... kalau adik nak overnight dekat rumah Kaira boleh?"pinta ku membuat muka sehabis comel agar papa membenarkan aku tinggal dirumah Kaira. Memang tak lah aku nak tinggal dengan abang-abang aku. Nanti aku yang kena buli. Dahlah, kak Tini tak balik lagi.

Aku nampak muka papa tengah berfikir. Tapi si achik tu pula pergi hasut papa. Ish! Aku tumbuk malaun ni nanti, lebam muka kacak dia tu.

"Yelah. Papa izinkan. But with one condition".

"Yeay!! Apa dia pa?".

"No more keluar malam. Nanti papa akan pesan dekat parent Kaira".

"Alaa.. pa.."

Angah dan achik mengangkat ibu jari. Aku melihat angah dan achik dengan renungan membunuh. Pinggan aku pegang berura mahu membaling.

"Okay-okay dik. Ampun. Hehe.. tak baik.. baling abang sendiri.."kata Angah menyusun sepuluh jari menayang gigi.

"Betul tu dik. Hehehe.."sokong achik.

"Dah lah. Papa, adik pergi sekolah dulu. Assalamualaikum"aku menyalami tangan papa dan bergegas keluar.

Aku mengeluarkan kasut dari rak lalu ku sarung ke kaki sambil berdiri.

Kletak!

Bunyi tumit kasut berukuran 1 inci menyentuh lantai. Kaki aku hayun ke garaj kereta. Remote garaj aku tekan. Pintu besi garaj ternaik sendiri dan terlihatlah kereta kontot yang aku sayangi. Mini cooper berona merah jampu bercorak hitam.

Bila diluar merah jambu, sudah pasti didalamnya pun merah jambu

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Bila diluar merah jambu, sudah pasti didalamnya pun merah jambu. Badan aku bolos masuk. Enjin aku hidupkan dan kereta aku meluncur keluar dari garaj kereta.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Kereta aku terhenti 5 meter dari pagar sekolah. Terlihat dua orang lelaki berbaju kemeja putih dan bertali leher hitam sudah berdiri dihadapan pagar. Jam ditangan aku kalih.

"Patutlah.. dan pukul 7:45. Aduh.. macam mana aku nak masuk ni"aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Dua orang lelaki itu aku lihat kembali. Seorang berkaca mata dengan lengan baju dilipat dan seorang lagi tidak berkaca mata.

"Argh! Redah je lah. Apa nak jadi, jadi".

Aku memandu memasuki pagar sekolah. Sebaik sahaja kereta aku melepasi pagar sekolah, seorang lelaki menahan kereta aku. Aku apa lagi. Gelabahlah dalam kerata tu. Nasib baik tingkap kereta aku gelap. Tak adalah dia nampak aku tengah gelabah.

Tingkap kereta ku diketuk. Aku dah gelabah. Sekali lagi tingkap kereta di ketuk. Aku menurunkan tingkap tanpa memandang ke arah itu.

"Kenapa lambat?"soal lelaki itu. Dapat aku lihat melalui ekor mata, sepasang tangan melekat pada bahagian bawah bingkai tingkap kereta. Wuu.. berurat bhai..my weakness. Haduh..

"Em.. sorry bang. Tadi jalan jem"tutur ku tanpa memandang lelaki itu.

"Bila aku cakap, pandang aku"kata lelaki itu tegas. Perlahan-lahan aku menoleh dan aku terkesima. Tak berkelip mata aku. Melihat lelaki berkaca mata itu. Handsome weh..

"Aren, asal ni?"tanya seorang lelaki datang menghampiri.

"Budak ni lambat"jawab Lelaki
Berkaca mata itu.

"Eh! Vy, tak pelah. Pergilah masuk"kata lelaki tak berkaca mata.

Aku mengangguk dengan senyum. Sempat aku melempar senyum pada si kaca mata. Tapi, dia boleh jeling aku weh. Ih! Tercalar reputasi aku sebagai pelajar paling popular dekat sekolah. Aku menaikkan tingkap kereta dan terus ke garaj kereta pelajar.

Lelaki berkaca mata hanya melihat kereta aku pergi. Wajahnya sungguh dingin. Sedingin suhu di kutub utara.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku melangkah memasuki kelas. Punggung aku labuhkan ditempat duduk aku. Baru sahaja aku menghela nafas, Elisha dan Kaira datang menerpa aku. Tubuh aku dipeluk kiri dan kanan.

"Eh! Kenapa ni?"tanya ku. Yelah.. tiba datang peluk aku. Mahu tak pelik.

"Syukurlah you okay. I thought you dah kena culik. Semalam I call you tak angkat. Risau tahu tak"kata Elisha.

"Itulah.. aku pun rasa bersalah gila dekat hang. Sebab aku tinggai hang semalam. Hang jugak habak toksah pandang belakang. Kami pun larilah"kata Kaira pula.

"It okay girl.. semalam ada satu mamat ni selamatkan I. Tapi, I tak tahu dia siapa. Dia pakai mask"cerita ku.

"Uish! Really? Dah macam dalam novel mafia yang I baca. Are you sure yang you tak silap pandang. Entah-entah perempuan"kata Elisha.

"Hello, I tak pekak lagi okay. And I tak rabun. Suara that guy is guy. Bentuk badan dia pun like a man. Impossible dia tu perempuan".

"Jangan-jangan depa tu geng yang sama. Saja nak kena kan hang. Hang kan popular dekat sekolah ni".

"Tak-"

"Morning class!". Tutur kata aku terpotong apabila cikgu mula memasuki kelas. Elisha dan Kaira segera ke tempat duduknya.




Bersambung...

So, part 2. How is it. Kalau best, sis akan continue. Kalau tak best. Sis stop je lah. Hehehehe😁✌🏻.

Amore❤️‍🔥

Avyren [✔️]Onde histórias criam vida. Descubra agora