Bab 34 √

11.8K 931 709
                                    

Pagi yang cerah di Perth, Australia. Alanna dan juga Afeeya sudah lama turun ke lobi untuk menunggu Adyan dan juga Adam. Semalam kan dah berbincang yang Adam dan juga Adyan akan menjadi tour guide mereka.

"Hi girls" Sapa Adam apabila dia dan Adyan turun ke lobi utama hotel itu.

"Hai Adam"

"Hai encik Adam, encik Adyan."

"So kita nak pergi mana ni?" Tanya Adam terlebih dahulu.

"Err kita pergi tengok kangaroo boleh tak?" Tanya Afeeya pula. Ye memang dia pergi Australia nak tengok kangaroo kan? So apa salahnya.

"Okay boleh. dekat mana Yan nak tengok kangaroo si Afeeya ni?" Tanya Adam kepada sahabatnya itu.

"Caversham Wildlife Park" Kata Adyan.

"Okay jom" Terus mereka mengambil teksi yang sudah tersedia ada di hadapan hotel tu.

"Caversham Wildlife Park, sir" Kata Adyan kepada pemandu teksi itu.

Pemandu teksi itu menganggukkan kepalanya dan terus memandu ke tempat yang ingin ditujui oleh para penumpangnya.

Selama 1 jam perjalanan, akhirnya mereka tiba. Selesai sahaja Adam membeli ticket untuk masuk, mereka terus masuk ke dalam Wildlife Park itu.

Di dalam itu, bukan hanya ada kangaroo, tapi ada juga binatang-binatang yang lain seperti kuola, panda dan lain lain lagi.

"Wahhh comelnya kau ni encik kangaroo" Kata Afeeya teruja. Dia terus mendekati kangaroo tersebut. Maklumlah binatang tu jinak. Kalau tak lama dah Afeeya kena kejar.

Afeeya dan Alanna sibuk melayan kangaroo itu manakala Adyan dan juga Adam sudah berjalan-jalan melihat suasana Caversham Wildlife Park itu.

"Anna! Tangkap gambar aku dengan kangaroo ni" Kata Afeeya sambil menghulurkan telefon pintarnya itu.

"Ha cepat. 1..2..3 klik!" Berapa banyak gambar yang mereka tangkap. Itu semua akan dimasukkan ke dalam group whatapps mereka. Saja nak bagi Izyan dengan Qaireen tengok gambar kangaroo itu.

"Jom encik Adam, encik Adyan kita tangkap gambar" Kata Afeeya. Saja buat kenangan.

Adam menganggukkan kepalanya.

"Korang tangkap jelah gambar. Aku tak nak" Kata Adyan. Dia memang tak suka sangat nak bergambar ni.

"Alah jom lah Yan. Bukan selalu dapat jalan jalan sini. Dah meh sini" Terus Adam menarik tangan Adyan.

Adyan mengalah. Adam sebelah Alanna dan dia pula sebelah Afeeya.

Klik!

Gambar sebagai memori selesai ditangkap oleh pekerja di wildlife park itu.

Setelah selesai menghabiskan masa di taman binatang itu, mereka pergi ke tempat yang lain pula.

Sebelum ke Hyde Park, mereka sempat membeli makanan di kedai kedai yang berada di tepi jalan itu. Saja nak makan di Taman itu nanti. Baru ada feeling macam berkelah gituuu.

Hyde Park.

Hyde Park

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now