Bab 29 √

12.7K 915 194
                                    

Qaireen meronta-ronta untuk dilepaskan. Namun, lelaki berhoodie itu masih menekup mulutnya dengan kemas. Qaireen ditarik ke tempat parkir kereta yang gelap.

Sekuat mana rontaan Qaireen pun, ia tetap tidak memberi kesan pada lelaki itu. Peluh mula membasahi dahi Qaireen.

Dia cuak jikalau lelaki itu apa-apakan dia. Dia perlu cepat bertindak. Qaireen terus menggigit tangan lelaki itu dan menyiku perutnya. Lelaki itu terus jatuh melutut menahan sakit.

Baru saja Qaireen nak melangkah pergi, suara lelaki itu memanggilnya. Langkahnya terus terhenti.

"Flower..."

Berkerut dahi Qaireen, terus dia menoleh ke belakang. Membuntang mata Qaireen bila tengok figura itu.

Suami aku!! Omelnya dalam hati.

"A..abang.." Qaireen terus berlari dapatkan Adyan yang dah jatuh disebabkannya. Wajah Adyan yang berkerut itu dipandang simpati. Serba salah sebab dah belasah suami sendiri. Qaireen memapah Adyan untuk bangun.

"Sayang.... I'm fine. Thanks" ucap Adyan dalam kepayahan. Mungkin perutnya masih terasa senak. Gila tak senak, siku isteri dia boleh tahan wooo. Rasa macam kena cucuk pisau pula.

"Abang okay? Lain kali buat lah lagi macam tu, bukan setakat siku je Reen bagi nanti. Silap hari bulan, Reen terus tendang abang sampai ke langit." Bebel Qaireen seraya membantu Adyan berjalan ke keretanya.

Adyan hanya tersenyum nipis. Dalam degil Qaireen ini, dia masih ambil berat juga pasal aku. Omel Adyan.

"I just want to surprise you flower. Tak expect pun kena belasah dengan bini sendiri. Sayang ni pernah belajar martial art ke?" Tanya Adyan sambil memegang perut belah kirinya.

"Hmm dulu je abang. Silat masa dekat sekolah menegah. Lama dah Reen tak bersilat.. Tak sangka abang jadi mangsanya malam ni. Mungkin sebab abang menggatal dengan perempuan lain kut. Padan muka kena belasah" terus Qaireen menjauhkan dirinya daripada Adyan selepas papah ke keretanya.

"Sayang.." ujarnya dengan lembut.

"Apa sayang-sayang?" Balas Qaireen dengan suaranya yang jelas bernada cemburu.

Adyan geli hati tengok wajah muncung isterinya. Tapi tak boleh nak gelak sebab tengah gaduh. Kang naya dia kena belasah lagi.

"Sayang.. jom balik.. kita bincang baik-baik okay." Adyan mengajak Qaireen naik kereta dengannya. Bukannya dia tak tahu yang Qaireen tak dapat tumpang Hazel balik. Itulah dia berani mati usik isteri dia tadi.

"No thanks. I'm going to take grab. See you at--"

"Qaireen Zenia binti Hamidi. Naik kereta ni atau--"

Kata-kata Adyan dipintas.

"Atau apa? Macam lah abang tu--" tanpa sempat Adyan menunggu Qaireen habis bercakap, Adyan terus mencempung badan Qaireen masuk ke dalam kereta. Qaireen memandang Adyan dengan pandangan tajam. Suka-suka je paksa masuk macam itu.

Dia menolak Adyan jauh darinya sebab nak keluar dari kereta tapi Adyan buat tak peduli. Dia tarik seatbelt dan dipakaikan pada isterinya.

"Sit here or else you see what I'm going to do with you tonight. Jangan cabar abang Zenia." Ugut Adyan pada Qaireen yang degil itu.

Qaireen mendengus geram, nak tak nak dia kena ikut juga balik dengan Adyan. Suaminya suka sangat mengugut sampai kecut perut Qaireen dibuatnya.

Adyan tersenyum senget. Takut lah tu..

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now