Bab 14 √

16.4K 1.2K 249
                                    

Qaireen termangu di meja kerjanya. Pen diketuk berkali-kali sambil melihat fail maklumat pesakitnya. Namun, fokusnya tidak pada kerja tapi pada benda lain.

Qaireen mengeluh panjang. Haih Qaireen rindu betul kat encik husband kau ya. Rindu tapi ego tak nak call.

Cepat-cepat Qaireen gelengkan kepalanya. Qaireen stay awake! Focus focus! Desisnya dalam hati.

Tapi..

"Arghhh.. rindunya dekat dia.. kenapa rindu ni sakit sangat eh?" ujar Qaireen sambil meletakkan kepalanya di meja. Dia menguis pen di depan matanya.

Semuanya menjadi serba tak kena disebabkan rindunya pada Tengku Adyan Hayder, suaminya.

"Haih doktor Qaireen. Dah kena sampuk cinta ke? Itu tak kena, ini tak kena. Sah doktor Qaireen kena demam rindu." Usik Hazel pada Qaireen.

"Mana adalah. Hmm. Saya cuma rindu sikit je. Tak banyak. Dahlah Hazel, awak pergi buat kerja sana. Jangan kacau saya" kata Qaireen seraya bangun dari duduknya.

"Eh eh. Doktor Qaireen nak pergi mana tu? Sengaja nak lari dari saya ke.. saya baru usik sikit doktor. Heheh" Hazel lagi galak menyakat.

"Ish awak ni. Makin dilayan nanti tak terbuat kerja saya. Habis patient saya nak letak mana. Saya nak kena cek diaorang ni."bebel Qaireen dan baru saja dia mahu memulas tombol pintu, Hazel bersuara lagi.

"Doktor Qaireen. Rindu cakap rindu. Jangan malu malu. Nanti doktor Reen yang merana" ejek Hazel sambil mentertawakan Qaireen.

"Eh Hazel. Awak ni kan. Memang nak kena tau--"

Aisyah yang membuka pintu dari luar terus terkejut beruk bila lihat doktor Qaireen dan misi Hazel bercakaran.

"Ya Allah. Doktor Qaireen dengan nurse ni kenapa?" bebel Aisyah selaku medical assistant di hospital itu.

"Awak ceramah lah sikit dekat Hazel ni. Suka sangat sakat saya. Saya keluar dululah. Merajuk dengan Hazel" pamit Qaireen dan terus berlalu keluar.

Aisyah sudah menggelengkan kepalanya.

"Kau ni Hazel. Suka sangat mengusik doktor Qaireen. Dia dahlah tengah frust rindu suami dia. Tak baik tau" Aisyah menasihati Hazel seraya duduk di sofa yang ada dalam bilik itu.

"Hehehe aku saja sakat doktor Qaireen. Tengoklah nanti rindu atau ego yang menang. Aku rasa nanti doktor Qaireen kalah juga dengan rindu tu." Ucap Hazel dengan konfiden.

"Iyalah suka hati kau lah Hazel. Dah pergi sambung buat kerja" kata Aisyah seraya keluar dari bilik itu dan diikuti Hazel. Masing-masing sudah sibuk dengan kerja mereka.

*****

Suasana di kedai bunga milik Afeeya dan Izyan bergema dengan rentak musik yang kuat. Mentang-mentang tiada customer pada waktu itu, mereka buat konsert.

Mereka? Bukan. Semestinya seorang insan yang agak gila gila perangainya iaitu Afeeya Nadeera. Sebab Izyan pergi buat delivery ke rumah customer.

"I'm on my knees while I'm beggin' .. Cause I don't want to lose you..Hey yeah, ratatata"

Afeeya menyanyikan lagu itu sambil memegang batang penyapu seperti dia memegang gitar. Dia kemudian berlakon seperti dia lah gadis paling rock di situ.

"Cause I'm beggin', beggin' you and put your loving hand out baby"

Afeeya dengan raut wajah seriusnya yang menghayati setiap bait lagu itu masih menyanyi dengan kuat.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now