Bab 24 √

13K 999 458
                                    

Percutian mereka sekeluarga sudah sampai di hari yang terakhir. Masing-masing akan pulang ke rumah harini seperti biasa. Kerja pula akan menyusul tidak lama lagi. Tak boleh nak cuti lama-lama.

Kenangan malam tadi memang tak kan dapat Qaireen dan Adyan lupakan. Segala janji yang mereka kotakan, harapnya akan tetap diingatan.

*Flashback*

"Adyan? Kamu dengan Reen ni nak pergi mana? Dah lewat malam dah ni" Tanya Tengku Hashim kepada anak dan menantunya itu.

"Yan nak bawa Reen keluar kejap tepi pantai. Saja nak lepak-lepak. Esok kan dah nak balik" Tutur Adyan membalas.

"Ohh yelah. Hati-hati. Jangan balik lewat sangat ye" Pesan Tengku Hashim.

"Okay walid" Terus sahaja Adyan menarik tangan isterinya untuk keluar dari resort yang mereka duduki itu.

"Abang nak bawa Reen lepak tepi pantai ni dah kenapa? Tiba-tiba je" Tanya Qaireen pula.

"Alah saja je. Luangkan masa bersama. Nanti dah balik KL, masing-masing busy dengan kerja je. Susah nak dating macam ni" Balas Adyan sambil tersengih-sengih.

Qaireen menggelengkan kepalanya melihat telatah Adyan. Apa apa jelah. Janji suaminya itu bahagia.

Mereka duduk di atas pasir pantai itu. Masing-masing senyap. Menghayati keindahan malam di tepi pantai itu. Senyap, sunyi. Yang ada hanya bunyi air ombak yang menghiasi malam mereka. Tenang. Sangat tenang.

"Sayang.. Sepanjang kita berkahwin ni, sayang bahagia tak dengan abang?" Tanya Adyan kepada isterinya itu.

Qaireen tersenyum mendengar soalan itu.

"Mestilah Reen bahagia. Walaupun kita berkahwin dulu bukan atas dasar cinta, tapi Reen bersyukur dapat suami macam abang" Jawab Qaireen jujur.

"Abang pula? Bahagia tak kahwin dengan Reen?"

"Bahagia! Sangat bahagia. Sayang adalah pinjaman Allah yang paling sempurna untuk abang. Dan abang hargai semua itu" Balas Adyan.

"Alhamdulillah. Abang pun pinjaman Allah bagi Reen yang sangat bernilai" Tutur Qaireen sambil memandang sekilas suaminya yang berada di sebelah itu.

Jeda. Sebentar.

"Sayang..." Panggil Adyan lagi. Kali ini dia memusingkan badannya menghadap Qaireen. Dia memegang tangan isterinya itu.

"Hm?" Qaireen memandang ke arah suaminya itu.

"In case suatu hari nanti, kita bergaduh, sayang akan tetap ada dengan abang tak?" Tanya Adyan perlahan.

Qaireen mengerutkan dahinya.

"Kenapa abang tanya soalan tu? Reen tak suka la"

Adyan tersenyum nipis.

"Kita tak pasti apa yang akan datang pada masa depan sayang. Sebab tu abang tanya macam tu. Tapi--"

"Abang.. Reen akan tetap ada dengan abang, walau apa jua yang berlaku. Jangan risau okay?" Terus Qaireen mencantas kata-kata suaminya. Dia taknak dengar benda yang buruk keluar dari mulut suaminya.

Ye, memang betul apa yang akan jadi pada masa depan, mereka tak boleh tentukan. Tapi mereka boleh jauh dan elakkan benda itu dari terjadi kan? Sedangkan lidah pun boleh tergigit apatah lagi suami isteri. Gaduh itu adalah proses pengenalan.

"Janji sayang akan tetap ada dengan abang?" Tanya Adyan lagi. Dia memandang tepat pada anak mata isterinya itu.

"Qaireen janji. Tapi--"

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now