Bab 25 √

14.3K 955 140
                                    

Kini usia perkahwinan Qaireen dan Adyan sudah mencecah 10 bulan. Sedar tak sedar lagi beberapa bulan saja usia perkahwinan mereka akan mencecah setahun.

"Sayang..." panggilnya pada sang isteri. Dia mendekati isterinya yang bersandar di kepala katil. Dia duduk di birai katil merenung sang isteri yang sedang merajuk.

"Hmm" balas isterinya dengan acuh tak acuh. Dia merajuk sebab kali ni flight suami dia malam. Dia tak ada peneman tidur la malam ni.

"Qaireen Zenia..."

Diam. Tiada sahutan.

"Zenia.."

Sekali lagi Qaireen mengendahkan panggilan suaminya.

"My honey bunch sugar plum apple pie.. please look at me"

Sekali Adyan panggilnya dengan panggilan macam tu baru Qaireen pandang. Terkebil-kebil matanya menatap wajah suaminya.

"Haa pandang pun muka abang yang hensem ni." Adyan tersengih dan memicit kedua-dua belah pipi Qaireen dengan kuat.

"Auchh.. ingat pipi Reen ni donut ke nak picit macam tu. Sakit tau." Rengek Qaireen sambil menepis tangan Adyan dari pegang pipinya.

"Hehehe tak boleh laaa.. Sayang cute sangat.. macam nak gigit je pipi sayang ni." Sekali lagi Adyan mencubit pipi isterinya plus dengan ciuman.

"Ya Allah.. menyempat dia eh. Ingat Reen nak terpujuk ke? Reen tak ada bantal peluk malam ni. Abang kenapa tak bagitahu flight abang minggu ni malam? Geram je tau dapat tau last minute macam ni" bebelnya seraya menampar bahu Adyan.

Mana tak geram. Dia bagitahu siang tadi. Memang sampai malamlah dia merajuk. Sebab siang Qaireen kerja. Adyan pula pergi uruskan barang keperluan untuk penerbangannya. So, diaorang tak ada masa nak spend time bersama.

"Abang lupa lah. Ingatkan nak bagitahu minggu lepas. Tapi sayang kan OT time tu. Mana boleh kacau. Isteri abang ni busy sangat mengalahkan suami dia." Pujuknya dengan nada lembut.

Ingat Qaireen cair lah tu dengan dia?

Bila Adyan lihat tiada balasan dari isterinya, dia mengerdipkan matanya berkali-kali sambil tersenyum lebar sehingga menampakkan dia punya lesung batu. Eh lesung pipit.

And of course.. Qaireen cair bila Adyan buat macam tu.

"Okay okay. Abang menang. Suka sangat buat Qaireen melting dengan senyuman abang tu. Tak aci" Adyan ketawa tengok wajah cemberut Qaireen serupa mangga masam.

Aip terkutuk isteri pula..

"Ha gelak gelak. Kutuk sayang dalam hatilah tu. Dasar suami--"

"Haaa haaa. Nak cakap apa tu? Nak masuk syurga tak?" Ugutnya menggunakan kuasa veto sebagai suami.

"Eeee.. suka mengugut. Yela yela. Sayang nak masuk syurga. Sorry okay?" Qaireen genggam tangan Adyan.

Adyan tersenyum menang. Qaireen mana pernah menang lawan mulut dengan dia. Isterinya selalu kalah. Comel je bila kena ugut.

"Ehemm.. dah tiba masanya abang kena gerak--"

Qaireen terus peluk Adyan bagaikan tak mahu lepaskan suaminya.

"Ala janganlah. Awal lagi. Give me a chance lah. 10 mins more please. Pleaseee abanggg" Qaireen meleretkan suaranya dengan manja.

Adyan gelengkan kepalanya tengok perangai manja isterinya. Kemudian dahi Qaireen dicium dengan kasih.

"Okay i follow my wife commands"

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now