Bab 12 √

19.3K 1.2K 110
                                    

Qaireen tergopoh-gapah menuruni anak tangga. Dia berlari ke dapur dan menuang susu ke dalam gelas.

Air susu itu diteguk laju dan dia membilas cawan itu sekilas dan kembali lari ke pintu utama. Adyan sedari tadi hanya memerhati kekalutan isterinya sebelum pergi ke kerja.

"Zenia.. Zenia.. aku dah kejut kau pagi tadi, kau degil tak nak bangun. Tengok sekarang dah lambat. Nak breakfast pun tak sempat." Bebel Adyan pada isterinya.

Qaireen yang sedang memakai kasut hanya tersengih kecil di pintu.

"Sorry awak. Saya penat sangat tak boleh buka mata langsung. Awak janganlah marah marah saya pagi pagi macam ni. Cubit kang" ugut Qaireen sambil mencebik.

"Ceh nak ugut ugut aku. Dah pergi kerja elok elok. Apa-apa jadi call aku. Take care flower" kata Adyan sebelum dia bergerak ke atas semula.

"Awak kejap. Saya nak-" belum sempat Qaireen menoleh..

Cupp!!

"Sorry lupa kiss dahi kau. Dah pergi kerja cepat." Kata Adyan sambil mengusap lembut kepala Qaireen.

Qaireen agak tergamam dan terkedu.

Jeda seketika.

Muka dia sudah membahang, tak lama itu tangan suaminya terus dipegang dan disalam serta cium.

"Bye awak. See you later" pamit Qaireen dan berlalu ke keretanya.

Adyan hanya memandang Qaireen dari ekor matanya sehingga kelibat isterinya keluar.

Dia kemudian tersenyum dalam diam. Dalam hatinya sudah berbunga bunga dapat kenakan Qaireen. Suka betul dia tengok wajah Qaireen yang memerah bak tomato. Auch comel!!



*****


Qaireen berjalan menuju ke meja kerjanya. Dia menghela nafas lega selepas dia berjaya jalankan satu pembedahan.

Qaireen tersenyum sambil bersandar di kerusi. Alhamdulillah aku dah selamatkan seorang hamba-Mu lagi pada hari dengan bantuan kau ya Allah. Omelnya.

Kerjanya sebagai doktor perlukan komitmen yang tinggi kerana dia memainkan peranan penting dalam menyelamatkan satu nyawa.

Satu langkah tersilap mungkin nyawa orang akan melayang atas kecuaian kita. Disebabkan itu Qaireen sering memberi tumpuan sepenuhnya dalam kerja.

"Doktor Qaireen ni senyum senyum je dari tadi. Teringatkan encik husband ke?" Usik Hazel dengan mencuit lengan Qaireen. Dia tersengih macam kerang busuk.

"Mana ada lah Hazel. Saya teringat kat patient kita tadi. Dia masih kecil lagi tapi dia sangat kuat. Dia salah seorang pesakit kanser otak. Kuatkan dia. Saya kagum dengan budak yang saya bedah tadi." Ujar Qaireen sambil mengukir senyuman lebar.

"Betul tu doktor Qaireen. Saya setuju! Eh doktor Qaireen, tadi doktor Asyraf bagitahu saya suruh doktor jumpa dia. Katanya nak tanya pasal pesakit yang dia tengah rawat sekarang. Rumit sikit kesnya. Doktor Qaireen pergilah." kata Hazel sambil mengambil fail di mejanya.

"Okay. Thanks bagitahu. Nanti kita lunch sama sama ya" kata Qaireen dan dia terus berlalu keluar untuk berjumpa dengan Doktor Asyraf.


******

Hayes Cafe

Mereka semua salam dan berpelukan cara lelaki. Adyan yang baru balik dari honeymoon memang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan sahabat mereka.

"Wah Adyan. Kau sejak balik honeymoon, makin ceria eh muka kau" usik Dayyan sambil menyiku perut Adyan berkali kali.

"Mana ada. I'm still the cold Adyan. Kenapa cakap macam tu?" Tanya Adyan sambil menjongketkan kening sebelahnya.

Beautiful Broken Rules  ✓Where stories live. Discover now