Raif pura-pura tertawa. "Kau ni lain macam je. Tiba-tiba tanya pasal adik aku dengan Iyan kenapa?"

"Saja tanya. Aku tanya sebab aku nampak Iyan tu macam... yeah berlakon mesra dengan adik kau. Maybe masa tu dia orang tengah gaduh. Jadi aku salah nampak."

Jawapan Fattah buat Raif tidak puas hati. Ini sudah kenapa Fattah mula bangkitkan soal pasangan itu? Dia sebagai seorang abang pun tidak pernah nak ambil tahu semua tu.

"Kau nak cakap apa sebenarnya ni?"

Fattah jongket bahu. "Orang sekarang kita tak boleh nak percaya sangat, Raif. Aku cuma nak kau jaga adik kau tu elok-elok. Belum tentu Iyan tu budak baik."

Mata Raif terbuntang. Mencerlung dia memandang Fattah. Siapa Fattah mahu menilai Haiyan? Ada apa tujuan rakannya itu? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bangkitkan soal adik iparnya itu.

"Kau jaga mulut kau Fattah. Apa kena dengan kau ni tiba-tiba bercakap pasal adik ipar aku?" Urat kepalanya mula kelihatan. Berasap betul dengan Fattah ni.

"Wooo rilex okay? Cill la. Sayang sangat dekat adik ipar kau tu. Aku saja je. Aku cakap apa yang aku rasa. That's all." Fattah ketawa lucu. Airnya dihirup selamba.

Raif diam. Tidak mahu membalas lagi. Bimbang dia bergaduh dengan Fattah itu disini. Walaupun hatinya membahang mendengar tuduhan Fattah terhadap Haiyan. Bukan budak baik?

🍃🍃🍃

Faiz tersedak kuat. Tisu diatas meja jepun milik rumanya dicapai. Kemudian bibir dan dagu yang ada sisa air itu dilap. Haiyan dipandang kaget dan tidak percaya.

"Kau biar betul, Iyan? Farah ajak kau keluar makan? Uish! Luar biasa perempuan macam tu." Kepala digelengkan beberapa kali. Sudah tahu Haiyan ini suami orang, lagi mahu ajak keluar makan?

Dia single kot! Haiyan yang suami itu pula yang laku. Dan dirinya? Masih berada dihujung katil menunggu jodoh datang. Umur pun sudah semakin tua. Sobs, sobs.

Haiyan sekadar mengangguk. Setakat ini dia masih berfikiran positif. Mungkin betul Farah mahu cuma berkenalan kerana mereka merupakan satu team.

"Dan kau setuju?"

"Aku cakap tengoklah macam mana."

"Apa kau ni? Kau melayan dia tu? Woi! Kau tu suami Reen. Gila ke?" Faiz mula meninggikan suara.

"Iz, rilex. Dia ajak keluar makan. Lagipun dia nak kenal-kenal je. Plus kita boleh discuss pasal pesakit kita tu. Kau join la sekali. Tak akan aku nak keluar dengan berdua je. Fikirlah." Hairan Haiyan dengan Faiz yang tiba-tiba seperti melenting. Dia tahulah dia suami Aareen.

Faiz tepuk dahi. "Nak kenal? Discuss pasal pesakit? Okay." Kepala diangguk-anggukan. "Dekat hospital tak boleh discuss? Kena juga berjumpa dekat luar? Aku rasa dah tak tertarik dengan Farah tu. Turn off. Ajak lelaki keluar makan? Suami orang pula tu. Apahal tak ajak aku dulu sebelum kau? Kenapa dia bagi kau kuih tu dan bukan aku? Dekat suami orang juga yang dia nak. Aku dah cakap dah perempuan macam Farah tu bahaya. Baru kenal dah ajak-ajak keluar. Apa semua tu?"

Haiyan hela nafas perlahan. "Iz. Slow-slow la. Dia kawan sekerja kita..."

"Geramlah aku dengan kau ni, Iyan! Kau tu suami orang faham tak? Farah tu heish geram aku. Lepas ni apa pula dia nak buat. Kau jangan sampai benda ni buat Reen terasa hati. Setakat keluar makan tu boleh dipertimbangkan lagi. Esok-esok dibuatnya macam-macam dia buat dekat kau. Nak jawab apa?"  Faiz ketap bibir. Kenapa Haiyan dilihat biasa saja? Dia pula yang risau dengan hati lelaki itu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang