NOTA KAKI: Hi! Terima kasih sebab sudi membaca EP! Bagi yang tak tahu, cerita ini sebenarnya sambungan cerita pertama sis (My First and Last). Untuk lebih faham jalan cerita, bacalah cerita tu dulu. Tak nak baca pun tak apa sebab tak ada apa-apa sangat pun daripada sana, cuma watak-watak daripada cerita tu ada kat sini juga. Contohnya, watak main kat MF&L, Hana dan Jeremy ada kat dalam cerita sepertimana watak main EP ini menjadi watak sampingan dalam cerita Hana dan Jeremy.
For now, sis upload aje semua bab tanpa edit. Nanti kalau ada masa, sis update satu-sata. Jadi, kalau nampak salah ejaan, salah nama tu, maafkan sis ya. Sis memang tak sempat nak edit huhu.
Akhir kata, semoga terhibur dengan cerita tak seberapa ni!
xo,
Shynee
18/7/2023 - Lepas beberapa tahun, dapat juga sis update. Will post all the chapters here soon. Kalau ada sebarang feeback atau kritikan, please leave it on the comments. Enjoy! :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dia terduduk kaku di atas katil. Sudah sepuluh minit dia berada dalam kedudukan yang sama. Namun, sedikit pun dia tidak berganjak. Mata pula masih terkatup rapat.
Jam cuckcoo berbunyi menandakan sudah pukul 12 tengah malam. Kebingitan yang dihasilkan oleh burung mainan itu langsung tidak mengejutkannya. Sebaliknya, dia bangkit daripada duduknya.
Perlahan-lahan dia menapak menuju ke pintu bilik sebelum ia dibuka luas. Dia meneruskan langkah ke kawasan dapur.
Tiba di kawasan dapur, langsung dia mendekati kitchen island. Di atas kitchen island itu terletaknya sebakul buah-buahan. Dan, di sisi bakul itu, ada sebilah pisau.
Tangan dipanjangkan sebelum dia ambil pisau itu. Setelah itu, dia melangkah keluar dari ruang dapur. Dalam pada masa dia berjalan, satu suara bermain di dalam kepalanya. Dan, suara itu berkata...
'Bunuh dia orang.'
Semakin dia melangkah, semakin kuat suara itu bergema di dalam kepalanya. Sedar sahaja, dia kini berada di hadapan satu bilik.
Tanpa mengetuk, terus dia menerjah masuk ke dalam bilik itu. Dia melangkah mendekati kawasan katil. Kepala tertunduk ke bawah, lebih tepat ke arah sekujur tubuh yang berselimutkan gebar.
'Bunuh dia orang.' Sekali lagi suara itu bergema.
Genggaman pada pisau yang diambil tadi dia ketatkan. Lambat-lambat dia angkat tangan setinggi-tingginya.
'Bunuh dia orang sekarang!'
Dengar sahaja arahan itu, langsung dia mengayunkan pisau tepat pada kawasan perut tubuh tersebut. Terdengar rintihan yang keluar dari mulut manusia yang menjadi mangsa tikamannya itu.
Namun, dia tidak berhenti di situ. Dia kembali mengangkat pisau lalu dia tikam lagi di kawasan sama. Berulang kali dia mengulang perbuatan itu. Di dalam kegelapan itu, hanya bunyi erangan halus sahaja dapat didengari.
Setelah beberapa minit, dia akhirnya berhenti melakukan perbuatannya. Suara erangan juga sudah tidak didengari.
Dia berdiri kaku di sisi tubuh yang terbaring layu itu. Tangannya kini dicemari darah merah likat. Baju tidurnya juga sudah dipenuhi tompokan merah. Namun, riak wajahnya masih nampak tenang. Sepertinya, dia langsung tidak rasa bersalah atas perbuatannya sebentar tadi.
Pergerakan di sebelah tubuh yang sudah dia kerjakan tadi menarik perhatiannya. Langsung, dia menapak menuju ke kawasan itu. Baru dia sedar yang ada seorang lagi manusia di situ.
Tanpa menunggu panjang, sekali lagi pisau yang di tangan diangkat tinggi-tinggi sebelum ia diayun tepat pada perut manusia itu. Bunyi erangan sekali lagi menampar cuping telinga.
Pisau ditarik semula. Sama seperti tadi, dia tidak berhenti begitu sahaja. Dia masih belum puas dengan perbuatannya itu. Berkali-kali dia tusuk pisau ke tubuh manusia itu tanpa belas.
Baru sahaja dia mahu meneruskan langkah, satu suara menerpa telinganya sekali gus menghentikan segala perbuatannya.
"Nia!"
NIA terbangun dari tidurnya secara mengejut. Matanya terbeliak dan nafasnya naik turun seperti dia baru sahaja menyertai pertandingan maraton. Seluruh tubuhnya sudah dipenuhi keringat tika ini.
"Mimpi sama lagi..." desis Nia sambil mengelap peluh pada lehernya.
Sedaya upaya dia cuba menenangkan dadanya yang sedang berombak laju. Gelas berisikan air kosong yang berada di meja dia capai sebelum dia teguk rakus. Terasa lega sedikit apabila tekaknya dibasahi air. Debaran di dada pula mula berdetak dalam kadar normal.
Gelas kosong di tangan dia tempatkan di atas meja sebelum Nia sandarkan badan pada kepala katil. Dia termenung untuk seketika.
Entah sudah kali ke berapa dia mendapat mimpi yang sama. Mimpi melihat orang dibunuh di hadapannya. Bukan seorang. Tapi dua orang! Dan, yang paling buat dia rasa takut apabila namanya dilaung di dalam mimpi itu. Sungguh, setiap kali dia mendapat mimpi itu, setiap kali dia akan rasa seram sejuk.
"Kenapa... aku selalu dapat mimpi macam ni?" keluh Nia. Disebabkan mimpi itu, dia sudah hilang rasa mengantuknya. Nia pasti dia akan mempunyai kesukaran untuk lena dalam masa terdekat.
Jam di dinding diteliti. Sudah pukul 3.30 pagi.
Tidak mahu terus-menerus memikirkan perkara sama, dia putus untuk bangkit dari katil. Nia cuba bersangka baik. Mungkin Allah telah mengerakkan hatinya untuk bangkit dan menunaikan solat di tengah malam kut.
Sambil cuba menyedapkan hati, perlahan-lahan dia melangkah menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.
ESTÁS LEYENDO
Eternal Promise [COMPLETE]
RomanceSelama dua tahun Nia Adeena dan Arill Naufal berkenalan. Dalam masa dua tahun itu juga mereka sudah menaruh hati sesama mereka. Namun, sekali pun mereka tidak mengungkapkan perasaan mereka. Tidak mahu dirinya diselubungi dengan persoalan, Nia akhir...
![Eternal Promise [COMPLETE]](https://img.wattpad.com/cover/282062829-64-k363223.jpg)