BAB 6

398 31 0
                                    

PUAN Zaiton tersenyum memandang ke arah Jasmin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUAN Zaiton tersenyum memandang ke arah Jasmin. Cantik sungguh Jasmin, anak kepada rakannya si Baidah itu.

"Em, Jasmin sekarang kerja apa ya?" soal Puan Zaiton.

"Jasmin tak kerja aunty. Jasmin tolong mummy dekat rumah je," jawab Jasmin. Dia mengukir senyum kecil.

Puan Zaiton mengangguk.

"Dah kahwin?"

Jasmin tertawa halus, dia menggeleng.

"Oh, kalau aunty kenalkan Jasmin dengan anak aunty macam mana? Jasmin nak?" soal Puan Zaiton. Alang-alang terlanjur bertanya soal kahwin, terus sahajalah kan?

"Anak aunty?"

Puan Zaiton mengangguk. Ya, anak dia.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Alia bangun dari tidur. Danish yang masih lena di sebelahnya itu dia pandang, senyum kecil menguntum di bibir Alia.

Kaki dibawa turun dari katil. Dia mengatur langkah masuk ke dalam kamar mandi. Setelah selesai membersihkan diri, dia keluar dari kamar mandi.

Jam yang ada di dinding dia pandang. Sudah pukul 8:30am.

Pasti Haziq sudah berangkat ke kerja.

Alia menarik selimut lalu ditutup seluruh tubuh Danish. Dia mencium ubun-ubun Danish sebelum langkahnya di atur keluar dari bilik.

     ALIA menyiapkan makanan tengah hari. Haziq selalu pulang rumah untuk makan tengah hari bersama.

Kali ini Alia masak spesial buat suaminya. Udang masak sambal merah, ayam masak kicap dan sayur campur.

Alia menjenguk ke luar rumah. Belum kelihatan lagi bayang kereta Haziq.

Alia menghela nafas kecil.

Abang pergi mana? Desisnya.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Di hadapan tasik yang bersuasana hening, burung-burung kecil berterbangan mengejar kawanannya yang lain.

Di bangku yang di bina di hadapan tasik indah itu ada seorang lelaki yang termenung, mengenang akan kehidupan yang kian huru-hara.

Haziq melepaskan keluhan panjang.

Apa yang harus dia buat sekarang?

Pelbagai masalah berlegar dalam minda seorang Haziq. Dia perlu selesaikan semua masalahnya itu segera. Selagi di biarkan, makin membiak besar lah masalahnya itu.

SEINDAH TAKDIR ✅️Where stories live. Discover now