Sungguh Hazana kesal dengan sikap mamanya. Ego! Patutnya bersyukur kerana Alia mahu menerima Haziq.

Cuba bayangkan kalau orang lain? Pasti dia tolak!

Patutnya mama bersyukur, dapat menantu yang baik. Yang mampu bahagiakan Abang Haziq...Desis Hazana.

---

Alia melabuhkan punggung di katil. Wajah Danish yang tidur itu dia renung.

"Sibuk sangat dengan anak pungut kau tu!"

Alia merasakan sakit pada dadanya. Mengapa begitu kejam sekali mama mertuanya pada dia dan Danish?

Adakah begitu hina orang yang bergelar anak yatim pada mata wanita itu hingga kata-kata hinaan saja yang meluncur keluar dari mulutnya?

Air mata Alia bergenang. Dia sedih. Sedih sangat bila Puan Zaiton menghina Danish di hadapan Danish.

Danish baru berusia dua tahun. Dia tidak layak mendengar semua hinaan itu.

"Maafkan mama sebab buat Danish sakit ya? Maafkan mama Danish..." ucap Alia mengusap pipi Danish perlahan.

Air mata Alia akhirnya tumpah. Dadanya sebak, melihat keadaan Danish sekarang. Kalau diberi pilihan lagi sekali, akan dia korbankan diri dia.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Haziq tersenyum memandang Ustazah Aina. Aina turut membalas senyuman Haziq.

Entah kenapa sejak pertemuan tidak sengaja mereka kemarin, Haziq mulai kerap datang ke Rumah Anak Yatim Makmur.

"Hah, Haziq?" tegur Ustazah Laila mengejutkan kedua orang itu.

Aina dan Haziq serentak menoleh.

"Ustazah," Haziq mengangguk kecil.

Ustazah Laila menayang senyum, punggung dilabuh di atas kerusi.

"Ada apa Haziq datang sini?" tanya Ustazah Laila.

Haziq tersengih. "Adalah nak buat ustazah. Macam biasa," tutur Haziq.

Ustazah Laila mengangguk faham. Dia tahu apa yang Haziq mahukan. Pasti kedatangan Haziq itu mahu curhat padanya.

Sudah kebiasaan bagi Haziq untuk meluah pada Ustazah Laila. Bagi Haziq, Ustazah Laila adalah satu-satunya orang yang faham pada dirinya.

Bukan nak kata Alia tidak boleh menjadi pendengar baik kepada luahan hati Haziq tetapi bila berkaitan pada rumah tangganya, Haziq tidak mahu katakan kepada Alia.

Ustazah Laila lah tempat dia mengadu.

Mata Haziq bertembung dengan Aina. Aina segera menunduk, Haziq pula tersenyum.

Hatinya berdebar melihat Aina. Tiap kali matanya bertemu dengan mata kehijauan milik Aina, dia pasti tersenyum dan merasa berdebar.

Ini adalah suatu perasaan yang sama sewaktu dia dan Alia kenal dulu.

Adakah perkara itu akan berulang kepada orang yang lain sekarang?

SEINDAH TAKDIR ✅️Where stories live. Discover now