THE ROLE MODEL 🙂

9 2 1
                                    

Hadirnya mendatangkan kegembiraan, Pemergiannya menusuk kalbu. Ada yang terasa sebak, ada yang rasa biasa.

Aku tak berapa kenal beliau, beliau pun langsung tidak kenal aku. Tapi kenapa dia ‘pergi’, buat aku rasa sebak ? Walhal kiteorang saling tidak kenal.

Beliau...penyanyi, yang aku tak adelah minat dan kenal sangat tapi aku sebak dengan  ‘pemergian’ beliau.

Sometime aku terfikir, kalau setakat aku sedih bila dia ‘pergi’, apatah lagi kesedihan suami dan anak - anak beliau.

Ya, aku tak berapa kenal beliau dan tak tahu kebaikan - kebaikan / sifat beliau. Tapi bila aku tengok sos med, banyak kisah tentang beliau.

Kisah kebaikan beliau contoh beliau suka bersedekah, beliau pulak mesej kata - kata semangat beliau kepada kawan - kawan beliau dan banyak lagi.

Lembut aje bahasa dan kadang beliau ada buat voicenote ( aku tgk kt sos med kwn² beliau ss chat diorang ). Dan setiap kali tu aku menangis.

Aku tak percaya yang beliau dah takde. Ya, betul - betul tak percaya. Semalam aku ingat dia masih ada peluang untuk hidup tapi... tuhan lebih sayangkannya. Redha.

Aku respect beliau. Beliau meninggal kerana wabak, dan melahirkan anak. Bukankah itu satu perjuangan ? Masyallah, semoga syurga buatnya.

Setiap kali aku tengok video beliau dengan suaminya yang dulu tu, buat aku nangis. Sebak rasa. Seorang isteri dan ibu kepada anak - anak, dah ‘pergi’.

Bila beliau meninggal, aku terasa. Kenapa ek ? Hmm maybe sebab beliau terlalu baik. Dan bila dia dah tiada, orang semua pakat tunjuk kebaikan dia. Beliau wanita yang bagus untuk dijadikan role model.

Masyallah, semoga Firdausi buatnya.

9 OGOS 2021 pada jam 5:13 pagi, beliau telah kembali menghadap ilahi.
AL - FATIHAH ( dibaca ).

Semoga keluarga arwah ( terutamanya shuib dan anak - anaknya ) kuat mengharungi ujian yang Allah beri. Kita yang masih cukup ahli keluarga ni bersyukurlah.

Ok bye, salam semua. Doakan semoga beliau dikalangan orang - orang beriman, aamiin.

( time i done write this =
9 OGOS 2021 / 10:45 malam )

My Diary ❤Where stories live. Discover now