Bella perasan aka perubahan pada wajah Aareen. Tadi ceria sekarang muram pula. "Reen. Kau okay ke? Tiba-tiba saja muram kenapa?" Risau pula dia kalau dia ada tersalah cakap yang menyebabkan sahabatnya muram.

"Nothing. Aku just terfikir hubungan aku dengan dia."

"Kenapa? Kau gaduh dengan dia?"

Aareen diam memandang tangan yang bermain dengan hujung comforter. Tidak tahu ingin bercerita atau tidak kepada Bella.

"Reen." Tangan Aareen dipegang.

Pada mata Bella, dia melihat Aareen seperti ada masalah saja. "Kalau kau ada problem just share dengan aku. Jangan pendam seorang diri. Kalau kau tak nak share dengan aku, kau share la dengan Sab or Nad. Kita berempat kan sahabat."

Perlahan-lahan Aareen mengangguk. Dia tahu itu. Dia tahu sahabat-sahabatnya sentiasa ada untuknya disisi walaupun berat mana pun masalah yang ditanggung.

"Aku tahu. Tapi... aku belum ready untuk story dekat kau." Harap Bella tidak akan berkecil hatinya dengannya.

"Aku faham. Bukan semua masalah kita boleh share dengan semua orang. Ada masalah yang kita kena pendam. Tapi kau kena ingat yang aku, Sab and Nadia akan always stay your side. Okay?"

"Thanks." Ucap Aareen bersama senyuman kecil.

"Cuma satu aku nak pesan."

"Apa?"

"Kalau betul kau dengan Haiyan bercinta sekarang, kau kena jaga hubungan tu elok-elok. Jujur la aku cakap dengan kau Reen. Memang kau tak pernah bercinta sebelum ni but bila kau dengan dia, aku yakin yang dia jodoh kau." Kata Bella dengan wajah yakin.

Aareen berkerut dahi. "Maksud kau?"

"Maksud aku..." Bella bergerak ke hujung katil sedikit. Bersedia untuk lari. "Kau kena la cepat-cepat kahwin dengan dia." Terus dia mengangkat punggung dan berlari ke luar dari bilik. Pintu bilik ditutup rapat.

Terpinga-pinga Aareen di atas katil. Kenapa Bella lari? Dia tak ada rasa nak marah atau nak cubit Bella pun lepas Bella cakap macam tu. Dan dia tak ada rasa apa-apa kerana dia tidak terfikir sampai ke tahap tu.

"Aku dengan dia pun belum declare apa-apa, nak kahwin apa ke bendanya." Comforter ditarik sambil membebel sendiri. Kepala diletakkan di atas bantal.

Samsung yang berada di sebelah kanan dicapai dan key button ditekan. Berdebar dadanya secara mendadak bila nama Haiyan terpapar di notification bar menghantar pesanan Whatsapp kepadanya. Dan pesanan itu dihantar pada satu jam yang lepas.

"Sejam? Kenapa aku tak ada perasan pun." Pesanan itu ditekan.

Haiyan,

Esok saya nak jumpa awak dekat tempat biasa.

"Esok? Tiba-tiba saja mamat ni nak jumpa aku." Malas betul dia pergi berjumpa dengan lelaki itu buat sekarang. Tambahan pula abangnya tiada disini.

Malas la.

Samsung diletakkan kembali dan baru dia ingin memejam mata, Samsung berbunyi. Sudah dia agak pasti Haiyan yang membalas pesanan dia.

Please.

Saya tahu kenapa awak lari daripada saya.

Aareen terdiam sebentar. Adakah Haiyan tahu dia lari disebabkan lelaki itu tidak maklum kepada dia tentang ingin meminang dirinya? Ini bermaksud, esok Haiyan akan menjelaskan kepadanya tentang itu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Where stories live. Discover now