Ya. Sejak kemunculan gadis bernama Aareen di dalam hidup anak lelakinya itu dia perasan akan perubahan Haiyan. Jika dulu terlalu sukar untuk dia melihat senyuman dibibir itu. Tapi sekarang, walaupun senyuman nipis dia sungguh bersyukur kerana sekurang-kurangnya Haiyan masih ada perasaan ingin bahagia. Dan Puan Asiyah tahu, Aareen adalah kebahagiaan anaknya itu.

"Nampaknya anak Mama dah terlalu sayang dengan Reen."

Haiyan tercengang dan terdiam. Dia rasa dirinya telah banyak melakukandosa kerana menipu ibu sendiri. Dia tidak sayangkan Aareen. Tetapi disebabkan dianampak Mamanya itu seperti berkenan sangat dengan Aareen. Jadi, dia mengambilkeputusan untuk memikat gadis itu walaupun dia tidak pasti dengan perasaannya sendiri.

Adakah dia sayang kepada Aareen? Jika suka, ya dia suka akan Aareen. Dia tertarik dengan sikap gadis itu. Tetapi sayang dan cinta belum lagi wujud untuk Aareen dan perasaan itu masih tersimpan untuk Tihani.

🍃🍃🍃

"MASUK la pintu tak kunci pun." Sahut Aareen dari dalam bilik bila pintu bilik diketuk. Kali ini itu bukan biliknya tetapi bilik tumpangannya setiap kali bermalam di rumah Bella.

Tombol pintu dari luar dipulas dan terpancul wajah Bella tersenyum mengejek. "Aku masuk eh?"

"Masuk je la Bella. Inikan rumah dan bilik kau. Kenapa nak minta izin aku bagai?" Ujar Aareen. Botol losyen Nivea dicapai dan disapu pada tangan dan kakinya. Itu adalah rutin dia setiap kali sebelum tidur. Wajib! Nanti tak lena.

Tersengih-sengih Bella melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup. "Memang la tapi kau tu kan guest, so aku kena hormat kau. Tak kan nak redah macam tu je. Dibuatnya time tu kau tengah pakai baju ke apa tak tentu pasal mata aku rabun."

"Banyak la kau rabun. Bukan ke kau dah semula jadi rabun?" Aareen memerli dengan gelak tawa. Bella itu seorang yang rabun tetapi tidak mengaku. Sengaja pakai lens ada power kerana tidak ingin memakai kaca mata.

Hujung katil Aaaren diduduk Bella. Bibirnya dicebih bila mendengar perlian dari sahabat sendiri.

"Abang kau bila balik?" Soalan memecahkan kesunyian dikeluarkan. Macam dah tak ada soalan lain saja. Abang Aareen juga jadi mangsa.

Aareen mula buat muka nakal. Matanya dikecilkan memandang Bella. "Kenapa tanya? Rindu abang aku ya?"

"Woi kau ni merepek la. Aku tanya tak kan tak boleh." Kelam-kabut Bella menyanggah soalan tidak masuk akal itu. Tapi ada la juga sikit. Jangan dia kantoi dengan Aareen sudah la kerana dalam diam dia meminati Raif. Sikit saja tak banyak pun.

"Yang kau gabra semacam kenapa? Aku tanya je. Mana la tahu kau rindu abang aku yang single tu. Boleh aku kenankan dia dengan kau." Datang idea gila Aareen untuk mengenakan Bella.

Tersipu-sipu Bella bila diusik Aareen begitu. Aareen ni nak tak tahu ke yang sekarang dia rasa wajahnya sudah mula membahang. Sekejap lagi kantoi masak la dia. Kantoi minat dekat abang kepada sahabat sendiri. Mana nak letak muka?

"Sorry okay. Aku tak minat nak bercinta bagai ni. Bukan macam kau." Masih lagi dia menafikan kerana ingin menutup kebenaran.

"Bila masa aku bercinta?"

"Hek eleh. Haiyan tu apa? Bukan kau tengah hangat bercinta dengan dia ke sekarang?" Dagu Aareen dicuit Bella.

Aareen sudah meluahkan segala perasaan kepadanya. Aareen mengaku bahawa Aareen sudah mula jatuh hati dengan lelaki yang bernama Haiyan itu. Lega hati Bella bila tahu perkara sebenar dan tak ada la dia berfikiran yang bukan-bukan terhadap Sara.

Hilang mood Aareen bila Bella membuka cerita tentang dia dan Haiyan. Dia masih kecewa dengan sikap lelaki itu yang tidak berterus terang dengannya tentang lelaki itu ingin meminang dia. Dan buat masa ini kalau boleh dia tak nak bercakap tentang lelaki itu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Where stories live. Discover now