"Suka berkawan dengan saya?"

"Suka." Balas Aareen tanpa berfikir panjang dengan suara ceria. Dia termalu sendiri bila Haiyan memandangnya tidak berkelip. Mungkin terkejut dengan reaksi yang diberinya.

Haiyan tersenyum kecil. "Suka keluar dengan saya?"

Kali ini Aareen hanya mengangguk.

"Selesa dengan saya?"

Aareen tetap mengangguk. Dia tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki. Begitu juga dengan sepupunya, Naufal. Tetapi bila dengan Haiyan, dia rasa selesa sangat. Mungkin kerana sikap lelaki itu yang peramah dan berlembut dengannya. Mungkin. Haiyan juga kerap mengambil berat tentangnya. Hendak pula selepas kejadian di pasar malam beberapa minggu lepas.

"Nak terus jadi kawan saya?"

Tetap juga mengangguk.

"Ikhlas berkawan dengan saya?"

Tetap dengan reaksi yang sama.

"Sayang saya?"

Sekali lagi Aareen hanya mengangguk tanpa mendengar dengan jelas.

"Nak jadi menantu Mama saya?"

Aareen terus mengangguk. Anggap saja lah telinganya pekak satu saat kerana selepas itu dia memandang Haiyan kaku. Soalan apa tadi? Rasanya seperti dia terlepas dengar dua soalan saja. Siapa-siapa boleh ulang semula tak? Atau pun undur masa.

Haiyan simpan senyum. Terlihat jelas wajah Aareen yang terkejut. Dia sengaja bertanya soalan sebegitu dengan berturut-turut.

"Awak tanya saya apa tadi?" Soal Aareen ingin pastikan pendengarannya tidak rosak dan berfungsi dengan baik. Tidak silap dia ada dengar perkataan seperti 'sayang' dan 'menantu Mama'. Tapi betul ke?

"Nothing. Awak dah jawab soalan saya so dikira jadi la." Kata Haiyan senang sebelum ubi kentang goreng digigit sedikit tanpa perasaan.

"Dikira jadi?" Aareen kebingungan. Apa yang dikira jadi?

"Yes."

"Apa yang dikira jadi tu?"

"Nothing Miss Aareen. Dah cepat makan nanti awak ada kelas lagi kan lepas ni? So, hurry up." Kata Haiyan berdalih. Tunggu masa yang sesuai baru dia akan betul-betul bertanya. Tadi itu cuma ingin menguji saja.

Aareen akur walaupun hatinya meronta ingin mendengar sekali lagi soalan yang tak dapat ditangkap telinganya itu. Dia muyskil. Kenapa Haiyan menanyakan soalan-soalan yang begitu?

"Weekend ni busy tak?" Soal Haiyan. Cebisan isi ayam dimasukkan sedikit ke dalam mulut.

"Tak kut. Kenapa?"

"Saja tanya."

🍃🍃🍃

RAIF berhenti melangkah apabila matanya tertancap pada seorang yang dia kenali. Dahinya berkerut memandang gadis yang sedang makan bersama seorang gadis di dalam restoran itu. Lama matanya melekap ke arah pasangan itu bagi mengecam salah seorang daripada mereka.

"Reen ke tu?" Wajah itu diperhati betul-betul bagi memastikan adakah benar itu adiknya. Tetapi dia kenal dengan Aareen. Tidak mungkin adiknya akan keluar berdua bersama seorang lelaki.

Bila memastikan itu adalah Aareen, wajah lelaki itu pula yang dia perhati. Lelaki itu seperti dia pernah lihat saja tetapi dia tidak ingat di mana.

"Tak silap aku tu macam Haiyan je." Duganya sendiri. Masih ingat dia pada wajah lelaki yang telah menyelamatkan adiknya itu dari bahaya dua minggu lepas. Dia rasa sangat terhutang budi pada lelaki itu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang