Buat pertama kali dia melihat gadis itu secara dekat. Cantik. Namun pujian itu hanya mampu terluah di dalam hati saja buat masa sekarang.

Aareen mengangguk perlahan sendiri. Rupanya dihadapan dia sekarang adalah Mama kepada Haiyan. Patutlah Haiyan boleh tahan handsome. Rupanya Mama Haiyan cantik orangnya. Puji Aareen pula dalam hati.

"Siapa ni?" Puan Asiyah buat-buat menyoal tidak tahu. Dia ingin tahu apa jawapan Haiyan.

"Erm di- dia..." Serba salah Haiyan jadinya.

Berkerut dahi Aareen melihat Haiyan yang tiba-tiba saja gagap. Entah kenapa pula. Depan dia bukan main macho lagi, tapi bila depan wanita itu gagap pula. Ingin tergelak Aareen dengan reaksi gagap lelaki itu.

"Dia..."

"Girlfriend abang la Mama, siapa lagi. Kan Akak?" Sampuk Hana yang tidak tahan dengan kegagapan Haiyan.

"Ha?!" Terlopong Aareen dengan pertanyaan gadis yang lebih muda daripadanya itu. 

"Girl... girlfriend?" Ulang Aareen.

Hana tergelak. Pandai betul abangnya cari pasangan. Sama pandai dengan abangnya bila berlakon.

"Mama, tengok. Abang dengan dia punya girlfriend sama padan. Dengan riak terkejut macam tu. Pandai betul berlakon. Kan?"

Puan Asiyah hanya tersenyum kecil tidak tahu ingin berkata bagaimana. "Iyan. Mama tanya siapa ni?"

"Saya Aareen, Aunty." Aareen terlebih dahulu memperkenalkan dirinya apabila melihat Haiyan yang begitu sukar ingin jawab soalan dari Puan Asiyah.

"Oh, Aareen. Kawan Haiyan?"

Lambat-lambat Aareen mengangguk walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada dia dan Haiyan berkawan atau tidak.

"Alang-alang dah terjumpa dekat sini. Apa kata kalau kita jalan sama-sama. Iyan nak pergi mana sebenarnya?" Cadang Puan Asiyah. Ingin juga dia berkenalan lebih lagi dengan Aareen itu.

"Iyan nak masuk sini." J.Co Donuts & Coffee dihadapan mereka berempat itu Haiyan tunjuk.

Puan Asiyah mengangguk. "Okay jom masuk. Aareen jom." Lalu dia terus masuk ke dalam.

Hana pula tersenyum kambing memandang Haiyan dan Aareen yang kelihatan masih bingung dengan situasi tadi. Terutama sekali wajah Aareen yang Hana perasan. Kemudian, Hana masuk membuntuti langkah Puan Asiyah.

"Erk... Encik, apa dah jadi?" Soal Aareen yang ingin tahu perkara sebenar. 

Sepatutnya hanya mereka berdua saja di sini dan niat Aareen mengikuti Haiyan ke restoran kerana ingin menyerahkan wang ganti rugi kepada lelaki itu. Tetapi lain pula yang jadi.

"Nampaknya awak kena bayar duit tu lain kali la. Sebab tak kan nak bagi duit depan Mama dengan adik saya kan? Dah jom."

Terkebil-kebil Aareen melihat Haiyan melangkah meninggalkannya dibelakang dan turut masuk ke dalam restoran tersebut. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus dengan kuat. Apa lagi la nasib dia kali ini? Terpaksa la dia berlama disini. Kalau dia itu jenis yang tidak menghormati orang tua, sudah lama dia lari daripada situ dan terus pulang ke rumah. Tetapi disebabkan rasa hormat kepada Mama Haiyan terpaksa la turut masuk ke situ.

"AAREEN buat apa sekarang?" Soal Puan Asiyah selepas mereka berempat memesan makanan dan minumaan kepada pelayan lelaki tersebut. Aareen duduk berhadapan dengannya dipandang. Tidak tahu kenapa dia terasa tenang saja melihat wajah manis itu.

"Panggil Reen ni je, Aunty. Reen still lagi belajar." Nak tak nak Aareen tetap juga harus jawab soalan itu walaupun yang sebenarnya dia tidak selesa dengan keadaan sekarang. Dengan Puan Asiyah dan Hana tidak habis memandang dia. Haiyan pula hanya terdiam sejak dari masuk ke restoran itu.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang