•epilog•

1.4K 29 18
                                        







"TAHNIAH!" Tubuh Intan dibawa ke dalam pelukannya. Wah, bahagianya dia rasa bila Intan dah berkahwin. Ini lah saat yang dia nantikan setelah sekian lama.

Bibir Intan mengukir senyuman. Belakang tubuh Orked dia usap lembut. "So now Orked dah ada paksu!"

Tangan Intan mengangkat tinggi sulaman jemarinya bersama Qais. Qais pula macam biasa, hanya tersenyum sahaja. Dia memang pendiam.

Memincing mata Orked pandang Intan yang berpegangan tangan tu. Nak riak lah tu dah kahwin. "Amboi berlagak! Tunggu la nanti Orked kahwin jugak."

"Dengan siapa?" Intan dah tersenyum nakal. Nasib baik Orked tak nampak kerana wajahnya dilindung dengan purdah.

Terus terdiam Orked bila ditanya soalan itu. Dia mengetap bibir. "Hmm tak tahu la orang tu nak ke tak lagi dekat Orked."

Mata Intan terus terarah pada Qais. "Yang, you pergi la lepak mana - mana dulu. I nak borak dengan Orked kejap."

Membulat mata Orked bila Intan sanggup menghalau Qais demi nak ajak dia berborak. "Oi, tak baik la halau pengantin lelaki!"

Qais yang dari tadi mendiamkan diri menggeleng perlahan. "Eh tak apa. Korang ambik la masa dulu. Bye girls." Nasib baik Qais ni memahami.

Bila Qais dah beransur pergi, Intan terus tampar lengan Orked. "Apahal weh? Hakim dah tak nak Intan ke? Oh My God, sedihnya!"

Sumpah Orked rasa tangan dia gatal je nak sental mulut Intan dengan clorox. "Mana la Orked tahu. Tanya la dia sendiri nan-"

"Hye Intan,"

Mereka berdua terus memandang ke arah orang yang menyapa itu. Intan diam tak bersuara, Orked pula dah terkedu.

"Hmm hai Orked." Naik segan Umar bila dua wanita itu memandangnya tidak lepas. Dia membetulkan kolar baju. Kenapa? Dia dah tak handsome ke?

Berbeza dengan Orked yang masih di dalam dunia sendiri, Intan terlebih dahulu sedar. Dia berdeham. "Hai Umar. Papa jemput you ke?" Ala chill je.

Laju Umar mengangguk. Memang Encik Arfan yang jemput dia datang ke majlis perkahwinan Intan. "Congrats, Intan."

Mata Intan jatuh pada wanita yang berjawah arab berdiri di sisi Umar. Pakai baju pun sedondon. "Wife you ke?"

Mata Umar mengerling ke arah Orked yang diam dari tadi. "T-tak, ni tunang I. Kenalkan, Carla."

Carla ukir senyuman. Dia bersalaman dengan Intan. Kemudian Orked pula. Bila dia bersalaman dengan Orked, dia dapat rasa tangan wanita itu dingin.

Carla tahu Orked bekas isteri Umar. Dia pernah nampak gambar Orked dalam telefon Umar. Masih disimpan. Tapi Carla tak nak ambil hati. Umar perlukan masa untuk sepenuhnya move on jugak.

"Orked datang seorang je ke?" Soal Umar, sengaja nak memancing supaya wanita itu bercakap dengan dia. Tak akan la Orked masih marah?

Berkerut dahi Orked bila Umar soal begitu. Rasa tercabar. "Kenapa? Awak nak riak dengan saya yang awak dah ada someone new?"

Laju Umar menggeleng. "Bukan macam tu maksud saya. Saya tanya je." Dia dapat rasa suasana di antata mereka seperti tegang.

Orked memeluk tubuh. "Jadi awak tak payah sibuk nak tanya."

Belum sempat Orked nak ajak Intan pergi dari situ, dia dengar namanya dilaung dari jauh. Hmm siapa lagi ni? Jangan la nak buat drama akasia tengah - tengah dewan.

"Orked sayang!"

Membeku terus wajah Orked bila diri dia dipanggil begitu. "Hmm Ha-Hakim?"

Umar pula, dah mengerdipkan mata. Sayang? Orked? Dan Hakim? Jadi akhirnya Orked pilih Hakim? "Hakim boyfriend you ke?"

Belum sempat Hakim nak buka mulut, Orked dah laju membalas. "Yes! Tak lama lagi nak kahwin. Okay bye nak dating!"

Hakim hanya relakan diri bila hujung lengan bajunya ditarik Orked.
















TERKELIP - kelip mata Hakim pandang Orked. Dia mengetap bibir. "What was that?" Soal dia, tak percaya.

Orked kata dia ni boyfriend Orked? Ya Allah, Hakim rasa nak loncat tinggi - tinggi depan kolam ni. Bayangkan lah betapa bahagianya Hakim sekarang.

Sebelah kening Orked angkat. Dia memeluk tubuh memandang Hakim. "Apa? Tak betul ke apa saya cakap?" Sengaja.

Mata Hakim membulat. Dia telan air liur. "B-betul tapi- eh! Sejak bila you girlfriend I?" Okay sekarang ni Hakim memang dah tak betul.

Orked menggigit bawah bibir. Menahan dirinya dari menghamburkan tawa. "Oh so awak tak suka la? Tak apa, kalau tak suka saya bagitahu diorang yang kita nak putus."

"Jangan!"

Tawa Orked terhambur. Muka Hakim sekarang sumpah tak boleh blah. Kalut macam apa. "Hakim, you are so funny!"

Dahi Hakim berkerut seribu. Matanya tajam memandang Orked yang selamba gelakkan dia. "Apa yang lawak? You yang permainkan hati I."

Aik?

Mata Orked pandang Hakim. Dia mengetap bibir. "Sejak bila pulak?" Lah, dia cakap macam tu pun dia kena tuduh yang dia ni permainkan Hakim. Hakim ni emosi sangat kenapa.

"Tadi la. You nak gunakan I depan Umar. You cakap I boyfriend you. Seronok ke game I?" Hakim dah bercekak pinggang.

Ceh dia lupa diri agaknya dulu dia la playboy paling tak reti nak bertaubat dalam dunia ni. Baru kena sikit dah nak meraung.

Bibir Orked ketap. Dia menapak mendekati Hakim. "Tak boleh ke jadikan kenyataan je? Bukan susah pun."

Kedua belah kening Hakim hampir bersentuhan. Dalam mindanya sekarang, dia fikir— "Orked," nama Orked dipanggil.

"Yes?" Tanpa ragu Orked menjawab. Dia dah mengukir senyuman.

Mata mereka berdua bertatapan buat beberapa saat sebelum Hakim mengeluh. Tangannya naik menekup wajah. "You nak jadi girlfriend I ke?" Lah geli.

Tawa Orked terlepas. "Upgrade la sikit. Kita bukannya muda nak bercinta bagai nak rak ni."

"Oh God!" Hakim menjerit teruja. Dia betul - betul dah melompat depan Orked. "Nak cincin ke? I propose you sekarang."

Kepala Orked menggeleng. Tak relaks sungguh la pelakon lelaki seorang ni. "Tak payah mengada. Jom masuk dalam dewan,"

Tubuh Orked berpusing ke belakang. Pipinya dah membahang malu. Sumpah la? Macam tu je ke sekarang ni?

Bibir Hakim melakar senyuman memandang belakang tubuh Orked. "Orked, nak jadi manager I sampai tua tak?"

Bahu Orked jatuh. Dia menghadap Hakim semula dengan senyuman manis. "Manager? Gaji tinggi tak?"

Bawah bibir Hakim gigit. Dah tak tahan rasa nak senyum sampai ke telinga. "Jadi manager mahligai I. I bagi you macam - macam."

"Awak tengah lamar saya ke ni?"

Tawa Hakim terlepas. Dia keluarkan sesuatu dari poketnya. Menapak perlahan mendekati Orked, sebentuk cincin ditayang. "I memang niat nak lamar you hari ni."

Orked mengemam bibir. "Cincin siapa awak curi ni?"

"Cepat la. Nak jadi manager I tak?"

"Nak."

"God!" Tangan Hakim menekup muka. Dia dah terloncat gembira. Akhirnya! Penantian yang tak sia - sia.

Sementara Umar, Carla, Intan, Qais dan Encik Arfan dah tersengih - sengih memandang pasangan itu.

"A happy ending, I guess." Bisik Encik Arfan.













i loved you from the start












T A M A T












love,
eyein

OUR CHOICE✔️Where stories live. Discover now