Pihak

962 52 26
                                    

TAP

Bunyi tapak kasut di belakang mereka semua.

"Takpe, kami akan tolong pantau Dr.Tong dan Dr.Ghazali" ejen - ejen terkejut melihat kedatangan dua orang yang pernah membantu mereka dahulu.

"Mysterio, Unknown!" Mereka mendekati para ejen sambil menyimpan senjata tanda mereka datang dengan aman.

"Kamu semua boleh pergi, kami akan tolong kamu pantau mereka sampai kamu kembali" Ejen Leon memandang mereka dengan riak wajah tidak percaya. Mana mungkin mereka akan tinggalkan misi kepada dua orang yang masih belum dikenali dengan betul.

Bagaimana kalau mereka sebenarnya musuh dalam selimut? Bagaimana jika mereka hanya musuh yang menyamar menjadi Mysterio dan Unknown? Bagaimana jika panggilan kecemasan M.A.T.A tadi adalah cara mereka menarik perhatian daripada menjaga peneraju yang masih ada?

Misi tidak sepatutnya menjadi mudah seperti ini walaupun itu yang diharapkan. Semua perkara tersebut bermain di fikiran ejen - ejen.

Duo misteri itu menyedari keraguan para ejen jadi duo itu cuba meyakinkan mereka.

"Macam ni, jika kamu masih tidak percaya kepada kami, kamu boleh buat apa sahaja dengan cara apa pun untuk hilangkan kecurigaan kamu"

"Ejen Leon menoleh ke arah Ali dan Khai yang tampak keliru apabila mentor neuro berkaca mata tersebut menoleh ke arah mereka. Dia lalu menarik mereka menjauh daripada Mysterio dan Unknown untuk berbincang.

"Yang lain, pergu dulu" setelah mendengar arahan Ejen Leon, mereka terus bergerak menuju ke kereta untuk ke Akademi.

Terpaksalah dia menarik lengan mereka kerana ketinggiannya yang tidak setanding Khai dan Ali untuk mencapai bahu mereka disebabkan mereka sudah semakin meninggi.

"Kita kena cepat. Ali, kamu ada bawa alat perakam dengan kamu?" Ali merespon soalan Ejen Leon yang hampir - hampir didengarinya dengan anggukkan .

"Khai, kamu rasa kamu boleh sambungkan alat tu pada R.O untuk perhatikan Mysterio dan Unknown? Saya akan minta General untuk hantar ejen yang lain dari Hq datang juga supaya pantaukan mereka dan sambungkan misi kita kalau ditipu"

"Boleh Ejen Leon" Mentor berteraskan neuro itu memandang ke arah duo misteri itu lalu memberitahu mereka yang Ali akan godam CCTV supaya dapat pantau mereka untuk menggantikan tindakan sebenar iaitu memasang alat perakam lain.

Unknown mengangguk sambil melihat kepergian tiga ejen tadi menuju ke kereta lalu mengangguk sebagai signal kepada Mysterio untuk mulakan penyambungan misi. Ali dan Khai pula sudah bersedia untuk menghadapi perjalanan yang menyeksakan lagi - lagi mereka ingin cepat.

Gear sudah dimasukkan ke tahap paling laju, Ali sudah menelan air liur mengenang perjalanan dengan Ejen Geetha tadi.

ZOOOOM

"HERGGGHHHH AAAAAAAAAAA!!!" Ali dan Khai tidak boleh menahan jeritan mereka. Ejen Leon pula sudah meghantar pesanan kecemasan kepada General Rama untuk menghantar ejen lain. Terima kasih kepada kelajuan kereta tersebut, perjalan tidaklah panjang dan berakhir dalam 10 minit yang dianggap masih lama oleh dua ejen muda tekno di belakang.

Sampai di Akademi, mereka kelam kabut menuju ke briefing room untuk menyertai perbincangan semua ejen yang sudah mengelilingi meja hologram dan memberi ruang kepada mereka.

"Satu letupan kecil telah berlaku berdekatan dengan kawasan pinggiran yang merupakan tempat banyak penjenayah bertemu di sana. Kami telah menghantar beberapa pasukan ke sana tetapi tidak mendapatkan info selepas 1 jam menunggu.

Satu pasukan lagi dihantar dan menemui pasukan pertama dalam keadaan cedera teruk. Tugas kamu adalah untuk mencari pelaku yang telah mencederakan pasukan pertama kerana melihat apa yang mereka telah lakukan, penjenayah tersebut agak kuat.Saya akan hantar lokasi. Itu sahaja, bersurai"

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now