Rindu

1.8K 97 2
                                    

Alicia keluar dari bilik rawatan stage 2 untuk berjumpa dengan Ejen Geetha dan juga mengambil beg Ali. Dia tahu Ali ni bukan orang yang reti bersabar bab² benda macam ni tapi kalau kena hina, tahu pulak nak sabar. Tongkatnya juga menjadi satu beban kepadanya yang hanya melambatkan pergerakan.

Ejen Geetha yang hendak menuju ke bilik rawatan Ali ditegur oleh ejen neuro bertongkat itu. Soalan² yang ditanya Ali tadi dilontarkan kepada Ejen Geetha yang menjawab dengan tenang. Berita buruk untuk Ali, dia akan keluar dalam 1 bulan lebih dan dia tidak dibenarkan untuk berbuat apa² akibat kecederaannya yang teramat parah, kesian. Alicia pun memujuk ejen tekno itu untuk membenarkan kawannya menyiapkan upgrade dengan syarat Ali akan menyiapkannya di bilik rawatan. Ejen neuro tersebut tersenyum gembira dapat menunaikan permintaan Ali walaupun satu.

Di bilik rawatan stage 2, Ali yang terbaring merungut kerana tidak dapat berlatih teknik² ejen lain. Sekarang baru dia tahu kenapa Alicia nak sangat keluar dan cepat sembuh. Terseksa jugak tak boleh nak gerak banyak² macam orang lain lagi² nak menghadap dinding putih, semuanya putih.

"Baik jugak kawan kau tu" Ash tiba² bersuara.

"Oh Alicia? Dia tu memang baik. Tapi kau taktau dia yang dulu macam mana. Lagi satu, aku tak faham kenapa kau ada kat sini"

"Sebab aku nak tolong kau jadi kuat, macam yang Ejen Aliya harapkan"

"Kau...kenal mak aku?"

"Ini kan Ash, mestilah"

"Eh eh, dia ni. Sejak bila kau ada dalam fikiran aku sebenarnya?"

"Sejak beberapa hari yang lepas, sebelum kau kena belasah dengan budak sengal tu, siapa nama dia? Oh Roza"

"Ooo jadi yang sebut nama aku waktu aku naik skuter tu kaulah?"

"Exactly. Aku nak tergelak tengok kau panik"

"Mana tak nya, aku toleh² takde orang. Dahlah sebut nama aku waktu gelap² pulak tu"

"Tau takut"

"Apa maksud kau yan-"

Belum sempat Ali menghabiskan soalannya, mentor teknonya masuk ke dalam bilik.

"Kamu cakap dengan siapa tadi?" Ali kelam kabut mencari alasan.

"Cakap je takde pape" Ash dengan cepat memberi jawapan.

"Takde papelah"

'Macam ada yang tak kena' "Baiklah saya di sini untuk memeriksa keadaan kamu. Bagaimana keadaan kamu?"

"Saya baik. Sakit pun dah kurang"

"Baguslah kalau macam tu. Jangan lupa makan ubat. Saya akan kembali esok"

Mentor itu keluar dari bilik membawa beberapa helai kertas. Ali menghembuskan nafas lega

"Nasib baik tak kantoi"

"Kan aku dah kata...Aku akan bantu kau"

"Terima kasihlah.. Ejen Karya punya alasan lagi tak boleh pakai"

"Ejen Karya kan busy jugak takde masa nak fikir alasan lama²"

Pintu bilik itu terbuka kembali menampakkan seorang perempuan cina bertongkat masuk ke dalam ruang tersebut. Wajahnya penuh kegembiraan dan tidak sabar.

"Alicia, apahal kau nampak excited semacam je ni?'

"Kau akan keluar dalam sebulan lebih macam tu tapi Ejen Geetha kasi kau sambung siapkan upgrade dengan syarat kau kena buat kat sini. Ejen Bakar akan tolong bawak barang² kau"

Senyuman terukir diwajah ejen tekno itu. Walaupun tak dapat keluar, dia dapat siapkan hadiah kawan² nya.

"Yeah! Thanks Alicia! Cayalah kau" Mereka berdua gelak. Ash turut menumpang gembira melihat rakannya gembira. Dia juga menghormati ruang Ali untuk bercakap dengan orang lain.

Alicia menceritakan kejadian dia bersusah payah memujuk Ejen Geetha yang lembut tetapi sukar untuk dipujuk. Ali yang mendengar itu memandang Alicia dengan muka yang mengatakan 'seriuslah?'. Ejen neuro hanya mengangguk.

Beberapa minit kemudian, Alicia meminta diri kerana waktu sudah lewat malam dan dia juga sudah mula mengantuk. Ali pun melambai ke arah Alicia dan kembali termenung menghadap tak lain tak bukan, bumbung berwarna putih di atasnya. Dirinya merungut rungut tidak dapat keluar dengan Ash yang memujuknya.

Tiba² datang satu idea yang tak seberapa bagus untuk Ali iaitu dia akan curi² keluar tapi buka pergi mana pun, lepak depan Akademi je. Dia melihat ke tepi katil, sebuah kerusi roda elektronik bersandar di dinding.

Ali menggerakkan kakinya sebelum perlahan lahan memusingkan badan menyebabkan ia terasa sakit. Kakinya memijak lantai putih yang sejuk itu sambil memegang perutnya, berjalan untuk mencapai kerusi roda itu. Badannya yang menunduk ke depan, tangan kanannya memegang dinding sebagai bantuan akibat sebelah tangan dan kakinya patah menyebabkan Ali terlihat seperti zombie.

Dengan hanya sebelah tangan dan badan yang bersandar pada dinding, dia berjaya membuka kerusi roda tersebut dan duduk di atasnya.

'Pergh..nak duduk punya payah'

Dia menekan satu butang yang membuatkan kerusi roda itu berjalan dengan sendiri tetapi cepat² mengawalnya. Hampir sahaja dia terlanggar dinding di hadapannya. Ali mengeluarkan kepalanya meninjau ke luar untuk memastikan tiada sesiapa di sana walaupun dia tahu ada CCTV tapi ejen² takkan buka rakaman melainkan sesuatu terjadi.

Dia terus menuju ke pintu utama Akademi yang terbuka secara automatik dan keluar melihat permandangan indah alam. Bintang² dan bulan menyinari langit yang gelap, air laut yang tenang, angin bertiup sepoi sepoi bahasa, sungguh satu masa yang menenangkan.

"Cantiknya"

"Kau ni macam tak pernah tengok bintang" siapa lagi kalau bukan Ash.

"Bukan tak pernah, dah lama aku tak dapat tengok dengan tenang sebab selalu je ada misi"

Ali memandang ke arah langit dengan mata yang disinari cahaya bintang² sambil rambut ditiup angin.

"Kalau mama dengan ayah ada kat sini, mesti lagi best kan..rindu nak jumpa mama dan spend time dengan ayah"

Matanya berkaca buat beberapa saat sebelum air matanya mengalir membasahi pipinya. Dia sangat² rindu saat bahagia bersama keluarganya yang sangat lama tidak dirasai sampaikan dia pun sudah lupa perasaan tersebut. Sekuat mana pun seseorang itu, mereka tetap ada waktu perit mereka sendiri yang menyebabkan mereka bersedih cuma tinggal mereka tunjuk atau tak.

"Janganlah nangis..Ejen Aliya mesti sedih tengok kau macam ni"

"Bukan apa tapi tetiba je rindu kat dia"

Malam itu, dia sedikit sebanyak dapat mengenali Ash walaupun belum betul² rapat. Ali mengesat air matanya sambil memainkan semula kenangan bersama ibunya di dalam fikiran. Sekali lagi dia menangis lebih deras dari sebelumnya, tidak mampu untuk menahan lagi. Dia yang tadinya tenang sekarang dalam keadaan sangat bersedih dan menyesal. Perasaan rindunya bertambah apabila mengingati semula kejadian dia berjumpa dengan ibunya di dimensi I.R.I.S yang rasanya seperti semalam.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now