Insaf

1.4K 82 11
                                    

Selang beberapa minit, dia tidur semula kerana penat manahan sakit dikepalanya sampai menangis. Sebak hati yang melihat keadaan ejen tekno itu seperti sudah tiada langsung tenaga yang tersisa di dalam badannya atau lebih kepada mayat hidup.

"Betul ke Ali akan keluar tak lama lagi?"

"Bet-" kata² mentor tekno itu terhenti apabila mendengar bunyi pintu bilik wad 104 dibuka oleh Dr.Ghazali yang baru sahaja keluar dari bilik  kecemasan. Dia mula mendekati mereka semua dan agak terkejut melihat muka Ali yang sangat pucat, bibirnya juga putih.

"K-kenapa dengan Ali?" Nada risau jelas kedengaran dari percakapannya.

"Dia demam biasa je, takpe..abang jangan risau" Ejen Bakar terpaksa menipu kerana tidak mahu peneraju itu menjadi risau dan panik yang boleh memburukkan keadaan.

"Abang tahu kamu tipu. Apa yang jadi sebenarnya?"

"Macam ni Dr.Ghazali" Khai mula menceritakan kejadian² yang berlaku dari mula perangai Ali berubah sehingga dia tertidur menahan sakit. Semua yang ada di situ menyambung ayat antara satu sama lain kerana ceritanya agak panjang.

Memang tidak hairan lagi, terkejut dan sedih Dr.Ghazali dibuatnya. Dia langsung tidak menyangka keadaan satu satunya anak yang dia ada sangat teruk. Kakinya tak mampu menahan badannya lagi, dia hampir terduduk ke lantai tapi Ejen Karya sempat meletakkan kerusi.

"Takpe, dia demam dan tertekan je tambah lagi dapat tahu yang Dr.G accident. Kami janji akan sedaya upaya bantu pulihkan Ali" Hati peneraju itu sebak dan terharu dengan kata² Iman kerana mereka semua sanggup mempertahankan anak tunggalnya.

"Terima kasih ye semua. Saya tak tahu nak balas budi kamu macam mana lagi. Kamu semua jugaklah yang jagakan dia sepanjang saya sibuk bekerja" air mata dikesat dengan perlahan.

"Sama². Ali dah banyak berkorban demi kami sebelum ni. Dia dah banyak sangat bantu kami. Ini je yang kami mampu buat untuk membalas jasa dia walaupun tak setanding dengan kebaikan dia" Ejen Bakar memegang bahu abang iparnya sambil tersenyum.

Dr.Ghazali menyentuh dahi Ali yang semakin bertambah panas membuatkan dia sangat risau. Sakit kaki yang terseliuh juga tidak dirasa lagi kerana terlalu risaukan Ali yang mengalami pelbagai rasa sakit. Dia kesal dengan perbuatan nya sebelum ni yang mengabaikan anaknya akibat sibuk bekerja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Waktu malam pun tiba dengan cepat, masing² masih lagi tidak berganjak dari tempat. Tiada rasa lapar, tiada rasa haus, hanya rasa risau dan kesal menyelimuti mereka. Bulat menyentuh dahi Ali sekali lagi dan terus menarik tangannya dengan cepat seperti terkejut.

"Kenapa Bulat?"

"Ssss..panas sangat dahi dia ni. Macam celup tangan kat air yang panas gila" apa lagi, semua yang mendengar bangun untuk melihatnya. Dr.Geetha A.K.A Ejen Geetha menyentuh dahi Ali dan mempunyai reaksi yang sama dengan Bulat.

Tiba² Ali mengigau sesuatu lagi jadi mereka senyap dan khusyuk mendengar apa yang dikatakan Ali.

"Mama!.................... Kenapa mama selalu tinggalkan Ali? Kenapa?...................Ali dah penat, banyak sangat masalah. Ash pun dah tinggalkan Ali.................Kawan² dah benci Ali. Ali ni menyusahkan, lemah, lembik. Sebab Ali, ayah accident, sebab Ali, semua orang kena. Betul apa yang geng Rudy cakap, Ali ni tak layak ada kat dunia..... Macam mana?........................... Walaupun mama akan tinggalkan Ali, mama sentiasa ada dalam hati Ali.. Bye mama!"

Apabila dia sedar dari mimpi, Ali seakan akan ditarik atau disedut ke realiti. Mukanya tidak menunjukkan apa² emosi, hanya tegang sahaja namun berubah menjadi sedih. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembuskannya untuk menenangkan diri.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now