Identiti Sebenar

1.4K 74 20
                                    

"Nanti!" Panggilan Ejen Bakar tidak dihiraukan. Mysterio dan Unknown berlari keluar dari bunker, lesap dari pandangan. Keluhan dihembuskan tetapi mereka lega dengan kedatangan dua orang misteri tadi.

Masing² cuba untuk bangun tetapi apakah daya, penat dan sakit tidak terkata terasa di seluruh badan. Dalam beberapa minit, bantuan dari M.A.T.A sampai dengan penyamaran polis dan doktor.

Ejen Fit bersama Ejen Bobby yang berlakon sebagai polis berlari ke arah mereka terutamanya mentor². Ejen² lain sibuk menggari penjahat yang terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri kerana dibelasah dengan teruk.

"Apa yang dah jadi sebenarnya?"

"Argh, kami......diserang"

"Apa?! Habistu, siapa yang kalahkan penjahat ni?"

"Ada orang datang tolong. Kau tahu kan Mysterio?" Ejen Fit dan Ejen Bobby mengangguk serius.

"Dia ada bawak kawan dia nama Unknown tolong kitaorang tadi. Kalau tidak memang dah arwah Ali tadi"

"Jadi, serangan selama ni bukan dari Mysterio lah?"

"Dah²! Nanti kita bincang, sekarang ni, bawak diaorang pergi hospital. Kat sini kecik" Ejen Fit membantu Ejen Bakar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Skip semua dah berada di atas katil hospital...

"Apa jadi tadi? Bunyi meletup bagai" Ali mengangkat Comot yang turut berasa pelik. Apabila mereka dibawa keluar dari bilik rawatan bunker, keadaan di dalam bunker sudah berontakan, semua juga sudah cedera.

"Kita kena serang tadi" kata² Ejen Fit membuatkan Comot dan Ali sangat terkejut. Kecederaan yang terlihat pada keluarganya agak parah.

"Kena serang?! Dengan siapa?!" Dia sudah mula menggelabah.

"Relax, orang yang serang tadi sedang disoal siasat. Tapi yang sah, bukan Mysterio"

"Bukan dia...habistu siapa?"

"Kau ni pekak ke apa? Kan aku dah kata sedang DISOAL SIASAT" Ejen Fit menguatkan suara menyebut perkataan terakhir.

"Dah²! Orang tengah sakit kau jerit² pulak" Ejen Bakar menarik selimut kerana kesejukan.

Meanwhile...
Terlihat dua orang sedang berjalan santai memegang senjata. Mereka menuju ke dalam hutan sambil berbual.

"Mysterio ye?" Lelaki disebelah perempuan bertopeng itu ketawa dengan nickname yang diberi.

"Bukan saya yang letak..??? tu lagi lah, Unknown"

"Kamu jugak yang bagi" langkah mereka berhenti di depan sebuah rumah kayu lama yang nampak seperti terkena ribut. Pagar dibuka dan ditutup perlahan sebelum memasuki rumah tersebut.

Di dalamnya terdapat satu meja bulat kayu yang rosak, tingkap yang pecah, keadaan bersepah di sana sini. Mysterio menekan satu butang pada alatnya membuatkan lantai rumah itu terbuka menampakkan tangga menuju ke bawah.

Mereka masuk dan menutup semula lantai. Ruang bawah tanah itu berbeza dengan luaran rumah yang usang tersebut. Penuh dengan alatan canggih dan lain² seperti base lama mereka yang telah diletupkan.

Unknown memberikan air sejuk kepada Mysterio yang sedang sandar pada kerusi sambil memegang sebingkai gambar. Riak wajah sedih jelas terpapar dimukanya, berharap dia boleh mengulangi masa.

"Kalau lah aku boleh putarkan masa" keluhnya perlahan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now