*Jimin's POV*
Melihatnya di depan mataku seakan-akan mimpi yang melewatkan segalanya sehinggakan aku tidak sedar bahawa hari sudah senja.
Aku menawarkan diriku untuk menghantarnya pulang namun dia menolaknya. Aku sekuat hati mencerna setiap bait kata yang ku sampaikan padanya namun aku sendiri tidak menyadari perbuatan dan kata-kataku itu.
Ya. Tak ku sangkal lagi. Aku amat menyukainya. Aku perasan setiap kali aku melontarkan kata-kata, wajahnya merona merah dan ia membuatkan dia terlihat sangat comel.
Aku menunggu di station bas bersamanya dan melihat bas yang dinaikinya berlalu pergi. Setelah itu aku meneruskan perjalananku ke ruangan parkir motorsikal untuk pulang.
Sesampainya aku kerumah dan membersihkan diriku sebelum tidur. Aku menghempaskan diriku ke atas katil dengan senyuman. Dalam fikiranku berkata yang hari ini adalah hari terbaik buatku kerana disebabkan Jin hyung dan Jungkook mempunyai hal kecemasan, aku akhirnya dapat meluangkan masaku mengenali si dia.
Aku memejamkan mata dan mengulang kembali memori kami. Namun setelah beberapa saat, ku celikkan kembali mataku dan......
AKU TERLUPA NAK MINTA PHONE NUMBER DIA?!!!
Aku mengeluh dan meletakkan lenganku di dahiku. Kenapalah aku ni pelupa sangat sampai benda penting macam ni pun tak nak tanya. Aish! Aku mengusutkan rambutku.
*Mina's POV*
Aku berjalan menuju ke rumah dengan wajah yang ceria. Siapa saja yang tak ceria kalau berjumpa dengan crush kesayangan kan? Ops! Crush?!
Tengah syok aku berjalan dengan riang ria, secara tiba-tiba aku merasakan ada orang yang mengikutiku sejak tadi namun ku abaikan saja dan berkata mungkin ianya hanya perasaanku sahaja. Jadi ku mengatur langkah lebih laju dan aku bertemu susuk tubuh yang aku kenali, jadi......
Aku terus berlari dan mengejutkannya dari belakang. Seperti yang disangka, reaksinya sangat kelakar dan aku tergelak. Dia memandangku dengan tajam seperti ingin merobek kulitku dari daging lalu ku mengatur langkah untuk lari!
"Yahhh noona! Kau memang nak kena lah! Kau siap aku dapat kau kat rumah nanti!" Jeritnya.
Ya, itulah adikku yang tak semengah 🥲 Jadi ku lari sekuat hati dan masuk ke dalam rumah lalu menuju ke dalam bilik dan mengunci pintu bilikku sebelum dia sempat mendapatkanku. Boleh mati aku kalau di siat oleh dia 🥲
Aku meletakkan bag sandangku lalu berbaring di atas katil buat seketika dan mengimbas kembali kenangan petang tadi bersama crush yang ku suka tanpa sengaja. Entah mengapa namun setelah meluangkan masa bersamanya tadi, aku berasa tenang dan seakan-akan semua masalahku hilang sekelip mata.
Smartphone yang berbunyi menandakan panggilan masuk menghentikan lamunanku. Ku lihat nama pemanggil.
📲 Chae Hwa, Rosie, Bomie is calling you...
Ku angkat lalu terpampang lah muka mereka bertiga. Rakan-rakan yang ada denganku sejak hari pertamaku disekolah. Menemaniku di saat sepi melanda diri. Ah gitcheww engko 😝
Muka masing-masing menayangkan sifat ingin tahu.
"Yah Han Mina! Kau keluar dengan siapa? Kau ada kawan baru lupa kami ya? 😢". Dengar suara Chae Hwa yang seperti marah dan sedih dalam masa yang sama disertakan dengan pout.
"Haah betul tu! Kau dah lupakan kami semua ke? Pergi berjalan tak ajak." Sambung Bomie ditalian bersama riak wajah menunduk menandakan sedih.
"Ay yaw wassup Mina. Kau keluar dengan boyfriend ke tadi?" Dengan riak muka yang selamba sambil merias kukunya.
YOU ARE READING
Mine | Jimin
Fanfiction"Don't cry, baby. It's hurt when I have to see your tears" "I will do everything for you. You know you're my one and only right?" "Baby, you know that I don't like hide and seek games right?" Cinta itu sentiasa tidak terduga ya?
