❁🐾✎ᴘᴇᴍᴀɴᴅᴀɴɢᴀɴ

29 6 0
                                    

🌿 Sekali-sekali kelihatan cahaya kilat memanah langit.

🌿 Awan hitam kelihatan berarak ditiup angin.

🌿 Kilat sambar-menyambar disusuli bunyi guruh berdentum –dentam.

🌿 Diterangi sesekali hanya oleh kilat yang disusuli guruh.

🌿 Kilat mengenyit dua tiga kali.

🌿 Petir memancar disusuli bunyi guruh yang menakutkan.

🌿 Bunyi guruh di langit sahut menyahut seolah-olah menggegarkan kamarku.

🌿 Langit yang menumpahkan air matanya bertali temali.

🌿 Titik-titik hujan bertali temali dari langit.

🌿 Air hujan meleleh-leleh jenuh.

🌿 Petir dan kilat sabung-menyabung.

🌿 Hujan hari itu akan tetap kencang berguguran melunaskan tugasnya

🌿 Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

🌿 Angin menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-pohon yang berjejer di sepanjang jalan.

🌿 Pohon-pohon yang menari-nari ditiup angin bagaikan berbisik.

🌿 Angin yang menderu sesekali menampar dinding rumahku.

🌿 Angin semilir menyapa lembut pipiku.

🌿 Angin malam bertiup sayu melewati jendela, meyapa sepi wajahku.

🌿 Daun berombak-ombak ditiup angin.

🌿 Derus sang angin terus meniup debu-debu gersang.

🌿 Angin kencang membedal.

🌿 Gelenggong ketimuran yang menghembus dingin.

🌿 Sang bayu pula masih asyik menghelakan nafasnya yang panjang.

🌿 Bilah-bilah hari tetap juga datang.

🌿 Siang terus bangun.

🌿 Tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik.

🌿 Suria muda memancarkan sinarnya.

🌿 Ketika kokok ayam mula kedengaran, ketika lena tidur penduduk masih panjang.

🌿 Warna senja mulai memamah suasana.

🌿 Sinar mentari sore menyelinap masuk menerusi kaca.

🌿 Dalam kesamaran cahaya lampu.

🌿 Kepekatan malam mewarnagelapkan semua...

🌿 Malam pasti akan membungkus panorama alam.

🌿 Butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik.

🌿 Malam telah menyerkup selimut hitamnya ke seluruh kampung.

🌿 Malam kian mengengsot dewasa.

🌿 Malam telah melampaui garisnya. Dinihari mula menjelma.

🌿 Matahari semakin menghilang di ufuk barat. Warnanya kemerah – merahan.

🌿 Sebentar lagi malam akan bertahta.

✼ •• ┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ •• ✼

ᴋᴀʟᴀᴜ ᴋᴏʀᴀɴɢ ᴀᴅᴀ ɪᴅᴇᴀ
ʟᴀɪɴ sʜᴀʀᴇ ʟᴀʜ
ᴋᴀᴛ sᴀʏᴇ

ᴛᴀɢ ᴋᴀᴡᴀɴ ᴀɴᴅᴀ

✼ •• ┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ •• ✼


SEINDAH BUNGA FRASAWhere stories live. Discover now