BAB 23

38 4 0
                                    

nah pengubat rindu even i know takde siapa yang rindu cerita ni hm




"meow meow meowwww" tangan bermain dan mengusap kucing peliharaan baru mamanya. entah sejak bila pula mama ni suka bela kucing. dulu bukan main lagi mamanya larang mereka untuk membela kucing di rumah. takut inilah takut itu lah macam-macam alasan mamanya beri jika dia ingin meminta izin untuk membela kucing. mungkin sebab dulu mereka kecil lagi, sekarang ni semua dah besar. mama bosan lah kot duduk rumah tiada teman nak bebel. itu yang bela itu haha.

kucing yang mempunyai bulu yang lebat berwarna kelabu ni dari tadi mengiau minta di belai. "gediknya kau ni. aku pun dulu tak macam kau tau. haih macam manalah kau boleh pujuk mama aku untuk bela kau eh? nasib lah kau comel kucing, kalau tidak memang taklah mama tu nak bela kau"

"amboi Syera, bebel apa dekat miko tu?" aik punyalah cantik kucing ni, nama miko je? patutnya letak lah panjang lagi. nak nampak macam pro, letak bin atau binti sekali. baru unik sikit orang dengar, tak gitu?

"saja bebel kat miko mama ni macam mana mama boleh bela dia. mana tahu kalau dia pukau mama ke haaa kita tak tahu kan?"  mana lah tahu si miko ni yang minta mama suruh bela dia. kucing zaman sekarang ni pun mana boleh percaya sangat. zaman moden macam ni, bukan orang je yang tak boleh dipercayai tapi kucing ni pun kita tak boleh beri kepercayaan sesuka hati. ada juga nanti jadi kes kucing santau tuan. aik macam pelik je bunyinya. tak kisah lah janji kita betul.

puan Sharfina sudah menggeleng-gelengkan kepala apabila anak daranya yang suka membuat teori sendiri ni. jadi tidak hairanlah dia apabila Syera sekarang sudah menjadi seorang peguam di makamah tinggi. dari kecil hingga sekarang, perangai anaknya ini masih sama. maklumlah Syera ini merupakan anak bongsu dari keluarga kecil mereka. sebab itulah perangai Syera ini lebih manja daripada anak-anak lelakinya. tambahan lagi, dia seorang sahaja anak perempuan dari ketiga-tiga anaknya.

"haih kamu ni, ada-ada je lah. dah pergi siap sana. kejap lagi your abang reeyan with kakak ipar and parents kakak ipar kamu tu nak datang. kang nanti tiba-tiba kena marah dengan abang don't tell me eh?" kalau dia tidak memberi ugutan seperti itu, mananya si Syera ini mahu bergegas siap. agaknya mandi pun belom budak ni. haih anak dara zaman sekarang.

dengar sahaja nama abang ngah disebut oleh mamanya, tanpa berlengah lagi kakinya terus mengorak langkah sebesar yang mungkin untuk mempercepatkan langkah menuju ke biliknya yang terletak di tingkat 2 rumah itu. sempat juga dia memberi isyarat ke arah mamanya supaya tidak memberitahu abangnya. dia bukan takut sangat pun dengan abang yang bernama Areeyan tu cuma dia ngeri untuk melihat wajah dingin dan psiko abangnya yang serupa pembunuh bersiri profesional. mengerikan tau! silap hari bulan boleh dapat mimpi ngeri! tak boleh tidur baru tahu.

Puan Sharfina hanya menghantarkan susuk tubuh Syera dengan sudut pandangan sahaja. 'ya Allah kau percepatkanlah jodoh anak daraku sorang ni' dalam diam dia berdoa supaya anaknya ini mendapat suami yang baik dapat membimbingnya.

tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta yang memasuki perkarangan kediamannya. sangkanya anak dan menantu, rupanya besannya sudah sampai. rumah Areeyan tidak lah sejauh rumah keluarga menantunya tetapi keluarga ini pula yang sampai lebih awal. pelik.

"lah besan saya rupanya. ingatkan si reeyan dengan Aisyah yang sampai dulu" mereka berjabat tangan dan memeluk tanda kemesraan mereka sebagai besan. 

"ouh kalau pasal tu datin takpayah risau lah. Areeyan ada bagitahu yang mereka berdua datang lambat sikit. katanya ada hal suami isteri. faham-faham jelah datin. budak baru kahwin" kali ini Puan Fauzana pula yang bersuara menyatakan apa yang di beritahu oleh menantunya. 

"si reeyan tu, macam takde hari lain. baru kahwin apanya kak? orangnya dah nak jadi ayah dah tapi perangai macam budak-budak lagi. eh, ya Allah lama pula kita bersembang kat luar sampai lupa saya nak jemput masuk. marilah masuk jangan malu-malu. buat macam rumah sendiri ye" biasalah perempuan kuat bersembang. jadi jangan pelik lah ye kalau perempuan boleh bersembang depan pintu selama sejam!

SCHICKSAL AREESYAH | Can I Lead Your Hand Forever?Where stories live. Discover now