jari Aisyah gatal bermain di dada bidang milik suaminya. jarinya seakan-akan melukis di dada suaminya dan seketika mengusap perlahan. Areeyan pula cuba untuk mengaturkan nafas yang sudah tidak teratur. dia cuba bereaksi biasa. ada juga kang yang kena baham dengan harimau kejap lagi.

"sayang? kenapa diam?"

" kejap lah saya lupa nak cakap apa tadi. abang lah punca" eh? kita pula yang kena. tak pelah kita sebagai suami kena mengalah. bukan takut isteri tapi dah memang gini sifat makhluk yang bernama perempuan. nak tak nak kena terima juga. 

"haaaa saya dah ingat! abang boleh tak saya nak?" terkedip-kedip matanya menikam anak mata si suami dengan mukanya yang sengaja di buat mimik muka comel supaya suaminya ini akan mengizinkan.

alis Areeyan sudah bercantum. lihat dari riak muka isterinya, dia seperti sudah mengagak apa yang si isteri mahukan. ada jelah nanti benda pelik-pelik yang dipinta isterinya.

"sayang nak apa? jangan minta benda yang pelik-pelik sudahlah sayang. susah nak cari kat sini sayang oi" manalah tahu tiba-tiba mengidam daging rusa pula kan haa. satu hal lagi kena mencari daging tu. mana nak cari pula.

"bukanlah. saya tak minta benda yang pelik-pelik pun cuma..."

"cuma apa?"

"cuma... erm saya nak minta keluar jalan-jalan je. sebab abang dah lama tak bawa saya keluar makan angin. boleh abang bawa saya jalan-jalan tak? please?" Areeyan menghelakan nafas lega. nasib baik lah isterinya ini tidak meminta benda yang tidak masuk akal. mana tidaknya, Aisyah pernah memintanya untuk makan sabun yang ada di dalam bilik air itu. katanya sabun tu yang nampak sedap. celah mana entah sedapnya itu. haihh ibu mengandung ni memang macam-macam perangai eh? nasib sayang.

"lah nak keluar jalan-jalan ke? abang ingatkan sayang nak minta abang makan sabun lagi" dalam keadaan hatinya yang berasa lega, terselit juga perasaan risau. risau kenapa? risau sebab sejak kebelakangan ini, dia dapat tahu yang ada seseorang sedang memperhatikan mereka dari jarak jauh. dia sendiri tidak tahu siapakah gerangan itu tetapi itulah yang membimbangkannya. 

dia takut kalau isterinya yang menjadi sasaran dan bukan dirinya. dia menjadi serba serbi tahu tentang hal ini kerana sebelum daripada Aisyah mengandung lagi, sudah ada yang mengekori jejak langkah isterinya. nasib baiklah daripada awal, dia sudah berniat untuk memasang bodyguard untuk si isteri bagi memantau keadaannya.

"mana ada eh. kalau saya nak suruh abang makan sabun lebih baik saya yang sumbat sabun tu dalam mulut abang. tak payah disuruh pun takpe" diam tidak dibalas percakapannya. dia memandang ke arah wajah suaminya yang tidak bereaksi apa-apa itu.

Aisyah sudah berkerut seribu. 'aik dah kenapa suami aku termenung pula ni?'

"abang?" dia menggerakkan sedikit tangan suaminya yang di peluk kemas. hairan juga tiba-tiba sahaja suaminya ini diam termenung. takut kena sampuk dengan jin pula kan? siapa yang tahu haa?

terkial-kial Areeyan sedar dari lamunannya. lupa pula yang si isteri ada di depan mata. kes tu punya pasal sampai lupa isteri sendiri. "haaa ye sayang?" 

aik macam tu je terus lupa. ni yang nak merajuk lagi sekali ni. "boleh tak nak keluar jalan-jalan? alaa boleh lahhh. dah lama tau abang tak bawa saya keluar. hmm merajuk la gini" 

"abang tak kata pun tak boleh sayang. untuk sayang, apa-apa pun boleh. dah kalau macam tu jom keluar. sayang cakap je nak pergi mana, abang bawa sayang. nak pergi ke hati abang pun boleh" Areeyan sudah tersenyum nakal lalu mengenyitkan mata ke isterinya. akal jahatnya ingin mengusik buah hatinya ini. kalau tak usik memang tak sah. rasa macam tak lengkap seharian itu kalau tidak mengusik isteri manjanya ini.

SCHICKSAL AREESYAH | Can I Lead Your Hand Forever?Where stories live. Discover now