....

"Hey u! Buat apa kat sini ha?!"

Aku menoleh ke belakang dan terlihat Hannah yang sedang tersenyum.

"Erk, kenapa u ada kat sini jugak?", balas aku.

"Oh I memang selalu jalan-jalan dekat lorong ni setiap minggu. I suka poster-poster art dekat sini. Quote-quote dia menarik dan boleh bagi inspirasi dekat kepala. Dorang akan tukar poster-poster seminggu sekali. Memang up to date lah. Nice giler!", Hannah masih tersenyum seolah-olah tiada apa yang pelik.

"Oh, tapikan... boleh jer u tengok quote-quote ni semua dekat Internet.", aku psycho.

"Tak samalah u. U pun rasa lain kan kalau poster art dan quote ni depan mata? Feel dia lain kan? Besar pulak tu. I suka jalan-jalan dekat sini bila tak ramai orang. Senang dapat feel dan fokus", balas Hannah.

Aku terdiam dan mengganguk tanda setuju.

"Jom kita makan Yong Tau Foo dekat stall depan tu. I suka sangat makan tengah-tengah malam macam ni. Dorang buka sampai jam 2 pagi. Boleh kita tapaukan sekali untuk boy.", Hannah mengajak.

Tiba-tiba kepala teringat si 'boy' yang sedang terkulai puas di atas meja meeting. (episod 8 - Kupu-Kupu Malam). Agaknya dia dah sedar atau belum? - Tapi dia bukanlah prioriti aku sekarang ini. Pada masa yang sama jiwa masih takut kalau-kalau pihak berkuasa dapat menjejak langkah ini.

....

Hannah memegang erat tangan ini lalu menariknya. Dia membawa aku berjalan menuju ke arah destinasi tersebut (stall Yong Tau Foo). Di sana kami makan berdua tanpa ada orang lain. Cahaya lampu kuning yang tidak terlalu terang membuatkan jiwa kembali tenang dan sedikit bahagia. - seolah-olah teringat peristiwa date pertama (episod 3 - Acoustic Zombie Asmara). 

Mulut masih belum sempat bertanya mengenai kes kematian pemandu Grab Taxi tersebut. Aku takut kalau-kalau Hannah memang tidak terlibat. Pada masa yang sama fikiran masih mengatakan memang Hannah kerana jejak baunya yang kuat semasa kejadian.

Hannah masih berborak seperti biasa dan aku melayan setiap perbualannya secara normal. Aku tak nak rosakkan suasana malam ini. Sedang sibuk berborak dan ketawa manja (Hannah), tiba-tiba datang dua orang menyapa dari arah belakang yang berpakaian seragam lengkap. Mereka adalah anggota pihak berkuasa.

Polis 1 - "Kamu berdua buat apa tengah-tengah malam di sini? Dah jam 1:30 pagi masih makan? Sekitar kawasan ini dalam rondaan ketat oleh pihak polis."

Hannah - "Ada apa ye encik. Kami berdua hanya makan-makan je kat sini. Kami masih bekerja dan pejabat kami ada di bangunan depan tu."

Polis 2 - "Ada dua kes pembunuhan yang serius berlaku sekitar kawasan ini. Tolong segera beredar. Kami tak mahu berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini."

Jantung mula berdegup kencang memandangkan aku tahu tentang dua kes kematian tersebut. Tangan mula bergerak lalu mencapai tangan Hannah untuk ajak beredar. 

"U sabar lah kejap, makanan belum habis ni. U ni suka membazirlah. Chill lah. Polis tu pun dah blah. Jap lagi kita gerak lah.", Hannah menepis.

"Erk okay, okay. I cuma panik je polis datang. Ye tak ye jugak. At least bagilah makanan ni habis dulu kan.", balas aku.

....

Sedang sibuk menghabiskan makanan. Tiba-tiba aku terdengar perbualan dari pihak polis tersebut secara jarak jauh.

Polis 2 - "Aku rasa peliklah tengok muka lelaki yang tengah makan tu. Pandangan dia semacam menunduk dan takut-takut. Jom kita patah balik dan soal siasat mereka."

Polis 1 - "Aku pun rasa ada sesuatu yang tak kena. Baiklah, jom kita soal. Boleh claim overtime lebih sikit malam ini."

Aku yang mendengar perbualan mereka terus menarik tangan Hannah menggunakan kudrat kuasa luar biasa. Hannah yang belum sempat menghabiskan makanan terus akur dengan rentapan sakti ini. Wajah Hannah tergamam seperti merelakannya.

Tokey stall  - "Hey, hey leng chai u mau pergi mana, belum bayar ni semua!"

Aku - "Esok saya datang semula bayar ya. Waa kasi lu extra!"

Tokey stall  - "Ini budak aaa manyak pelik. Muka pun ada sedikit hantu. Waa perasan macam itu mata zombie talak hidung  #%$#! maa chee bye.  Macam mana boleh dapat itu amoy manyak cun. Haiyark waa lugi sales malam ni! Wa pelik itu dua malay makan kedai cina. Lu orang tak tau kah wa ada letak itu 'kerbau kaki pendek' punya ingredients. Manyak sedap ha? hahaha!

Tanpa memperdulikan amukan tokey stall tersebut aku terus beredar jauh tanpa berpatah balik. Aku mengedong Hannah di belakang sambil berlari dan melompat. Setiap lompatan aku dapat merasakan pantulan demi pantulan yang empuk dari arah belakang. Hannah masih terdiam (mungkin kerana terkejut). Atau lain-lain perasaan yang aku sendiri tak pasti.

bersambung ...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bidadari Infinite [Muzikal Novel]Where stories live. Discover now