Acoustic Zombie Asmara

575 163 17
                                    

(Flashback ke masa lalu)

....

Ketika matahari menenggelamkan separuh dari cahayanya, waktu menjadi senyap seketika, seumpama ada angel yang sedang turun di hadapan atau mungkinkah devil di sebelahan.

Apakah benar sini adalah navigation yang dibawa. - Fikiran mula gelisah.  - standby mode dengan surah-surah.

Waktu terus kehitaman, kaki keluar dari tempat terakhir point tamat. Di sini aku terlihat beberapa embun cahaya memanggil-manggil di sana. - Oh itu adalah gerai makan yang mentol-mentolnya tidak secerah neon. Tapi kenapa tempat macam ni yang menjadi set taruhan, maksud aku, tak ada tempat lain ke dia nak ajak date. - yang pertama pulak tu.

....

Chill kejap, trigger api dan hembus. Fuuuh! Syahdu...

....

Wow dia dah sampai awal lah di sana. - Tak gentle betul aku. - Ada ke patut dia yang tunggu dulu. Ternampak tangannya melambai angin menjemput aku ke tempatnya dengan senyuman manis asmara. Hati berbunga debar sepertinya sedang melihat Princess Rapunzel.

....

Tanpa membuat apa-apa order, dua set hidangan makanan terus sampai. - Wow dua kali tak gentle. Kami pun makan bersama sambil berbual kosong. - Aku sebenarnya tak ada konten nak berborak pasal apa masa tu. Tapi dia pula buat macam dah lama kenal. - terlihat begitu profesional mesra melayan setiap kekakuan antara aku dan dia.

( Aku control everthing as cool as possible walaupun fikiran masih pelik dengan suasana di sini. - sebab ada mata-mata yang memerhati. )

....

Rupa-rupanya di sini adalah tempat makan kegemarannya. Banyak memori terindah di sini yang diceritakan. - tak nak tanya lebih details, takut-takut ada kisah yang boleh buat perasaan cemburu. - boleh agak rasanya.

Selepas selesai makan, aku bangun untuk pergi bayar, namun makcik kaunter memberi respon dengan tangan (no, no, no) dan mulutnya muncung ke arah si dia. - Ouch! tiga kali dah tak gentle. - Damn, damn, damn! - Apa lagi ni, first date kot aku dah buat hal. Dia hanya tersenyum je dari jauh. (Dalam hati) - Kenapalah tak bagi tahu awal-awal, kan dah malu aku. Pyscho betul lah dia ni.

Sampai je di tempat duduk, dia terus offer ke suatu tempat. - Aku ON je asal dapat berdua bersama since kat sini aku rasa tak selesa. Dia menunjukkan jalan sambil aku memandu bahagia. - Aku tak fikir sangat pasal destinasi, yang penting dia ada di sebelahan sepanjang masa.

....

Tempat ni sunyi sepi tapi struktur designnya nampak menarik dan vintage. Katanya ini adalah rumah peninggalan lama keluarganya. (ibunya telah meninggal di sini). Ini lah tempat permainannya semasa dia kecil dan remaja sebelum berpindah ke bandar. Dia akan datang ke sini beberapa bulan sekali dan aku adalah insan terpilih untuk invitation kali ini. - Wow.

Sebelum masuk ke rumah dia memesan supaya membawa guitar dan tamborin sekali. Nampaknya dia perlukan hiburan. Ini kalilah! Its time for me untuk tunjukkan bakat jamming akustik tralala.

....

Kami duduk diruangan tamu dengan cahaya samar-samar.

....

Jikaku salah dimanakah betulku jikaku betul, benar aku betul?? Kalau aku salah kau betul ke? Kalau aku yang betul, salahkah kau? - Aku bermula dengan intro rap. - Dia ketawa manja and say no no no.

Okay tukar genre, Cepat benar engkau pergi.., hujan masih belum berhenti... - Dia tutup mulutku dengan satu jari telunjuk ke bibir. - Wow romantik.

"Please tukarlah lagu lain", balasnya. - (Aku) Eh?

"Habis u nak lagu apa, i boleh bawakkan" - Dengan selamber dia balas "Zombie band dari The Cranberries" - (Aku) Ha?

Dia sangat suka lagu tu, tapi aku double trigger sebab tak kan lah nak akustik lagu ni kat tempat yang macam ni. - Oklah bolehlah dari bosan-bosan.

In your head, in your head. Zombie, zombie, zombie-ie-ie. What's in your head? In your head?Zombie, zombie, zombie-ie-ie-ie, oh!

Malam tu kami berdua macam kerasukan bermain sambil dia menggoncangkan tamborin dan menggeleng-gelengkan kepala. - Seolah-olah memanggil sesuatu. Tujuan aku hanya ingin berdua bersama sahaja, tak kisahlah lagu apa pun. - Dia memang sukakan suasana paranormal romantik. - Malam itu dia menamakan kumpulan kami "Paraleo Stereo" - Style jugak nama ni. - aku accept.

Setelah kepenatan, dia menarik tangan aku ke suatu bilik. - Aku pula trigger sebab fikir yang bukan-bukan. - Tak kan kot dia nak ajak yang tu. (hehehe). Aku pun terus membiarkan tangan berurat ini diluruskan ke arahnya tanda setuju.

....

Di sana aku terlihat sebuah foto tergantung sepi seolah-olah masih bernyawa. Wajah foto itu macam seiras dengannya.

Bersambung...

Bidadari Infinite [Muzikal Novel]Where stories live. Discover now