Bloody Book

177 39 13
                                    

Dari atas bumbung bangunan, mata melihat langit malam.  Ianya masih terang kerana dihiasi bulan mengambang. Angin yang datang secara zig zag bermain-main di sekitar koordinatku. Langit terang mula dikambusi awan-awan yang tebal. Ianya berkepul-kepul disulami bunyi guruh kuat dan pancaran kilat electrosity.

Bahuku disentuh oleh seseorang. Mata mula membesar dan tergamam. Kepala menoleh kebelakang secara perlahan-lahan.

....

Aku melihat empat orang anak muda (lelaki) yang berpakaian elok lagi segak. Salah seorang dari mereka berkata, "Wahai pemuda, kamu dikatakan adalah salah seorang daripada golongan kami. Kami diarah untuk bawa kamu pulang. Di sini bukan tempat permainan kamu. Kelak kamu akan terus melakukan kerosakan demi kerosakan."

Aaaaargh! Adakah kamu yang selalu berbisik di gegendang telingku!, cantas aku.

"Tidak, mereka bukan dari golongan kami, mereka adalah dari satu golongan yang membawa kepada kehancuran jiwa dan hati.", balas salah seorang dari mereka.

Aku betul-betul tak fahamlah apa semuanya ini! Sejak dari peristiwa itu (episod 4 - Photograph Malam Helena), semuanya jadi tidak kena dan perkara-perkara ghaib terus menghantui fikiran dengan pandangan nyata.

"Kamu semua mahu mengambil aku?! Mari kita bertarung.", gertak mulutku dan pada masa yang sama aku sangat yakin tenaga double shot yang diserap melalui Ruby & Rose mampu mengalahkan mereka berempat.

"Sebentar wahai pemuda, simpan langkah kirimu. Kamu dikatakan masih mempunyai jiwa nurani yang bersih. Kami hanya menurut perintah. Jika tidak, kamu mungkin akan ditarik oleh satu golongan yang dimaksudkan tadi.", balas salah seorang dari mereka.

Aku melihat salah seorang dari mereka memegang sebuah buku. Buku tersebut cuba disampaikan terus ke tangan ini.

"Buku ini tertulis banyak kebaikan yang telah kamu lakukan dari kejahatan. Kebaikan yang tak pernah kamu minta untuk dibalas. Buku ini akan berdarah jika kami simpan terlalu lama.", kata salah seorang dari mereka.

"Apa yang kamu semua ni mengarut? aku adalah aku. Tidak dikawal oleh sesiapa. Apa yang tangan ini lakukan adalah kehendak dari batin sendiri. Apakah kamu semua ingin melihat tangan ini kotor dari percikan darah-darah kamu sendiri?", aku terus psycho mereka.

"Baiklah, kami beri satu hari untuk kamu berfikir semula. Kamu baru sahaja telah membunuh seseorang. Kami tidak akan memberi masa yang lama."

Sejenak itu mereka terus beredar dan hilang dari pandangan.

....

Aku melompat dari satu bangunan ke satu bangunan sehingga tiba di stesen LRT. Di situ deria terbau jejak Hannah. Kaki mula melangkah perlahan-lahan sehingga masuk ke lorong perantara dua stesen. Sepanjang lorong penuh dengan poster-poster art yang menarik. Aku tertarik pada satu poster yang berada di sebelah kanan yang tertulis ayat, "Happiness is a direction, not a place." dan kaki terhenti seketika. 

Bibir tersenyum lembut sambil terfikir apakah direction yang aku cari sebenarnya?

Kaki meneruskan langkah dan mata tertarik lagi pada sebuah poster yang  tertulis, "Trust the timing of your life.", erm... adakah timing aku selalu tepat? - Masih belum terbukti.

Urat kaki berjalan lagi dan kali ini aku menoleh pada sebuah poster di sebelah kiri. Kali ini ayat-ayatnya agak kontradiksi dari sebelumnya. Ianya tertulis, "You are walking contradiction."

Di sebelah poster itu tertulis ayat pelik yang berbunyi, "Hell is empty and all the devil's are here." Aku tersedak dan tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dari arah belakang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bidadari Infinite [Muzikal Novel]Where stories live. Discover now