MY ¦ 3

110 23 17
                                    

"IMNA! Bangunlah kita dah sampai dah ni."

Mata Imna tercelik. Pandangannya memandang ke arah Puan Isma yang sedang bersiap-sedia untuk turun dari pesawat.

"Sampai dah?" Imna cuba mengeliat badan ketika bertanya. Lama juga dia tidur dari pesawat naik ke udara sehingga pesawat mendarat di landasan kapal terbang Incheon International Airport.

Puan Isma hanya mengangguk lalu berdiri untuk mengambil beg yang diletakkan di bahagian atas tempat duduk mereka. Imna hanya melihat ibunya sambil menonyoh mata yang sukar hendak dibuka. Dia cuba bangun dari tempat duduk itu kerana dia tahu mustahil dia akan bertemu dengan crushnya di dalam pesawat jika hampir kesemua penumpang sudah pun turun. Hanya tinggal dia dan ibunya saja, bahkan dia amat pasti perkara indah yang dia alami tadi juga adalah sebuah mimpi sahaja.

Namun ketika Imna hendak bangun dari kerusi pesawat. Baru dia perasan, baju winter milik Adam berada di tubuhnya. Matanya terbuntang seketika, maksudnya... Dia tak bermimpi! Dia segera bangun dan cuba meninjau keadaan di belakang sehingga kepalanya terhantuk dengan bahagian dashboard tempat meletak beg.

"Auch...." Dia terus memegang kepala yang terasa sakit.

"Dah kenapa dengan kamu ni?" Puan Isma menegur anaknya yang tiba-tiba berkelakuan aneh.

"Ma... Adam?" Imna membesarkan mata memandang Puan Isma.

"Dia dah turun dah tadi, cepat. Pintu pesawat dah nak tutup tu."

Imna bergegas menarik beg pakaiannya dan mengikut langkah Puan Isma keluar dari pesawat. Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu masuk bangunan lapangan terbang untuk mencari di mana pintu pelepasan imigresen di Icheon International Airport itu.

Setelah selesai semua urusan di bahagian imigresen. Imna segera meminta izin untuk menuju ke tandas. Rasa sakit senggugutnya mula mencucuk-cucuk pinggang membuatkan dahinya berkerut-kerut tidak dapat menanggung kesakitan lagi.

Usai menyalin pakaian, Imna menuju ke singki. Baju winter Adam dipegang kemas. Bau haruman minyak wangi lelaki itu menusuk ke rongga hidung. Dia suka dengan bau minyak wangi itu. Salah satu bau minyak wangi kegemarannya juga. Setelah selesai urusan di dalam tandas. Dia segera menapak keluar dengan menarik beg pakaian. Baju Adam dilipat lalu diletakkan di lengan.

"Ha... jom, kawan mama dah tunggu dekat tempat parking."

Tanpa banyak bicara, Imna segera mengikut langkah ibunya menuju ke luar bangunan lapangan terbang itu. Tanpa sedar, dari kejauhan bayangan Adam ada sedang memerhatikan Imna bergerak mengikuti belakang ibunya. Senyuman Adam meleret lalu dia menundukkan wajah dan kembali mengangkat, mahu melihat bayangan gadis itu berlalu pergi.

Setelah bayangan Imna tidak kelihatan, Adam turut menarik beg pakaian sambil tangan kanan menyeluk poket seluar. Dia sedang menantikan seseorang untuk datang mengambilnya di situ. Beberapa minit Adam menanti, akhirnya seorang gadis yang sangat dia kenali datang menghampiri.

"Finally, you're here. I'm waiting for you so long time." Teguran daripada gadis itu membuatkan Adam tersenyum mesra.

"Did you not miss me?" Adam bangun lalu mendepakan tangan. Gadis itu segera mendekatinya lalu mereka berpelukan erat.

"Of course! I really miss you babe...." Adam ketawa suka mendengarkan suara halus gadis itu.

"Jadi, macam mana dengan kesihatan awak? Dah okey? Sorry sebab terpaksa buat awak tunggu lama. Saya dah katakan, habis exam baru saya balik."

"Yalah, nasib awak tunaikan janji. So... betullah awak apply sambung pengajian dekat sini?"

"Yes and absolutely. Tapi, tak apply lagi. Baru sampai sini, nak apply camne?"

Marry You | TerbitWhere stories live. Discover now