SUARA MISTERI

360 45 3
                                    

LIMANTION OF HELL

(Y/N) berjalan dengan gontai menuju ke kamarnya, hari ini adalah hari yang sangat melelahkan kerana jadual kelas (Y/N) sangat padat dan sewaktu habis persekolahan juga dia tepaksa menolong Lucifer sebentar untuk menyusun fail kerja dimana dia sendiri tidak mengetahui untuk apa fail tersebut, ditambah lagi dengan tulisan kuno yang hanya bisa difahami oleh para Demon sahaja yang bisa membacanya.

(Y/N) menghembus nafas pelan, dia meregangkan otot lengannya, cuba menghilangkan rasa lenguh yang mula menyerang tubuhnya. Sedang dia berjalan, dia seakan-akan mendengar sesuatu bunyi yang kedengaran sayup-sayup di telinga. Pada mulanya (Y/N) hanya mengabaikan dan menganggap bahawa bunyi itu hanya bunyi asing yang biasa dia dengarkan.

Tetapi bunyi yang didengarinya semakin lama semakin jelas, (Y/N) mula menghentikan langkahnya lalu cuba mendengar dengan lebih jelas

"Bunyi ni... Sepertinya bukan bunyi asing yang aku selalu dengar. Dan kenapa, bunyi ini seperti menyebut nama ku? "

(Y/N) menajamkan telinganya, cuba mendengar bunyi yang seperti menghasilkan suara seseorang yang sedang memanggil dirinya

"(Y/N) ..."

"(Y/N) ..."

Bulu roma di sekejur tubuh (Y/N) mula meremang saat dia dapat mendengar bunyi suara yang sayup-sayup kedengaran di telinganya sedang memenggil namanya. (Y/N) yang mulai takut dan berfikir bahawa hantulah yang sudah memanggil nya sebentar tadi langsung berlari laju untuk segera masuk ke dalam kamar. Akibat tidak melihat ke arah depan, (Y/N) terlanggar Satan yang baru saja keluar dari kamarnya

BUK!

"A-Aduh. .."ringis (Y/N) sambil mengusap dahinya yang sakit akibat melanggar tubuh Satan sebentar tadi. Dapat dilihat Satan turut memegang dadanya yang sakit akibat  dilanggar. Sataj menjeling (Y/N) tajam

"Ck dasar manusia! Apa matamu diletakkan dilutut! "

"M-Maafkan aku Satan, aku tidak bermaksud-"

"Sudah! Kau sudah membuang-buang waktu ku!" Satam terus berlalu pergi dari situ tanpa memperdulikan (Y/N) yang hanya menatap Satan dengan tatapan rasa bersalah. (Y/N) mengambil semula begnya yang sempat terjatuh saat berlanggar dengan Satan tadi. Dan saat dia ingin bangkit, suara itu kembali memanggil namanya

"(Y/N) ..."

"(Y/N) ..."

"(Y/N) ...Tolong aku. .."

"KYAAA!!!!!!!! HANTU! !!!" Jerit (Y/N) kuat lalu terus berlari lagi dari situ

Dari kejauhan, dapat dilihat Leviathan mengeluarkan sedikit kepalanya dari pintu dan melihat gadis manusia yang sudah berlari laju lalu masuk ke dalam kamar. Leviathan hanya mengangkat bahu tak peduli lalu kembali semula ke dalam kamarnya dan menutup pintu. Sebelum dia masuk dia berkata

"Dasar manusia aneh. Mana ada hantu di Limantion ini. Jika ada sudah lama menjadi santapan Beel"

.
.
.
.
SKIP

Semua adik beradik demon sedang makan di meja dalam keadaan tenang, seperti biasanya mereka hanya akan makan dalam keadaan yang senyap tanpa ada yang mahu berbicara. Hal ini sudah menjadi sebuah kebiasan kepada gadis manusia yang sudah beberapa minggu tinggal bersama keenam demon tersebut

Pada malam itu, Lucifer menyedari (Y/N) kelihatan seperti berbeza. Dia sedari tadi memerhatikan gadis manusia itu kelihatan pucat, cepat terkejut walaupun hanya disebabkan oleh bunyi sudu jatuh dan mata gadis manusia itu selalu memerhati sekeliling. Lucifer yang panasaran dengan hal itu pun bertanya

OBEY ME! (DEMON OR ANGEL OR HUMAN X READER!) -CLOSED UPDATE-Where stories live. Discover now