MAMMON

372 40 0
                                    

KERAJAAN DEVILDOM
.
.
.
Sudah seminggu rasanya (Y/N)  berada di dunia bawah tanah itu. Dan dalam tempoh seminggu itu juga, bukan sekali dua makhluk-makhluk yang ada di sana cuba untuk memakannya. (Y/N)  yang pada mulanya sentiasa takut mula terbiasa dan cuba untuk berwaspada. Mujurlah Tuhan masih mengasihi gadis manis itu dengan menitipkan Simeon, Luke dan Solomon untuk menjadi peneman dan pelindungnya sepanjang tempoh gadis manusia ini tinggal di Devildom. Sepanjang tempoh di RAD, mereka berempat akan terus bersama, kemana (Y/N)  pergi, disitulah adanya Simeon, Luke dan Solomon. Dimana salah sorang daripada lelaki bertiga itu tuju. Pasti (Y/N)  akan turut bersama dengan salah seorang daripada mereka. Tapi, sejak 3 hari yang lalu,Barbatos pun mula mendekat dengan (Y/N) dan membuatkan Barbatos turut termasuk sebagai list sahabat (Y/N) yang ada di Devildom. Barbatos sangat baik dan sopan,dia sentiasa mengajar (Y/N) benda baru yang berkaitan di Devildom,hal ini menjadi salah satu faktor kenapa gadis manusia itu dengan cepat dapat membiasakan diri di situ.

Mammon yang ditugaskan untuk menjaga (Y/N) 24 jam hanya acuh tak acuh dengan gadis manusia itu. Baginya, selagi gadis itu masih hidup walaupun sudah kehilangan salah satu anggota badan. Bukan masalah baginya, yang penting adalah nyawanya tidak melayang.

Kedengaran kejam bukan? Yah, Mammom tidak mahu peduli dan langsung tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan gadis manusia itu. Hidupnya memang sudah terasa berat dengan adanya Lucifer yang suka menyuruhnya itu dan ini, jangan ditanyakan untuk menjaga gadis manusia yang lemah itu hampir setiap saat.

HELL NO!!!

Itu tidak akan pernah ada di dalam buku kamus hidup bagi seorang AVATAR OF GREED, MAMMON.

Walaupun sudah diancam macam-macam oleh Lucifer, Mammon tetap berkeras kepala untuk mengabaikan gadis manusia itu. Bukan urusannya mahu mengurusi manusia lemah seperti (Y/N), lagipula siapa juga yang bersetuju untuk membawa manusia ke alam dunia bawah tanah. Diavalo bukan? Dan dengan bodohnya Lucifer tetap mengiyakan saja kata Diavalo. Dasar lurus bendul. Bagus Lucifer sendiri yang mengurus gadis manusia itu jika ingin dijaga sepenuhnya, tidak perlu melibatkan dirinya yang sememangnya tidak pernah mahu peduli dan ambil tahu.
.
.
.
Saat ini, Mammon menatap tajam gadis manusia yang sedang berjalan dengan 3 orang nerd (Simoen, Luke & Solomon)  di hadapannya. Hari ini dia diancam oleh Lucifer sekiranya dia tidak mahu menjaga (Y/N)  sehingga pulang,  Lucifer tidak akan segan-segan untuk membakar koleksi kereta unlimited yang Mammon telah kumpul sejak 7 tahun yang lalu. Bagaimana dia bisa mendapatkannya? Ya, sudah tentu menggunakan kad GOLDEN milik Lucifer. Ya.. Kita tekankan sekali lagi. Kad Golden milik LUCIFER!! 

Semenjak keluar dari Mansion sehinggalah tiba di RAD, Mammon terus saja bergumam tak jelas. Lebih tepatnya mengeluarkan segala sumpah serapahnya kerana kesal dan marah dengan dua orang makhluk yang terus saja membebani hidupnya. (Y/N)  yang tahu Mammon menjelingnya hanya buat bodoh. Ya... Tempoh seminggu bersama si demon mata duitan itu memang terasa agak singkat, tapi (Y/N) sudah mula terbiasa dan tidak terlalu menghiraukannya, asalkan Mammon tidak menyakitinya, ya sudah.

"(Y/N), sepertinya kelas kita berbeza hari ini. Aku dan Solomon akan berada di kelas satu lagi." ucap Simoen dengan senyuman angelicnya yang tidak pernah luntur

"Benarkah? Jadi hari ini aku akan bersama Luke saja ya? "Ucap (Y/N)

"Emm.. Sepertinya tidak (Y/N), aku akan berada di kelas lain untuk 5 kelas, tetapi di kelas terakhir aku akan sekelas dengan mu"ucap Luke. Mendengarkan perkataan Luke tadi membuatkan (Y/N)  terkelu seketika. Lalu

"J-Jadi, maksudnya.. Aku akan sendirian sepanjang hari?! "Ucapnya,

"Seperti nya begitu "ucap Solomon. (Y/N)  sudah menggigit bibirnya pelan. Bukan masalah jika mereka bertiga tidak sekelas dengannya untuk hari ini. Yang menjadi masalahnya adalah, jika mereka bertiga tidak ada. Orang yang tersisa untuk bersamanya adalah... MAMMON!!

"matilah aku harini"ucap gadis itu dalam hati.

"Tenanglah, semuanya akan baik-baik saja. Sekurang-kurangnya Luke masih bisa bersama mu pada akhir waktu kelas. Dan kita masih bisa makan bersama saat jam istirehat nanti"ucap Simeon cuba menengkan. (Y/N)  tak membalas dan hanya mengangguk pelan

.
.
.
.
SKIP

(Y/N)  sudah sampai di pintu kelas, suasana di situ sama saja seperti biasa. Para demon yang membuat hal masing-masing sama seperti apa yang dilakukan oleh pelajar sekolah di dunia manusia. (Y/N)  berjalan pelan ke arah sebuah meja, hatinya benar-benar tidak merasa tenang kerana selalunya ada Luke, Solomon atau Simeon yang akan bersamanya dan duduk bersama. Jadi dia tidak perlu ambil pusing untuk duduk bersama siapa dan dia tahu dia akan baik-baik saja. Tapi sekarang dia sendirian dan Mammon?  Entahlah...

(Y/N)  pun membuat keputusan untuk duduk dimeja paling hujung hang terletak pada bahagian hadapan bersebelahan dengan tingkap. Dia pun meletakkan begnya lalu duduk. Dia cuba mengabaikan tatapan yang selalu dia dapatkan daripada para Demon dengan berpura-pura membuat kerja di buku catatannya. Sedang dia menulis, tiba-tiba ada sebuah bayangan yang datang menghampirinya dan berdiri tepat di tepinya, (Y/N)  dengan penuh waspada menoleh dan melihat ada seorang demon lelaki yang menatapnya sambil menyeringai.

"Hello (Y/N). Kau seorang diri hari ini? Tidak biasanya kau sendiri, selalunya kau datang ditemani oleh para badut bertiga itu"kata nya dengan nada mengejek. Dapat didengar suara ketawa daripada para demon yang lain.  (Y/N)  hanya diam dan mengabaikannya. Kerana tidak mendapat respon. Demon tadi berdecih dan cuba untuk menarik rambut gadis itu, tetapi belum sempat dia menggenggam, tangannya terlebih dahulu ditahan lalu dicengkam kuat

"AUCH!  YAHH!! " Jeritnya penuh amarah dan menatap tajam ke arah orang yang menahan tangganya. Tetapi wajahnya terus berubah saat melihat si pelaku  adalah Mammon yang kini menatapnya tajam dengan anak mata yang sudah bersinar terang.

"Berani sentuh manusia lemah ini walaupun sehelai rambut. Kau akan ku pastikan mati ditangan ku"ucap Mammon datar tetapi penuh penekanan. Demon tadi terus menepis tangannya agar selepas lalu berlalu pergi dari situ. (Y/N)  menatap Mammon tak percaya

"Adakah dia baru menolong ku?!" bisiknya dalam hati.

Mammon pun menutup matanya sejenak lalu anak mata yang tadi bersinar terang sudah kembali normal, lalu dia pun duduk disebelah (Y/N). (Y/N)  yang masih tertegun dengan apa yang dilakukan oleh Mammon tadi terkelu seketika

"Emm.. T-Terima kasih, terima kasih Mammon. "Ucapnya sedikit pelan. Mammon tak berbunyi dan terus mengacuhkannya seperti biasa. (Y/N) yang tahu Mammon akan terus begitu pun kembali dengan kegiatan nya tadi (berpura-pura menulis) dan menganggap bahawa mungkin itu terjadi secara refleks. Mana mungkin demon angkuh itu akan benar-benar menolongnya.

"Kau memang benar-benar tidak sayang akan mulut rupanya, sekali lagi kau mengatai ku demon angkuh, akan aku koyak mulut mu itu! "Bisik Mammon sebal tetapi masih boleh didengar oleh (Y/N). (Y/N)  turut mendengus kesal kerana Mammon membaca fikirannya. Ya, demon bersaudara itu mempunyai kelebihan untuk membaca fikiran manusia. Tetapi, mereka tidak bisa menebak apa yang tersimpan di dalam hati, kecuali Diavalo. Hanya  dia saja yang dapat membaca isi fikiran dan hati manusia, kerana dia adalah demon terkuat sekaligus bakal Raja Demon suatu hari nanti.

"Makanya jangan sok angkuh dengan ku! "Kata (Y/N) yang kesal 10 kali ganda. Mammon menjeling gadis manusia di sebelahnya tajam. Berani beraninya terus melawan walaupun sudah diancam seminggu yang lalu. Apa manusia di sebelahnya mempunyai amnesia? Atau terlalu bodoh untuk mencerna amarannya tempoh hari. Mammon mendengus kesal untuk sekaliannya, msngalihkan pandangan kehadapan lalu membuat keputusan untuk tidur saja sebelum kelas bermula.

Dia sudah meletakkan kepalanya ke meja dan menutup nya dengan tangan. (Y/N)  mengabaikan Mammon dan terus menulis. Seketika kemudian

"Jangan mengira aku benar-benar menolong mu tadi, itu terjadi secara refleks. Aku tidak mahu koleksi kereta unlimited ku dibakar oleh Iblis kejam Lucifer itu, sialnya dia mengancam ku akan membakar semua koleksiku satu persatu hanya untuk menyuruh menjaga manusia yang menyusahkan sepertimu. Huh! Menyebalkan sekali"

(Y/N) yang mendengar ucapan Mammon barusan menatap Mammon hairan, kenapa tiba-tiba memberitahunya sedangkan dia juga tidak bertanya. Mungkin agar dia tidak tersalah faham dengan tujuan Mammon yang menolongnya tadi... Atau mungkin.....

Hmm... Entahlah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TO BE CONTINUED

OBEY ME! (DEMON OR ANGEL OR HUMAN X READER!) -CLOSED UPDATE-Where stories live. Discover now