"Isa!"jerit mereka semua.

Gadis itu jatuh pengsan dihadapan si abang.

Kaum-kaum ibu yang berada didapur segera bergegas ke ruang depan apabila mendengar jeritan diruangan tersebut. Mereka terkejut melihat Nurra Danisa yang sudah terdampar di atas lantai marmar itu. Tidak lain tidak bukan mesti ada sesuatu.

Sesuatu yang membuatkan gadis itu jatuh pengsan.

Satu perkara yang mereka terlupa gadis itu sensitif dengan bau darah yang hanyir. Boleh menyebabkan dia tidak selesa bernafas dan jatuh pengsan serta-merta. Bukan disebabkan dia takutkan darah cuma dia tidak suka terdendah kepada bau hanyir.

Bau darah.

"Isa? kenapa ni sayang?"cemas Nawwar Khaulah mendapatkan anak perempuan dia itu.

Pipi bersih anak gadisnya ditepuk lembut. Tetapi tiada tanda-tanda hendak sedar. Nawwar Khaulah memandang anak lelakinya. Pandangan itu membawa maksud bahawa mama mereka sudah dapat mengagak kerja apa yang anaknya itu lakukan.

"Sorry, mama.."Kane tersengih.

"Kane naik atas dulu nak mandi.."ujarnya laju.

Mereka yang lain melihat hanya menggelengkan kepala. Kelima-lima jejaka tersebut naik ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri. Kalau tidak ada yang kena bebel nanti. Sudah tahu ada yang kurang senang dengan bau darah yang hanyir.

Kenapa balik ke rumah?

Masalahnya, mereka malas hendak membersihkan diri dimarkas tersebut. Mereka hanya mencuci tangan dan anggota badan mereka ala kadar sahaja yang terkena darah manusia yang mereka siksa itu. Alamatnya ada orang jatuh pengsan.

Bertabahlah duhai adikku sayang.

Hahaha..

Sengal punya abang!

Beberapa minit kemudian, gadis itu tersedar apabila wajahnya direnjis dengan air oleh baba mereka Denizz Lee. Kini dia sudah berada dipangkuan mamanya diatas sofa panjang ruang tamu. Dia merengek kecil sebaik sahaja matanya celik.

Orang pertama yang dia lihat wajah cantik mamanya.

"Mama.. Isa tak suka.."wajahnya disebam diatas perut kempis mamanya.

Pinggang wanita itu dipeluknya erat.

Alahai.

Anak manja mama.

"Ya, sayang. Abang kamu lah buat hal.."balas mamanya tercuit hati dengan perilaku si anak.

"Abang buat apa? bunuh orang ke mama?"soal anaknya begitu polos.

Nawwar Khaulah meneguk air liur kasar. Dia memandang suaminya disebelah. Mata mereka suami isteri saling berbalas. Memberi isyarat supaya tidak memberitahu hal sebenar. Anak dara mereka itu baru sahaja baik dari trauma.

Mereka harus berhati-hati.

"Tak ada lah sayang, mana ada abang Kane bunuh orang.."nafi mamanya.

Jika diberitahu perkara sebenar mahu menangis anak mereka itu nanti. Nurra Danisa seorang yang sangat lembut hatinya. Jika dia melihat orang jahat dia masih berfikiran positif dan cuba mengatakan orang tersebut ada sisi baiknya.

"Habis tu kenapa abang bau hanyir macam bau darah. Kane bunuh siapa? ada orang buat jahat dekat kita ke mama?"Si anak menyoalnya bertubi-tubi.

Dia tahu sememangnya keturunan dia sebagai cucu kepada seorang mafia begitu bahaya.

Walaupun mereka dari keluarga dan keturunan mafia. Tetapi Nurra Danisa tidak pernah didedahkan dengan kejahatan dan kekerasan apatah lagi kekejaman seperti membunuh dan menyiksa orang lain dihadapan matanya sendiri.

Gadis itu bersikap lembut.

Denizz Lee tidak membenarkan anaknya melihat itu semua. Cukup ahli keluarga mereka yang lain. Kerana sudah terbiasa dan terdedah dengan kejahatan orang lain dan penyiksaan yang mereka balas atau lakukan kepada musuh-musuh keluarga mereka.

Tetapi tidak bagi Nurra Danisa Lee.

Jiwa lembut dan begitu penyayang.

Mana mungkin dia dapat menerima kekerasan dan keganasan terhadap orang lain. Dia akan merasa kasihan dan bersimpati kepada mereka yang disakiti. Sedangkan anak kucing ditepi jalan boleh membuatkan dia menangis melihatnya apalagi orang lain.

"Mungkin abang buat latihan menembak kut. Hah! Latihan menembak kan abang?"bahu suaminya dicuit.

Denizz Lee mengangguk.

Risau pula sekiranya si anak menyoal dengan lebih lanjut. Mahu menipu anak mereka pun tiada guna. Kerana sikap itu tidak elok. Mereka hanya mampu membuat helah supaya si anak lebih faham keadaan. Ataupun memberi alasan yang boleh diterima akal.

"Tak apa lah.."anak gadisnya bersuara.

Logik juga jika abangnya pergi mengikuti kelas menembak kan? Mungkin mereka menggunkan darah tipu-tipu. Bisik Nurra Danisa di dalam hati.

"Isa nak abang.."sia menayang wajah separuh tersebek.

"Isa.."seru abangnya muncul disitu.

"Kane!"Gadis muda pantas bangkit dan pergi ke arah abangnya.

Tubuh lelaki itu dipeluk kemas.

Hmmm..

Wanginya abang Isa.

Sila jeles para reader sekalian.

Uwerk!

Hahaha..

Astaghfirullah,

Isa.. Isa..

Re-edit 2023.

8 April 2021
8. 57pm.

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now