✨Bab 46✨

560 83 14
                                    

Terpisat-pisat Jungkook bangun dari lenanya yang terasa begitu panjang. Tubuhnya sakit dan sengal. Tidur beralaskan lantai jubin tanpa bantal memang membunuh sendi dan otot. Jungkook mencelikkan mata dan memandang sekeliling rumah. Mata mengecil, kening berkerut.

"Kenapa aku tidur dekat sini?" satu soalan menerjah masuk ke dalam minda. Hairan. Bagaimana dia boleh terbaring di atas lantai di hadapan pintu rumah? Kenapa dia tidur di sini? Jungkook gagal mengimbas kejadian sebelum ini. Entah apa yang jadi kepadanya sehinggakan dia tertidur di atas lantai tanpa beralas begini. 

"Min Young!" Laung Jungkook sambil menguatkan tubuh itu berdiri. Perlahan-lahan dia bangun dan menapak ke arah tangga. Satu per satu anak tangga didaki dengan payah. Kepala pening, badan sakit. Macam baru lepas bergaduh. Rasa lain sungguh tubuhnya ini. 

Tombol pintu bilik dipulas dan daun pintu itu segera dikuak. Mata Jungkook menangkap figura Min Young yang menghadap pintu balkoni yang terbuka luas. Langsir juga diselak ke tepi. Jungkook tersenyum nipis, rasa lega sebaik sahaja wanita kesayangannya itu menjadi penghias mata. Jungkook terus melangkah dan menjadikan tubuh Min Young sebagai sasarannya. 

"Say..."

"Jangan sentuh saya." 

Jungkook rasa dirinya ditepis dan ditolak sedikit kasar sehingga dia terkebelakang dari mendekati Min Young. 

"Kenapa ni?" Soal Jungkook hairan. Keningnya berkerut memandang tubuh belakang Min Young. Sedikit pun wanita itu memandangnya. Hanya mengekalkan kedudukan berdiri sambil memeluk tubuh. 

"Saya dah cukup letih dengan awak. Awak tak penat ke berpura-pura? Hmm?" Pertanyaan Min Young membuatkan Jungkook bertambah hairan. Sedikit sebanyak rasa terkilan dengan kata-kata isterinya itu. 

"Saya tak faham. Awak kenapa?"

"Tak payah buat-buat tak faham. Semuanya dah jelas. Saya dah tahu semuanya. Lelaki macam awak ni lebih teruk dari binatang."

"Apa benda awak cakap ni?!" Jungkook tidak dapat mengawal suara. Bergema bilik itu dengan kelantangan suaranya. Hati terbakar, sama seperti perasaannya yang sedikit terluka kerana dituduh sehingga sebegitu rupa. 

Min Young pusingkan tubuh, dia memandang wajah Jungkook dengan seribu satu rasa di hati. Tiada rasa cinta, tiada rasa sayang seperti sebelum ini. Apa yang Min Young rasakan sekarang cuma dikhianti dan perasaan benci yang kian melarat pada hati. Benci melihat suami sendiri. 

"Saya takkan sentuh lelaki yang dah tidur dengan perempuan lain. Saya benci, saya jijik dengan orang macam awak. Saya cukup menyesal sebab kenal awak dalam hidup saya. Kalau saya tahu perangai awak macam ni, saya takkan bagi peluang dekat diri sendiri nak kenal dengan awak. Saya takkan rela berkongsi hidup dengan awak." 

Jungkook mendengus sinis. Kasar bunyinya. Menggigil seluruh tubuh. Tidak pernah Jungkook merasa marah dengan Min Young seteruk ini. Pelbagai tuduhan yang diterima itu benar-benar mengusik jiwanya.

"Seumur hidup saya, saya tak pernah sentuh perempuan lain selain awak. Tak ada sesiapa. Kita dah kahwin lebih setahun. Dah lama. Takkan awak tak kenal saya macam mana? Apa benda yang buat awak tuduh saya sampai macam ni?"

"Sebab saya terlalu kenal awaklah saya kena tipu dengan awak hidup-hidup. Saya tak sangka, lelaki yang saya percaya dari dulu sampai sekarang rupa-rupanya khianat saya. Depan saya macam malaikat. Belakang saya serupa syaitan!"

"Min Young!"

Turun naik dada Jungkook menjerit sehingga terhincut bahu Min Young dibuatnya. Nafas Jungkook menderu kuat. Amarahnya tidak dapat ditahan langsung. Tangan membentuk penumbuk. Cuba mengawal rasa sakit yang begitu laju menyerap masuk ke hati.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now