✨Bab 38✨

449 81 3
                                    

Min Young menghantar Felia pulang sehingga muka pintu. Mereka nampak bersahaja dan gembira tetapi Jungkook pula kelihatan kurang senang. Dia duduk silang kaki menghadap televisyen yang menyala. Sementara menunggu Min Young datang semula ke arahnya, dia menonton drama seketika. 

"Bye, Felia! See you!" 

Lambaian berbalas. Felia hilang dari pandangan. Min Young menarik nafas panjang sambil tersenyum. Dia menutup pintu rumah dan mula mendapatkan suaminya yang berada di sofa ruang tamu.

"Tengok apa tu?" Tegur Min Young. Dia mendekati Jungkook dan melabuhkan punggungnya di atas riba lelaki itu. Jungkook leraikan silang kaki dan memberi ruang kepada Min Young supaya duduk dengan betul di atas ribanya.

"I wanna ask you something." Jungkook terus sahaja ingin bertanya tanpa menjawab pertanyaan isterinya. Kening Min Young berkerut namun bibir masih tersenyum.

"What?"

"Kenapa awak suruh Felia hantar kek dekat bilik?"

"Hah?"

Dua-dua terdiam lama dan saling berpandangan. Terkebil-kebil mata Min Young dibuatnya. Cuba menghadam ayat Jungkook yang betul-betul mengusik jiwa. 

"Mana ada saya suruh dia hantar kek dekat bilik. Saya cuba minta dia sediakan satu slice untuk awak lepas tu letak je dekat bawah. Nanti awak sendiri yang ambil bawa naik atas." Terang Min Young. Jungkook mengangguk faham. 

"Betul. Tapi kenapa dia kata dekat saya yang awak suruh bawa naik atas? Tahu tak tadi sebelum awak balik, dia masuk dalam bilik kita sebab nak hantar kek? Nasib baik masa tu saya belum buka baju nak mandi. Baru je nak capai tuala." Ujar Jungkook tidak puas hati. 

"What..." tercengang Min Young. Felia masuk bilik yang terang-terang ada Jungkook di dalam?

"Dia tu okey ke tidak sebenarnya?" Soal Jungkook lagi. Min Young terus bangun dari riba Jungkook dan duduk di sebelah. Masih termenung dengan kata-kata suami sendiri. Entah nak percaya atau tidak kerana hati lebih percayakan Felia berbanding Jungkook walaupun Jungkook nampak tidak menipu.

Mustahil Felia naik ke atas sampai masuk bilik. Kawannya itu tidak pernah begitu pun sebelum ini. Dia mengenali Felia lama. Felia memang berdisplin, sopan-santun dan hormat orang lain. 

"Saya rasa dia salah dengar kut saya cakap. Tak pun dia lupa." Kata Min Young. Dia memandang Jungkook yang jelas sekali nampak curiga. 

"Saya bukannya apa, saya takut nanti dia masuk bilik sesuka hati, nampak yang tak sepatutnya." Kata Jungkook. Kening Min Young ternaik.

"Tak ketuk pintu ke?"

"Tak. Saya sedar-sedar dia dah dekat dalam bilik, belakang saya. Berdiri tegak." Jungkook menjelaskan lagi. Kali ini Min Young rasa tak sedap hati. Tapi takkanlah...

"Pintu tak rapat kut."

"Memang tak rapat pun. Tu dia tolak je. Tapi at least ketuk pintu dulu, bukan terus masuk je." Kata Jungkook. Nampak sangat dia tidak selesa dengan kelakuan Felia sehingga mengundang rasa curiga dalam hati. Min Young cuma diam. Dia tidak mahu menuduh Felia yang bukan-bukan dan dia sendiri tak nampak apa-apa yang pelik pada Felia. Rakannya nampak bersahaja dan tenang. Tidak pula kelihatan Felia ingin menggoda suaminya.

"Dahlah tu, saya rasa dia salah dengar arahan saya lepas tu maybe dia dah ketuk pintu tapi awak tak dengar. Felia baiklah. Dia tak macam perempuan  lain yang suka sondol suami kawan sendiri." Begitu yakin Min Young berkata. Bibirnya mula tersenyum semula. Hati cepat lega meski tadi timbul rasa ragu juga. 

Jungkook tarik nafas panjang. Kalau dah macam tu, dia tiada lagi rasa hendak mencurigai tingkah laku Felia. Gadis itu pun sudah pulang jadi tiada sebab lagi dia hendak menuduh bukan-bukan. Jika benar Felia berperangai pelik sekalipun, pasti ada sesuatu. Tapi Jungkook tidak mahu menuduh. Biarlah masa berlalu begitu sahaja. 

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now