✨Bab 24✨

561 90 6
                                    

Yoongi memandu, Min Young meribakan kepala Jungkook di belakang. Dahi suaminya bertampal plaster. Darah mulai surut.

Yoongi tidak kemalangan mahupun koma. Itu cumalah sekadar penipuan sahaja yang dibincangkan bersama Min Young tempoh hari. Dia dan Min Young bersubahat untuk membawa Jungkook ke suatu tempat. Ke suatu tempat yang tidak pernah dijejaki oleh sesiapa pun sebelum ini.

Pulau Tiara. Milik Min Young.

Setibanya di pulau, Yoongi membantu Min Young mengangkat tubuh Jungkook dan dibawa oleh orang suruhannya yang lain. Jungkook di masukkan ke dalam bot dan dibaringkan di tengah-tengah.

"Kerja kau dah selesai." Min Young memeluk tubuh sambil menjeling Yoongi yang kelihatannya sedikit termengah. Penat agaknya.

"Duit?" Soal Yoongi. Min Yoongi menyeluk beg tangan dan mengeluarkan sekeping cek bernilai lebih dari jutaan. Yoongi menyambut dengan senyuman puas. Ya, kalau bukan kerana duit, dia tidak akan bersubahat dengan Min Young. Dia perlukan duit untuk menampung dirinya yang kononnya kaya raya. Padahal tidak langsung.

"Sampai bila kau dengan dia dekat Tiara?" Tanya Yoongi. Min Young termenung sesaat.

"Sampai aku puas hati."

"50 hari?"

Min Young mendengus sambil menggeleng.

"Takkan cukup. Takkan sama dengan waktu yang dia dah abaikan aku." Kata Min Young. Yoongi menaikkan kening serentak menaikkan kedua belah bahu. Dia tidak mahu ambil tahu kerana gajinya sudah berada di tangan.

Yoongi mengambil keputusan untuk beredar, Min Young sudah masuk ke dalam bot dan ianya mula bergerak. Hanya ada dia dan Jungkook sahaja. Berdua. Bot dipandu oleh pemandu bot peribadinya.

Perjalanan dari jeti ke pulau mengambil masa setengah jam. Min Young memandang luar. Matanya basah. Dadanya sebak. Entah kenapa, dia buat begini. Untuk apa, dia tidak pasti. Oleh kerana terlalu mencintai lelaki bernama Jungkook, tangan berbekas darah busuk pun sanggup tidak dibasuh.

Jantung berdegup laju. Tangan menggigil. Min Young menyelongkar beg tangannya dan mencari satu botol ubat.

Ubat penenang. Diambil dua biji dan dimasukkan ke dalam mulut. Air mineral diteguk laju. Lega. Jantungnya kembali berdetak seperti biasa.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now