✨Bab 10✨

632 97 1
                                    

"Kau yakin dengan keputusan kau, Jungkook?" Pertanyaan itu tidak dijawab, malah dibiarkan sahaja tanpa perlu ada jawapan apa-apa. Lelaki ini masih berfikir tentang keputusan yang bakal dibuatnya nanti. Walaupun sebenarnya dia sendiri ragu-ragu dengan keputusan sendiri, tetapi kerana rasa tanggungjawab itu ada, dia perlu juga lakukannya dengan rela.

"Aku bukannya nak takutkan kau. Tapi bila rahsia kau bocor and orang sana dapat tahu yang sebenarnya asal usul kau dari sini, kau takkan boleh balik ke sini semula. Silap hari bulan, kau mati pun dekat sana." Kata lelaki yang duduk di hadapan Jungkook itu lagi. Kepala Jungkook terus terangkat. Matanya dalam memandang mata si kawan yang banyak membantunya ini.

"Tapi aku perlu juga ke sana, Yoongi. Aku kena cari orang yang buat abang aku jadi macam tu." Nafas Yoongi terhela panjang. Degil.

"Terpulang. Aku tak halang. Aku cuma bagitahu je." Ujar Yoongi. Dia cuba sedaya upaya untuk membantu Jungkook namun jika tidak berjaya dan hanya jasad Jungkook sahaja yang pulang nanti, Yoongi tidak mampu membantu apa-apa lagi selepas itu.

Jungkook mengeluh. Dia termenung lagi. Fikirannya jadi bercelaru buat seketika memikirkan kesan jika dia tinggalkan tempat asalnya untuk pergi ke tempat lain atas sebab ingin membalas dendam.

Ayahnya.

Ibunya.

Isterinya.

"Aku rasa aku dah ada keputusan." Kata Jungkook setelah lama berdiam. Yoongi mengangkat kepala. Senyuman nipis terhasil.

"Betul?" Jungkook mengangguk. Tubuh yang sedari tadi bersandar pada kerusi terus sahaja ditegakkan. Dia kelihatannya sangat yakin kali ini. Tidak seperti awal tadi. Air mukanya penuh dengan keraguan.

"Aku nak jadi rakyat Ut.."

Drrtt.. Drtt..

Kata-kata Jungkook terhenti tatkala telefon bimbitnya yang berada di atas meja bergetar. Yoongi menjeling sekilas. Nama Min Young terpapar pada skrin.

"Sekejap. Aku angkat." Yoongi angguk sahaja. Kemudian Jungkook terus mengangkat panggilan itu dan lekapkan pada telinganya.

"Helo, sayang."

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now