✨Bab 31✨

604 85 2
                                    

"Kau yakin dengan keputusan ni?" Min Young hanya mendengar sahaja soalan itu tanpa menjawab apa-apa. Matanya fokus memandang satu dokumen di atas meja yang diberikan oleh rakan perempuannya, Kim Felia. Gadis kacukan German yang bekerja sebagai seorang peguam dan kini bercuti atas permintaan Min Young.

"Kau fikir masak-masak dulu, Min Young. Jangan terburu-buru." Nasihat Felia lagi. Terkejut dia apabila Min Young menceritakan kepadanya bahawa rakan baiknya itu mahu memfailkan penceraian bersama Jungkook. Dia cuma membantu dan mendapatkan dokumen ini untuk rujukan Min Young. Tetapi untuk menyokong wanita ini supaya bercerai, tidak.

"Aku kahwin dengan dia dulu pun terburu-buru." Selamba Min Young berkata begitu. Mata yang sedari tadi asyik menunduk terus memandang wajah cantik Felia. Bibirnya tersenyum kelat. Mereka berdua berada di kafe resort milik Min Young yang berada dua kilometer dari rumah banglo terpencilnya.

Felia menarik nafas panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Felia menarik nafas panjang. Tubuhnya disandar lemah pada kerusi sambil memeluk tubuh.

"Kalau ada masalah apa-apa, bincang. Jangan macam ni. Dulu kau suka dekat dia sebab apa? Sekarang kau tiba-tiba tak suka dia sebab apa? Sebab kau dah nampak dia tak sempurna, kau nak tinggalkan dia? Macam tu?" Berdas-das peluru Felia mengena pada hati Min Young. Min Young mengetap bibir. Terkesan seketika.

"Kau tak faham keadaan aku, Fel."

"Aku bukan tak faham kau. Tapi kau yang tak faham diri kau sendiri. Kau yang seksa diri sendiri padahal kau boleh je terus terang dekat suami kau dulu. Tak perlulah ambil dadah, ambil ubat stress, merokok apa semua tu. Tak perlu pun. Kau tak payah pukul kepala Jungkook sampai bengkak lepas tu heret dia pergi sini. Tak payah." Jelas sekali Felia marah. Naik juga darahnya bila mendapat tahu Min Young berjinak-jinak mengambil barangan haram itu. Terkejut betul dia.

"Aku dah tak ambil semua tu pun. Dah tak ada dah. Rokok tu aku tak guna pun."

"Bagus. Biar kau sedar apa yang kau buat sebelum ni salah. Nasib baik kau tak teruk. Kalau tak, sekarang kau dah masuk pusat pemulihan dadah. Kau nak ke duduk situ?" Min Young diam. Dia tiada jawapan hendak berlawan cakap dengan peguam ini. Tangan naik memicit dahi yang terasa berdenyut. Pening kepalanya.

"Aku peninglah," ujar Min Young sambil mengeluh. Felia diam seketika. Dia sendiri runsing dengan rakannya ini. Entah apa yang Min Young nak sebenarnya. Felia sendiri pun tak tahu.

"Habis tu sekarang macam mana? Kau nak bercerai juga?" Soal Felia dan apa yang dia dapat ialah gelengan Min Young. Dah agak. Mesti Min Young guna kata hati. Keputusan tak dibuat betul-betul, tiba-tiba nak bercerai. Mahunya Felia tak naik angin.

"Aku pun tak tahu aku nak apa sebenarnya. Aku rasa nak hidup sorang-sorang tapi aku tak naklah aku masih galas tanggungjawab sebagai isteri dia. Sama je macam bercerai. Tapi..."

"Senang cerita macam ni lah. Kau duduk diam dekat sini, ubat hati. Bila kau dah sembuh and dah ready, kau datang semula dekat Jungkook. Boleh?" Cadang Felia. Mata Min Young terkebil memandangnya. Macam bersetuju dan macam tidak. Felia pun tak tahu.

[ON-GOING] 50 Days Before Leaving  출발 50 일전(JUNGKOOK BTS FANFICTION)Where stories live. Discover now